Monday, February 22, 2021

Calon Calon SPM paling matang || Good luck untuk batch SPM 2020 Promax


Kenangan nak naik bas sebelum bertolak ke Kem Jati Diri di Telok Gorek, Mersing
 pada 14-15 Mac 2020


Masa mula2 sampai..


Bergambar berkumpulan dulu sebelum masing2 check in dalam bilik dan dorm


Aktiviti petang


Sesi motivasi pada waktu malam


Exercise di waktu pagi tepi laut


Majlis penutup


Kelas masa PKPB

Tak banyak gambar secara fizikal kita bersama  untuk batch Form 5 Pro Max.
Ini gambar2 kenangan kita semua 2 hari  sebelum sektor Pendidikan kita berubah ke Norma baharu.
...
Cikgu tahu awak semua dah dikategorikan terlampau matang untuk menghitung hari ke Saat exam SPM hari ini. Tahun paling 'rare' dimana awak semua terpaksa berjuang dalam era Norma Baharu.
...
Dengan emosi down, semangat yang hilang, ada yang terleka, pancaroba kelas online dan macam2 lagi. Tapi cikgu Harap awak semua tak putus asa, tak putus harapan kerana 1 Malaysia  mendoakan awak semua.
...
Satu2nya batch yang belajar paling lama (walaupun PdPR) dengan Pusat Bahasa Pelangi. Sampaikan Kadang2 cikgu pun confius awak semua ni anak2 murid atau kawan2 cikgu dah, 😉.
...
Tak nak cakap banyak, cikgu doakan awak semua tenang, kertas BM jangan kosong, minta pada Allah dan dapat jawab dengan tepat seperti dalam skema pemarkahan SPM.
...

"Ya Allah, kurniakanlah calon calon SPM 2020 kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul dan ilham dari para Malaikat yang menghampiri dengan Mu dan kurniakanlah kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

#spm2020

#spm2020promax

#promax



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment