Tuesday, September 23, 2014

Toing Toing Toing..Pandainya Ayyunie lari dalam guni!

Ya ampunnnnnn..
Pagi tu kami bangun lewat..
Gara2 malamnya baru tiba dari KLIA2 jam 1 pagi.

Sepatutnya kena berkumpul dipadang jam 7:30 pagi. Tapi gara2 terlambat sikit, jam 8:15 baru kami sampai. Mujur acara masih belum bermula. Tapi masing2 dah duduk dalam kumpulan masing2 bersama guru pengiring.




Happy nya lah Ayyunie. Selagi tak ke sukaneka ni, selagi tu lah mulutnya tak habis2 mengingatkan kami tarikh 14hb ni sempena sukaneka sekolahnya.


Beratur dalam group masing2.


Lagu "Negaraku" dinyanyi beramai-ramai.

Acara perbarisan dilakukan.


Acara sukaneka dimulakan.


Masing2 masuk dalam khemah
masing2 mengikut warna
kumpulan.


Ceria yang amat muka Ayyunie walhal penat tu. Tak cukup tido dan rehat.


Tak sangka Ayyunie pandai lari sambil lompat dalam guni. Walhal kat rumah tak permah praktis pun..


Caiyok caiyok!


Ibu yang sebenarnya terlebih cuak takut Ayyunie terjatuh atau tersembam.


Walhal Ayyunie dan kawan2 dia steady je.


Kawan ayyunie ni kecik je, tapi semangat dia kuat..


caiyok caiyok Ayyunie!


Alhamdulillah, kumpulan Ayyunie dapat no 2. Yeayyyy!


Bergambar beramai2 dengan budak2 kelasnya.


Dengan bestfriend dia!



Dan berikut merupakan video yang sempat saya rekod masa Ayyunie lompat dalam guni. Sweet je tengok! Abaikan suara pom pom girl yang merdu itu ya. Hiks... Ibu bangga dengan Ayyunie dan kawan2.

P/s: Sudahnya balik rumah terus tidur. Jam 2 petang tidur, lepas maghrib baru bangun. Lepas mandi, dia nak sambung tidur lagi. Huhuhu.. Penat sangat lah tuh!


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::









No comments:

Post a Comment