Monday, November 11, 2013

First time beli rumpai laut!


Setiap kali saya join event2 atau karnival usahawan2, pasti akan ada ilmu-ilmu baru atau pendedahan lebih tentang sesuatu produk yang jarang2 kita jumpa di pasaran namun khasiatnya sangatlah berkesan.

Contohnya Minyak Kelapa Dara, rupanya yang dara tu adalah pemprosesannya. Ingatkan mati2 kelapa tu sendiri yang masih dara. Dan baru saya tahu minyak kelapa dara yg asli lebih baik dari yang berbentuk pil. Begitu juga dengan air minuman sarang burung walit, diperbuat dari air liur burung tu sendiri dan macam2 lagi lah produk2 serta ilmu2 baru yg saya dapat.


Antara yang paling memikat hati saya di HPPNK di kuantan ni adalah rumpai laut. Ini bukanlah pertama kali saya tau pasal rumpai laut ni. Kat FB ramai yang jual. Siap jual yang dah siap buat jelly lagi. Masa gi sabah dulu pun ada juga jumpa rumpai laut ni. Bahkan ada ahli keluarga ipar duai saya yang mengamalkan makan rumpai laut ni. Tapi kalini mungkin ilmu yang diterangkan oleh Pihak perikanan Sabah lebih menarik perhatian saya, maka dengan rela hatinya saya beli walaupun sebenarnya terfikir2 "aku makan ke benda ini". Tak pe lah sekurang2nya saya berusaha utk beli dan makan utk dapatkan sesuatu yang baik pada diri saya kan. Hihi

Rumpai laut kat atas tu yang kering bewarna hitam. Bila dah rendam air jadi warna hijau pula. Ini yang lebih mahal sebab hanya terdapat di laut dalam sahaja. Lebih kenyal dan lebih hanyir. Huhu


Antara rumpai2 laut yang ada. Warna pink, purple. Yang warna putih dah biasa tengok. Haish geli juga mula2 pegang. Macam sotong pun ya. Pegang pun dah geli, apatah lagi makan kan. Tak pe, saya akan cuba dan berusaha utk makan dan guna sebaik mungkin. Hihi..


Yang putih tu ramai yang buat kerabu. Kebanyakan oranv Malaysia memang buat kerabu atau jelly jer rumpai laut ni. Hanya org2 jepun dan korea jer makan cam tu sahaja. Ya lah diaorg kan suka makan yang mentah dan separuh masak macam sushi tu.


Yeayyy dapat resepi lagi! Harapnya menjadi lah ya resepi kerabu rumpai laut saya nanti. 

P/s: Siapa pernah try makan rumpai laut cam ni? Cer share sikit cam mana uolss olah dan makan sampai licin. Pleaseeeeee



No comments:

Post a Comment