Sunday, November 10, 2013

CocoDamia 2 kali masuk TV1 semalam

UPDATED: KEESOKAN HARINYA PUN MASUK TV1 LIVE JUGA!!!
SIAP LIVE BETUL2 DEPAN BOOTH COCODAMIA LAGI..
SAYA ADA REKOD. VIDEO BOLEH DITONTON DALAM FB: COKLAT IQ
TERIMA KASIH YA ALLAH
TERIMA KASIH SEMUA!


Saya tahu saya tahu, pagi2 semalam dan harini sure uolss dah menghadap TV menyaksikan majlis pertunangan dan akad nikah Fizo Omar dan Mawar kan. Sambil makan breakfast lagi! Betul tak? Begitu jua saya dan anak2. Hihi.. Ayah damia awal2 dah keluar bersama staffs utk ke booth CocoDamia. Kalau dia ada pun, dia tak berapa nak layan lah cerita2 camtu. Apa2 pun tahniah Fizo dan Mawar. Memang sepadan mereka berdua!

Selain itu, saya juga sebenarnya ternanti2 siaran langsung di TV1 berkenaan dengan program HPPNK di Kuantan ni. Ayah damia cakap, kelmarinnya ada krew TV1 datang shoot kat booth CocoDamia. So dia suruh saya standby depan TV kot2 keluarlah pasal CocoDamia kan.


Ngam2 habis jer saya tgk siaran pertunangan Fizo dan Mawar semalam, terus saya tukar channel TV1. Dan dan Perdana Menteri kita tgh bagi ucapan perasmian. Siap pesan kat Both Damias lagi supaya tgk TV kot2 nampak ayah kan. Haha.. Jenuh lah 2 beradik tu tunggu. Last2 tak nampak juga ayahnya. 


Tiba2 dapat newsfeed kat FB dari student saya, rupa2nya saya dah terlepas slot ayah damia dan CocoDamia. Alahai, lambat sikit jer sebelum ucapan dari Perdana Menteri dimulakan. Tapi dari apa yang diceritakan oleh ayah damia, saya dapat agak dah apa yg keluar kat TV1 tu. Hihi..


Then, tengaharinua ayah damia whatapps saya suruh tgk berita TV1 sebab ada siaran langsung di hadapan betul2 booth CocoDamia di Berita jam 1. Cepat2 lah saya tunggu.


Hah tu, nampak CocoDamia. Bertepul tangan both Damias nampak ayahnya dalam TV. Hihi staff saya kak Nora tengah rancak melayan para pengunjung tu. Jiran usahawam saya adalah Bumi hijau. Ore terengganu tapi bisness dan kilang di Johor. Eh samalah kot ngan kami. Ore kelate tapi business dan kilang di Johor jua. Namun Bumi Hijau dah lamaaaaaaa bertapak di industri ini, sedangkan kami baru setahun   Jagung. Banyak yang kena belajar dari para usahawan yg lebih berpengalaman.


Wah wah staff saya Azhar bukan main glemer lagi. Kat Majalah keluar, kat banner terpampang, kat TV dah berapa kali keluar. Alhamdulillah.. Rezeki bersama kan.


Perdana Menteri yang mengambil kesempatan melawat booth2 Para usahawan. Tapi tak semua booth lah kan.
Mana yang sempat jer kot.  

Apa2 pun terima kasih tak terhingga kepada para blogger, kawan2 FB, pengunjung2 yang tidak dikenali serta rakan2 usahawan yang singgah ke Booth CocoDamia. Insyallah yang beli Coklat IQ CocoDamia tu sama2 kita rasai keberkesanannya dan yang tak beli pun terima kasih juga sudi singgah2. Tetamu kan penbawa rezeki dalam pelbagai bentuk.

Oleh itu, wahai orang-orang kampung sekitar Kuantan dan sewaktu dengannya, marilah ramai2 singgah di booth CocoDamia di Padang MPK2, Kuantan. Bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Jom ramai2 beramah mesra dan mengetahui kehebatan Coklat IQ-CocoDamia dengan Izinnya. Insyallah. Yakin dengan ketentuan Illahi.

P/s: Masa KUD, cocodamia keluar dalam rancangan Nasi lemak Kopi O di TV9, di HPPNK keluar dalam berita dan siaran Langsung TV1. Alhamdulillah. Mudahnya menjemput rezeki. Semoga saya dan suami istiqamah dalam menyebarkan makanan sunnah melalui Coklat IQ. Amin amin.





No comments:

Post a Comment