Sunday, February 28, 2021

Deko-deko di Pusat Bahasa Pelangi sempena "Welcome back to tuition"



2 hari deko-deko di  Pusat Bahasa Pelangi sempena 
"Welcome Back to Tuition" & welcoming students untuk Sesi 2021 pada 8/3 ni.

Simple deko je. Pasang wallpaper dan Vinyl bagi nampak lagi luas dan lebih cerah.


Buat sendiri je semua kami anak-beranak.
Apa yang penting?
Kerjasama..


Hari pertama tu fokus tampal wallpaper je..


Tak susah mana pun tampal wallpaper jenis ni berbanding wallpaper jenis gulung tu..


Hari kedua pula fokus pasang vinyl.
Pun tak susah mana sebab guna yang sticker berbanding yang gam tu..


Ni bilik transit anak3.
Pun deko2 juga bagi wajah baru sikit...
Macam tahun2 sebelum ni..
Kat bilik transit ni lah anak3 akan siapkan homework, mandi, makan, rehat, nap sekejap sebelum sambung sekolah agama sesi petang dan tuisyen sesi malam.
Daim pun dah tukar tadika ke Taman U mulai esok (1/3).
Senang sekaliharung uruskan 3 beradik tu setempat.


Ngam2 habis je pasang vinyl, students SPM Promax tiba2 datang singgah nak tanya soalan math & add math dengan Cikgu Khai. Siap bawa pizza dan kek lagi ya. Kiranya korang datang rasmi nak duduk atas vinyl baru lah ni ya. Hihi...

InsyaAllah..
Doakan anak3 kita dilindungi olehNya dan dijauhi dari sebarang penyakit berjangkit. 
Dan semoga sektor Pendidikan kembali seperti biasa.
Aaaminn..

p/s: Bagi yang nak daftar tuisyen secara bersemuka bermula 8/3/21 ni, boleh whatsapps Cikgu Khai di talian 0127507659 ya.


::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, February 25, 2021

Our first dine in during MCO 2.0


Tampal memori 20/02/2021 disini.
Our first dine in during MCO 2.0


Walaupun PKP masih belum tamat dan akan ditamatkan pada 4 Mac nanti.
Tapi kerajaan telah membenarkan untuk dine in lebih dari 2 orang satu meja dengan bersyarat.
Iaitu berdasarkan keluasan meja dan asalkan ada penjarakkan 1 meter.


Peluang yang telah lama dinanti-nantikan oleh anak3.
Alhamdulillah..
Bagi ruang untuk anak3 happy.


Kerana anak3 juga manusia biasa yang akan ada fasa down, boring dan leka.
Dapat keluar makan bersama kat luar pun anak3 dah seronok dah.
Yang penting diaorg dapat berubah angin sekali sekala selepas beberapa bulan duduk rumah dan PdPR.


Lunch pun dah lewat ni.
Dalam jam 4:30 petang.
Sebab anak3 teman ibu ayah delivery sambal hijo bilis petai dulu dekat 7 buah rumah.
So kami decided untuk makan kat Bigfood Nong Chik alang2 dah sampai area situ delivery sambal.
Tak ramai orang.
Tempat pun luas.
Dan meja pun besar2.
Sesuai sangat dah dengan SOP kerajaan ni.

Menu kat atas tu menu feveret Daim forever kalau datang sini.
Pasta Meatball Carbonara..
Memang creamy dan kaw kaw.


Our Supreme Grill Platter
Makan 5 orang pun tak habis..
Dah kena tapau bawa balik..hihi..
Kenyang yakmat...
Ada chicken wings, lamb shoulder, turkey toast, BBQ Beef ribs, slice beef, minced beef, pepperoni, jumbo sausages, salami & chicken bologna.


Then dah habis makan western, teringin nak makan chili crab pula.
Lidah nak makan yang pedas2 gitu lepas makan yang muak2 cheese.
Didatangkan dengan set roti sekali.
Ku sangkakan roti perancis, tapi rupanya roti sandwich biasa.
Ok lah juga cicah2 kuah chili crab ni.


Antara harga2 menu..


Harga reasonable dengan portion setiap makanan.
Sebab tu nama kedai pun Bigfood.



::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, February 24, 2021

Resepi Kerutuk Daging Kambing


Daging kambing segar terus dari ladang Osman Goat Farm sampai depan pagar rumah. 

Percayalah. Dagingnya tak ada bau hamis langsung.


Kenangan pada Sept 2016



So masak Kerutuk Kambing lah harini. Boleh cuba resepi dibawah..

