Friday, January 8, 2021

Cancel Flight JJCM Penang


Sepatutnya awal pagi tadi kami sekeluarga dah berlepas ke Penang untuk cuti-cuti Malaysia dan JJCM.
Tapi semalam last minute saya dan ayah damia buat keputusan untuk cancelkan flight kami dan request credit account.


Boleh tengok video kat atas cam mana sebenarnya kami dah hampir2 nak check in dan print tiket flight kat airport..
Tapi berbelah bahagi nak pergi ke tak nak, nak pergi ke tak nak..

Ramai yang tanya saya ni AA yang cancelkan atau saya yang cancel,
Actually ni saya sendiri yang cancelkan last minute..
Sebelum ni beberapa hari lepas flight ni ada sampai email reschedule time dari 8 pagi tukar ke 7 pagi..
Kalau kita tak boleh keep going dengan reschedule time tu, AA bagi pilihan samada nak change date atau request credit account before 48 hours departure. 
Tapi semalam saya request Credit acc last minute sangat dah..
Tak sampai 24 jam departure time..
Saja2 cuba try request..
Alhamdulillah..
Successful...


Terus masuk duit dalam Credit Account..
Syukur sangat..sebab saya tak letak harapan tinggi dapat duit balik sebab request pun dah last minute kan..

Untuk yang memerlukan..
AVA Air Asia via whatsapps - 01135165078


Allah lapangkan segala kesulitan..
Deposit kereta sewa pun dah dapat refund.
Terima kasih Allah..


Ni kes semalam..
Sampai 3 ribu lebih hah kes baru..
Fuhhhh...
Tepat sekali keputusan kami cancelkan flight pagi tadi..
So tak rasa menyesal sangat tak dapat JJCM dengan kes yang makin lama makin tinggi sana sini..
Terutama kat Johor ni..
Ya Allah, jauhilah kami dari dijangkiti Covid19 ni dan moga2 ada penyelesaian secepat mungkin..

Allah sebaik2 perancang.
Segala yang berlaku ada hikmahnya..
Pasal MCO 2.0 tu betul atau tak, kami sekeluarga ambil langkah berjaga2 sahaja..
Buatnya betul2 MCO 2.0, jenuh pula kami dah kena lock down kat Penang ke kan..
Yang paling takut kalau tetiba kena buat Swab Test..
Nauzubillah...

 

:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment