Monday, July 27, 2020

Jalan-jalan cari makan Johor

 Cerita hari sabtu lepas (18 July 2020).
Bawa parent in law jalan-jalan cari makan.
Bermula dari JB - Kluang - Mersing - Endau -  Rompin -  JB.


Pit Stop yang pertama adalah di Kluang Rail Coffee Station.
Gerak dari JB jam 8 pagi.
Sampai dalam jam 9 gitu.
Sampai2 nampak panjangnya orang beratur.
Tapi sebab dah datang dari jauh kan..
Gigih juga beratur.
PIL, Daim dan Ayyunie kitaorg suruh duduk dulu kat bawah pokok redup.
Dah nak sampai giliran baru panggil masuk beratur.
Tapi sebenarnya lagi kesian kat orang2 yang datang lepas kitaorg.
Sebab panjang gilerrrrrrrrr beratur weiiii..
Lagi panjang dari barisan yang kitaorg mula2 sampai tadi..
Fuhhh..gigih masing2 nak makan kat sini kan..


Finally, selepas 35 minit beratur..
Nasib baik juga menu2 yang kami order cepat sampai.
So tak rasa nak penat sangatlah beratur..hihi..

Antara menu yang wajib order kalau datang sini semestinya lah Kopi Ais tu..
Bagi peminat kopi memang puas hati macam saya..
Lain2 menu, roti bun bakar atas arang, roti kaya butter, telur masak separuh, meehoon siam, nasi lemak bungkus.
Ayyunie makan lontong dan MIL nak try laksa Johor..
Sedap tapi pedas pula bagi MIL..


Makan simple serba sikit gini pun dah kenyang kan..


Total harga dalam RM49++ gitu..
Oklah harganya harga kopitiam sebenar kan..
Bukan harga kopitiam hipster...hihi..


Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Mersing pula.
Mula2 sampai Mersing cari kedai buku atau kedai photostat dulu..
Nak settle kan urusan binding Aleesya ni..


Dah sampai Mersing, mesti singgah kat Perusahaan Keropok Hj. Puteh ni.
Saya shopping ikan2 masing dan MIL shopping belacan dan macam2 sos nak bawa balik Kelantan nanti. Kat Mersing kami tak cari makan sebab perut masih kenyang lagi masing2.




Kemudian kami ke Endau pula..
Saja jalan2 ambil angin pantai.
Pantai yang sesuai untuk piknik dan landai adalah di Pantai Pasir Lanun Penyabong.
Ramai yang datang piknik sambil mandi pantai dan buat BBQ..


PIL pun nak juga ambil gambar kenang-kenangan kan..


Walaupun cuaca panas, tapi angin sepoi2 gitu..


Bukti Pasir Lanun..
Btw ni kali ke2 kami singgah sini..
Dah pernah singgah sini masa bulan 10 2019 aritu..
Masa bawa budak2 PT3 2019 holiday ke sini..


Lepas tu balik dari Pantai Pasir Lanun, singgah di Jeti Pantai Penyabong ni pula nak makan tengahari.
Tak jauh pun lokasinya.
Tak sampai 5 minit dah sampai.
Lunch kami semua teringin makan Ikan Celup Tepung..

Bagus tokey Ikan Celup Tepung, siap sediakan benyak kaki payung untuk customers beratur dalam kepanasan.

Eh eh abang kat belakang kita tu photobomb pula.
Nasi baik dia tak minta no tel kita suruh whatsapps gambar dia kan..


Sabar beratur dalam kepanasan masing2...


Harga pun murah2..
Ketam, udang, ikan dll fresh dan rangup namateyyyyyy..
Ni pun bukan first time kami datang sini..
Selalu kalau lalu Endau waktu siang, memang singgah makan2 kat sini..


Pilihan kami..
Ketam, udang, ikan dan keropok..
Nasi lemak bungkus dan nasi dagang bungkus ayayh damia berkenan..


Lunch yang sangat best..
Simple tapi setiap inci rasa puas hati..
Sosnya tu sedap gilerrr..
Memang ada rasa yang tersendiri lah..