Bahan2 kisar:

2 sudu cili giling*
1/2 Sudu kecil ketumbar*
1/2 inci halia*
1 batang serai*
1/2 inci lengkuas*
3 ulas bawang putih*
2 biji bawang besar*

Bahan-bahan lain:

1/2 kilo daging kambing
2 sudu besar rempah kerutuk timbang
1 sudu besar kerisik
1 cawan santan pekat
1 keping asam keping
Gula Melaka secukupnya
Garam secukupnya
Air secukupnya
Minyak menumis secukupnya

Cara-cara membuatnya:

    1. Tumis semua bahan2 yang di kisar sehingga naik bau.
    2.Masukkan rempah kerutuk dan sedikit air. Tumis lagi sehingga pecah minyak. Boleh tambah air jika perlu. 
    3.Masukkan daging kambing (yang telah di rebus dalam pressure cooker) dan reneh sehingga semua sebati. 
    4.Akhir sekali masukkan santan, asam keping, kerisik, garam, gula Melaka dan sedikit air. 
    5.Masak sehingga kuah pekat.

Makan dengan sambal belacan, ulam2 dan telur dadar pun cukup nikmat dah. 
Alhamdulillah..

#kerutukkambing
#osmangoatfarm
#dagingkambingfresh




::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, February 22, 2021

Calon Calon SPM paling matang || Good luck untuk batch SPM 2020 Promax


Kenangan nak naik bas sebelum bertolak ke Kem Jati Diri di Telok Gorek, Mersing
 pada 14-15 Mac 2020


Masa mula2 sampai..


Bergambar berkumpulan dulu sebelum masing2 check in dalam bilik dan dorm


Aktiviti petang


Sesi motivasi pada waktu malam


Exercise di waktu pagi tepi laut


Majlis penutup


Kelas masa PKPB

Tak banyak gambar secara fizikal kita bersama  untuk batch Form 5 Pro Max.
Ini gambar2 kenangan kita semua 2 hari  sebelum sektor Pendidikan kita berubah ke Norma baharu.
...
Cikgu tahu awak semua dah dikategorikan terlampau matang untuk menghitung hari ke Saat exam SPM hari ini. Tahun paling 'rare' dimana awak semua terpaksa berjuang dalam era Norma Baharu.
...
Dengan emosi down, semangat yang hilang, ada yang terleka, pancaroba kelas online dan macam2 lagi. Tapi cikgu Harap awak semua tak putus asa, tak putus harapan kerana 1 Malaysia  mendoakan awak semua.
...
Satu2nya batch yang belajar paling lama (walaupun PdPR) dengan Pusat Bahasa Pelangi. Sampaikan Kadang2 cikgu pun confius awak semua ni anak2 murid atau kawan2 cikgu dah, 😉.
...
Tak nak cakap banyak, cikgu doakan awak semua tenang, kertas BM jangan kosong, minta pada Allah dan dapat jawab dengan tepat seperti dalam skema pemarkahan SPM.
...

"Ya Allah, kurniakanlah calon calon SPM 2020 kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul dan ilham dari para Malaikat yang menghampiri dengan Mu dan kurniakanlah kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

#spm2020

#spm2020promax

#promax



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, February 18, 2021

Boys memang main basikal guna brek kaki ya?

Assalamualaikum & hello everyone..
Hampir 2 minggu tak ada apa2 enty baru kat sini..
Busy sikit....Ya busy...walaupun cuti raya cina minggu lepas..
Tanpa tersengaja terjebak dengan business baru..
Business suka suki sambil2 duduk rumah..
Nanti saya update ya pasal business baru tu..
Harus tepek kat blog ni untuk dijadikan kenangan akan datang..


So PKP sambung lagi yang sepatutnya berakhir hari ini..
Sambung hingga 4 Mac pula..
Kelas PdPR anak2 macam biasa...
Kelas tadika online Daim pun makin hari makin seronok dia belajar...
Dan kelas tuisyen Pusat Bahasa Pelangi secara PdPR pun alhamdulillah..
Sangat memberangsangkan..
Syukur Ya Allah atas rezeki yang tidak pernah putus daripadaMU..


Ni gambar2 Daim main bola dan basikal tiap2 petang depan rumah..
Kesian budak2 asyik terkurung je dalam rumah kan..
Nak bawa keluar jjcm pun tak boleh..
Apa kan lagi nak bawa jalan-jalan makan angin..
So main kat depan rumah je lah mampu..
InsyaAllah....doakan supaya Covid19 ni cepat2 lenyap dan pergi..
Agar kehidupan kita semua dapat kembali seperti asalnya..


Daim dah makin expert naik basikal..
Sampaikan ke kedai Acheh kat depan sana dia rela ikut ayah dia kayuh basikal..
Runsing dia bawa laju2...
Sejenis budak cepat belajar..
Dan excited dengan benda2 baru..
Ni tiap2 petang mesti round2 taman naik basikal..
Kadang2 ibu ayah teman sekali naik basikal..
Kadang2 kakak2nya teman naik basikal pusing2..


Cuma nak tanyalah korang..
Anak boy korang memang main basikal brek guna kaki ke?

