Sunday, September 21, 2014

Malam Gala Usahawan Halfest 2014

Sambung cerita Halfest 2014 yang tertunda. 


Lepas sahaja booth masing2 ditutup jam 7 malam, para usahawan serta partnernya dijemput untuk ke Malam Gala Usahawan Halfest 2014. Borang kehadiran telah siap diisi 2 hari sebelum tu. Siap ada karpet merah lagi untuk menyambut ketibaan VVIP. 


Majlis diadakan sehari sebelum Halfest 2014 berakhir.


Menu malam tersebut.


Sebelum acara berlangsung, ada lintas langsung dari Astro Awani kalau tak silap.


Ucapan oleh para VVIP. Boleh tahan lama sorang2 punya ucapan. Para usahawan dan tetamu kat belakang ni masing2 dah nampak lesu dan kelaparan. Ya lah seharian di booth kan. 


Ucapan lagi!


Dan jam 9 lebih baru boleh makan. Dimulakan dengan appetizer dulu.


Sambil makan sambil dihiburkan oleh nyanyian arab dan persembahan.


Then baru boleh makan menu utama. Lama betul nak buka penutupnya oleh waiters. Masing2 kat meja dah tak sabar nak makan.


Saya ambil ini je!

Then sambil makan, ada juga anugerah untuk usahawan-usahawan Halfest 2014. Tak silap dalam 5-6 kategori juga. 

Then habis je makan, cepat2 saya dan ayah damia balik. Tak sempat tunggu dessert sampai dan tgk artis Amy Search buat persembahan. Dah nak jam 10 malam. Kesian kat anak2 dan staffs yang tunggu kami. Ya lah, kami suruh mereka gi makan2 dan shopping2 dulu. Tapi jam 10 malam kan The Mines dah tutup. Tu yang cepat2 kami nak balik. Sampai2 kereta tgk mereka baru je tunggu dalam kereta. 

Insyallah semoga kami bertemu lagi Halfest 2015 pada Oktober Tahun hadapan. Semoga Allah memberi skrip yang baik2 untuk kami serta keluarga dan staffs kami.








No comments:

Post a Comment