Kat sini sempat kami solat di surau yang disediakan..
Surau dan tandas memang bersih sungguh..


Dan destinasi terakhir..
Kami ke Rompin pula..
Kat sini pun kami tak cari makan sebab perut masih lagi kenyang..
Tujuan ke Rompin ni adalah nak tunggu SIL dan family yang balik dari Pulau Tioman.
Kerana PIL akan naik kereta mereka untuk balik ke Kota Bharu.

Sementara tunggu feri sampai dari Tioman, kitaorang rehat2 dulu di Masjid berdekatan Jeti Tanjong Gemok.

Jam 6 petang kami pun gerak dari Rompin balik JB..
Dalam jam 9 malam, alhamdulillah sampai JB.
Sebelum sampai rumah, singgah dulu restoran berdekatan makan malam siap2..

Tamat sudah cerita JJCM Johor kami...



::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, July 23, 2020

Riang Ria di Melaka Bird Park

11 Julai 2020.
Dah lepas check out dari sini..
Terus gerak ke Zoo Melaka sebab dah janji dengan Daim nak bawa dia pergi Zoo..
Tapi alahai....bukan main ramainya orang beratur nak masuk Zoo..
Kerana PKPP ni, sesi nak masuk ke dalam Zoo pun terbahagi 2 sesi.
Sesi pagi sampai jam 1 tengahari.
Masuk semula untuk sesi petang jam 2 petang.
Last2 kami decided nak pergi Melaka Bird Park je lah sebab kurang crowded.
Janji bawa Daim jumpa binatang...hihi..


Cantiknya lahai peacok warna putih ni..
Gerammm tengokk..
Tapi nak pegang takut dia patuk pula..hihi..


Uniknya burung ni..
Siapa tahu nama apa burung ni?


Burung kakak tua pun jinak2 belaka..


Entrance masuk..


Di perkarangan masuk ada pameran dinosour..
Mungkin pameran yang sebelum PKP punya kot..
Sebab nampak kurang terurus sikit dinosour2nya..


Budak baya2 Daim ni memang teruja lah tengok dinosour2 ni..


Ni pun tak berfungsi..
Kalau tak boleh tengok secara virtual realiti kehidupan dinosour2..


Nampak je gigi tajam tu, tapi plastik..


Kami membuat tindakan tepat dengan bawa Daim jalan2 ke Melaka Bird Park ni.
Dah lah kurang crowded..
Redup pula tu..
Burung2 pun jinak...


Us..
Ayah Damia tak masuk sebab nak berehat dan tidur dalam kereta sebelum bertolak balik JB.
Malam tadi tak dapat tidur lena sebab sakit tangan katanya..
Sakit urat makan banyak sangat durian kot..hihi..

Apa2 pun Alhamdulillah..
Walaupun dalam PKPP, tapi kita masih boleh berjalan2 dan holiday dalam Malaysia..
Yang penting jarak kena jaga, basuh tangan selalu dan pakai mask bila perlu.
InsyaAllah, kita jaga kita ok.

Semoga Dunia cepat sembuh dan dijauhi dari COVID-19.
Aaaminn..