Jenuh ajar guna brek tangan..
Tak juga dilayan..
Nak juga dia brek guna kaki tahan dengan kasut dia...
Tu yang kasut2 dia semua pecah kat depan..
Sepanjang PKP 2.0 ni, dah 3 kali beli kasut untuk dia hah..
Ni harus mau 4,5,6 kali lagi beli kasut untuk Daim..

Agak2 ada tak jual kasut besi erkk?
Senang sikit tak lah mudah terkoyak kat depan tu..
Hihi..

p/s: Ramai komen kat FB yang sememangnya boys  main basikal suka guna brek kaki ;-)



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, February 5, 2021

Tips goreng Jemput-Jemput /Cekodok Pisang



Jemput-Jemput Pisang Cepat Habis namanya ni.
Letak hilang, letak hilang...


Ada orang kadang2 tak jadi buat jemput2 pisang ni..
Ada orang kadang2 letak air juga masa buat jemput2 pisang ni..
Ada orang suka jemput2 yang bulat2, ada orang suka jemput2 yang leper2..
Dan ada orang suka yang letak soda, ada orang tak suka letak soda..
Pendek kata ikutlah resepi masing2, janji sedap dan boleh makan kan..


Ni tips dari mak saya kalau buat jemput2 pisang.
Mak dah berusia 81 tahun sekarang..
Jadi ni kiranya tips orang zaman dulu2 lah ni..

Mak pesan:

1. Nak buat jemput2 pisang, kena cari pisang yang betul2 ranum, barulah tak payah bubuh air dah.

2. Untuk dapat rasa yang lebih sedap dan rupa paras jemput2 yang lebih elok, kena 'jemput' masuk kuali guna jari, jangan guna sudu.

3. Jangan guna senduk nak balik2kan jemput2 dalam kuali yang panas tu, guna garfu je. Tapi memang berpeluh2 lah sikit nak menghabiskan semua tu.

4. Api jangan kecil, nanti jemput2 serap minyak. Besar sikit OK apinya. Tapi jangan besar sangat.

5. Lebih elok guna gula perang dari gula biasa. Nanti warna akan lebih kilat. 

6. Tunggu sejuk sikit baru sedap makan. Rangup diluar, lembut didalam.

7. Tak ada sukatan bahan. Agak2 je mengikut naluri. Bahan2nya hanya pisang, tepung gandum, gula perang dan garam.

Terima kasih mak utk resepi dari dulu.. 

Selamat mencuba ❤️.


::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, February 2, 2021

Projek Buat Gimbap


Projek 2 beradik..
Aleesya & Ayyunie..
Buat Gimbap..
Ibu tolong potong2 je supaya nampak comelll..


Resepi?
2 beradik tu tengok YouTube je.
Ibu pun tengok juga kot2 dioarg tersalah step.
Tapi everything OK..


Tiba2 Daim tanya..
Eh ni bukan sushi ke kakak?
Ayyunie jawab Sushi tu Jepun, Gimbap ni Korea..
Tapi bahan-bahan lebih kurang sama je..

Makanan Korea budak2 ni memang suka.
Tapi tengok cerita Korea jauh sekali..

Tak ada masa tengok TV katanya..
PKP pun, tetap lah adalah kelas PdPR separuh hari.
Lepas tu sambung buat homework lagi..
Then malam2 tuisyen online pula..
Cam tu lah hari2 kecuali weekend selagi tak habis PKP..




::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, February 1, 2021

Resepi Macaroni Baked Cheese



YummmYummm..
Antara menu favourite anak-anak..
Budak2 zaman sekarang...
Lagi banyak cheese lagi suka..
Walhal kita dulu rasa cheese sikit pun dah "ngetak bulu"..
Sejak dah matang sikit ni barulah tekak boleh terima cheese2 ni..
Tu pun tak leh makan banyak..sebab cepat muak kan..
Tapi anak3 kat rumah ni ok je..
Lagi cheese leleh, lagi suka..


Sama je resepi dengan buat lasagna.
Cuma tukar lasagna sheet ke macaroni yang direbus je. 


Ni sebelum dibakar...


Yang ni pula semasa nak melapis dengan sos merah dan sos putih..

Ok jom tengok bahan2 untuk membuatnya..

Bahan2 sos merah:

500 gram daging kisar
1 tin kecil sos prego tomato, selasih & b.putih
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar mentega
1 biji bawang holland dipotong dadu 
1 biji lada capsicum dipotong dadu
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
garam dan perasa secukupnya

Bahan2 sos putih:

2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 keping keju cheddar
1 kotak kecil susu full cream
Lada putih, kiub pati ayam dan garam secukup rasa

Untuk hiasan:

Mozarella Cheese

Bakar dalam Air Fryer 200'c selama 15 minit..

Cara2 boleh refer video dibawah ya...


Selamat mencuba...