Monday, April 19, 2021

Resepi tepung pelita kukus gedik-gedik


Pabila Ramadan tiba.. 
Keluar dah gambar menu ;-)


Ni menu 1 Ramadan haritu.
Kebetulan Johor kan cuti pada hari tu..
So buatlah kuih renyah2 sikit..
Buat kuih yang sinonim dengan bulan Ramadan..
 Tepung Pelita Kukus.
Tepung pelita Kelantan Style.
Yang mana teksturnya adalah gedik2..
Sekali cedok dengan sudu, melimpah air gula keluar dari bawah.

Kalau teksturnya keras..
Dah jadi kuih tako namanya..
Kat Johor ni memang banyak kuih tako..
Tapi nak jumpa kuih tepung pelita gedik2 punyalah susah.
Beza tepung pelita dan kuih tako adalah acuan tepung pelita guna daun pisang, manakala kuih tako guna daun pandan.

Tepung yg diguna pun berbeza. 
Tepung pelita guna tepung beras, manakala kuih tako guna tepung jagung.


Jom tengok resepinya.

Bahan-bahan atas (warna putih)

1//2 cawan tepung beras
1 kotak 200ml santan pekat
1 cawan air
Sedikit garam

Bahan-bahan bawah warna hijau)

1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula 
3 cawan air
1 cawan air daun pandan
Sedikir pewarna hijau
(Nak letak air kapur sikit pun boleh, tapi saya tak letak)

Bahan-bahan lain

Gula secukupnya
Acuan sampan tepung pelita


Cara-cara membuatnya:

1. Masukkan 1 sudu kecil gula dalam acuan sampan tepung pelita.
2. Satukan semua bahan2 bawah (hijau). Masak dan kacau2 sebati adunan biar menjadi likat.
3. Tuangkan separuh sahaja adunan bawah tadi pada acuan.
4. Kemudian satukan pula semua bahan2 atas (putih). Kacau sebati dan pekat. Jangan masak.
5. Tuangkan pula adunan atas pada acuan.
6. Kukus sehingga masak dalam 8-10 minit.

Sedap dimakan ketika sejuk. Terus gedik2 dan cair dalam mulut..
Selamat mencuba.


Untuk yang tak pandai buat acuan sampan tepung pelita, boleh refer video yang saya sekod kat atas.
Happy watching...



p/s: So korang suka yang mana? Tepung pelita atau kuih tako?





:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

3 comments:

  1. Rindu nak makan Tepung Pelita original yang ada gula cair kat bawahnya...

    ReplyDelete
  2. AzianKhalil- hah kan...ramai yang lagi suka tepung pelita..

    SueGinola -ah ah..susah nak cari kat JB ni tepung pelita ori...buat je lah kalau kempunan nak makan..hihi

    ReplyDelete