 Jom tonton aksi2 dan keletah2 Daim di dalam Melaka Bird Park


::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, July 20, 2020

Duplex room Hotel MetraSquare, Melaka


Balik je dari Dusun Durian Tok Wa, kami terus chek in sini...
.
Nama hotel ni Hotel MetraSquare.
Kalau baca review hotel ni baru buka dalam tahun lepas.
Kat Pusat Komersial Ayer Keroh.
Good location tapi tempatnya sunyi je.
Tapi berdekatan sangat2 lah dengan Bird Park, Zoo Melaka, Taman Buaya dan tempat2 extraction lain untuk tourist.
.
Nak makan kawasan sekitar tak adalah warung2/kedai2 makan. 
Kena keluar sikit dari tempat ni. 
Tapi Old Town Coffee & Assam Pedas Nyonya ada je kat bawah hotel. 
Kami duduk Duplex room.
Ada 2 Bilik dan 2 bathroom berasingan tingkat atas dan tingkat bawah.
Yang bawa anak3 besar dan ramai tu sesuai sangat dah hotel ni.
Bilik pun besar yakmat, selesa dan bersih.
Breakfast included. Tempat breakfast pun bukan main besar dan cantik.
Cuma masa PKPP ni tiada buffet. Hanya pilih menu dan semua sarapan dihidangkan di cafe.
Harga boleh tgk kat booking.com atau agoda. Masa saya nak check in, ada uncle ni tanya harga walk in. Rm250/nite. Uncle tu siap tawar menawar RM220 lagi. Bila saya tanya receiptionist eh boleh erk tawar2 harga cam tu, receiptionist jawab "terpaksa lah nak rolling after 4 months, dari bilik kosong je kan"
Saya faham tu lah kesan dari pandemic kan. Apa2 pun jangan lupa baca doa pendiding sebelum masuk bilik dan spray dettol dulu untuk #kitajagakita ok! 


Duplex room. Ada bilik atas dan bilik kat bawah..


Mini kitchen..
Tapi kalau disediakan juga microwave lagi bagus..


Tangga nak naik bilik atas..


Dah sampai bilik atas..


Cantik, bersih dan kemas je..


Atas bawah disediakan tempat buat coffee..
Tapi tak guna2 pun..haha
Banyak tapau makanan2 dan minuman2 je..


Besar juga bilik wardrobe ni..


Bathroom tingkat atas...
Ada bath tub...


Pandangan dari tingkat atas..


View dari tangga..
Bebas Daim sukahati dia nak main kat mana..


Living hall..


Bilik bawah..
Pun luas..


Bathroom bawah..


Pilihan breakfast..


Ada 4 pilihan, kami pilih 4-4 nak rasa..
Oh ya bilik duplex dah termasuk breakfast utk 4 orang ya..


Dari yang ringan ke makanan berat..
Cukup je utk kami sekeluarga walau pun tak ada buffet..
Air panas dan sejuk boleh je nak tambah2..
Tapi waiter lah yang akan served kan..


Daim nak makan meehoon goreng..


Us..
Walaupun dalam holiday, tapi ingat ya kita jaga kita..
Kita belum bebas 100% lagi..


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, July 15, 2020

Nasi Liwet di Rumah Makan Cibiuk



First time makan Nasi Liwat, eh Liwet  ni masa kat Bandung tahun 2012. 
Tapi ni makan kat Melaka pun boleh feeling2 makan kat Bandung juga sebab suasana, muzik, dekorasi dan percakapan waiternya pun lebih kurang kat sana dah. 


Nampak trademarknya tu..
Rajanya Sambal..
Jaguhnya Talapia..
Topnya Ayam Kampung..
Jadi wajiblah order ketiga3 menu tu kan..


Sup Ekor Bakar ni pun sedap amat..
Recommended ok..


Signature dish kat sini..
Wajib cuba ok..


Nilah sambal cibiuknya...
Ada macam2 jenis lagi..


Jus Alpukat pun wajib cuba juga..
My favourite ni..


Unik sungguh mangkuk tempat letak nasi putih tu ya..


Yang berbalut dengan daun pisang tu lah Nasi Liwet.
Yang lagi satu ada kesan2 bakar tu Nasi Bakar..
Digandingkan pula dengan Talapia goreng Kipas, Sup Ekor bakar (recommended) , Sup tulang dan Ayam bakar (tapi manis ) memang nikmat.


Rasa nasi yang ada rempah2, herba dan lemak2 macam pulut. Sejenis makanan sunda. 


Ni pula Nasi Bakar. Aleesya yang makan.
Katanya macam lemang pun ya..


Ayam bakar.. Agak manis sikit rasanya..


Our happy family..
Alhamdulillah..


Daim dengan keletahnya..
Yang banyak menghiburkan hati kami sekeluarga..
Syukur atas nikmat ni..


Restoran ini terletak di Lingkaran MITC, Melaka..
Waze je "Rumah Makan Cibiuk"..
InsyaAllah jumpa lah tu..




::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::