Tuesday, November 12, 2013

Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur


Malam Kelmarin, berkesempatan bawa staff makan malam kat sini. Yang Ana Ikan Bakar Petai kat Bangi tu dah selalu sangat makan. Staff pun kami pernah bawa mereka makan yang kat Bangi tu. So kalini kita test kesedapan yang kat Tanjung Lumpur pula. 

Habis jer tutup booth Jam 10 malam, terus kami ke sini. Orang agak ramai. Lauk pauk pun dah tinggal sikit jer pilihannnya. Mungkin sebab hari ahad. So org ramai.


Hampir sama je suasana dan kedudukan kat sini dengan yang kat Bangi tu. Ayyunie yg kelaparan start makan dulu dengan lauk sup dan kailan ikan masin beserta telur dadar. Nak tunggu ikan bakar lambat.


Hampir 20 minit baru sampai ikan bakar petai ni. Saya pilih Ikan Cermin. Tapi bakarnya agak kering. Selalu kat Bangi basah2 sikit ikannya.


Ketam masak telur masin. Ketam isi penuh2. Puas hati makan.


Alhamdulillah.. Bersyukur dengan Rezeki daripadaNya. Insyallah ada masa lain hari kita makan kat sini lagi.

P/s: Selamat sampai JB jam 6 petang semalam selepas bertolak balik dari Kuantan jam 1 tengahari. Stok semua habis, tester pun habis, pemplet pun habis, name card pun habis, so kami buat keputusan utk balik JB lah. Walaupun masih berbaki 5 hari lagi event HPPNK kat sana. Lagipun kami baru dapat good news dari pihak FAMA dan otw balik dari kuantan tu, Pejabat Daerah pula call utk mengesahkan good news tu. Alhamdulillah.. So bekerja lah kita sekuatnya utk production kalini ya. Amin amin..



No comments:

Post a Comment