Thursday, February 6, 2020

Tips dan pengalaman memandu di Jeju




1. International Driving Permit (IDP) - senang je nak buat IDP ni. Bawa lesen dan  MyKad serta 1 salinan, 1 keping gambar ukuran passport dan cash RM150 ke mana2 cawangan JPJ. Sekejap je siap dan IDP ni valid selama setahun.




2. Sewa kereta - ada banyak company sewa kereta di Jeju dan kebanyakannya pembayaran perlu dibuat melalui kad kredit. Tapi sebab saya dan suami tak ada kad kredit, kami pilih 'kereta sewa jeju' yang mana bayaran boleh transfer je melalui bank. Deposit akan diambil bersama bayaran penuh. Jika dalam tempoh 2 minggu selepas pulangkan kereta tiada saman, maka deposit akan ditransfer semula ke akaun kita. Dan sebaik-baiknya ambillah full coverage insurance jika memandu pada musim winter.



3. GPS - memandu di tempat orang memang perlukan GPS kan. No worries kebanyakan company kereta sewa ada sediakan GPS, tapi yang tak bestnya dalam bahasa Korea lah. Kalau pandai guna masukkan no tel lokasi yang kita nak pergi tu ok lah. Tapi kalau terkial2, better download je Kakao map. Tapi kami tak berapa serasi pula dengan Kakao map, so guna Waze (dah biasa guna) je lah senang. Alhamdulillah, semua tempat yang kami nak pergi sampai dengan jayanya.


Cantik dan nyaman je jalan raya di Jeju..


Ada baki salji juga di lereng2 jalan raya..


4. Ambil kereta di Jeju - hari yang ditunggu telah tiba....Lepas je keluar dari International arrival hall, kena pergi kat gate yang telah ditetapkan oleh pihak kereta sewa (dalam email akan nyatakan gate berapa), macam kami kena exit gate 5 dan naik shuttle bas kat platforn 8 untuk ke tempat ambil kereta. Lain company lain no ya. So ikut je arahan yang telah diberi dalam email tu.


5. Ambil gambar dan video dulu - Once dah sampai kat rental car (pastikan nama company betul sebab banyak sangat company kereta sewa kat sini) , bagi no booking/passport untuk buat pengesahan ambil kereta. Payment dah fully paid so tak yah bagi apa2 payment lagi. Sila check kereta dalam keadaan dan kondisi yang baik. Paling senang ambil gambar dan video. Kalau yang tercalar ke, tergores ke, atau apa2 kerosakan, maklumkan awal2 kat pihak kereta sewa. Jenuh nak cakap bahasa inggeris, last2 cakap je kat google translate. Haha..



6. Left handed driving - Jeng jeng... Cabaran bermula.. Tak yah takut lah, wat lek wat peace je...mula2 je kekok terutama kat roundabout dan traffic light, tapi InsyaAllah lama2 ok. Yang penting fokus. Tios dia selalulah duduk lane kanan kalau tak nak memotong. Sepanjang 4 hari drive di Jeju, tak pernah lagi kena hon, yeayy berjaya.. Tapi ada lah mengucap panjang juga sebab salah masuk lane.. Haha..



7. Speed Camera - Kat Jeju ni banyak sungguh speed camera. Kalau guna Kakao Map, memang GPS sentiasa alert kan kita kat mana ada speed camera dan kat mana cerun. Normal speed hanya 40-70km/j je. Tapi Jeju kan cantik view dia, so bersabarlah bawa kereta sambil menghayati pemandangan.


8. Isi minyak 30% penuh - Sebelum pulangkan kereta, kami kena isi minyak 30% penuh. Lain company lain syaratnya may be. Tapi sebab hari ke dua tu kami dah isi minyak penuh Diesel (kami sewa Chevrolet Orlando), maka kami pulangkan kereta dengan minyak lebih dari 30%. Untung company rental car tu.


9. Return car - Ni husband lah yang bagitau sebab dia dah drop off kami anak beranak ngan luggage siap2 kat airport. Cara nak return car sangat2 lah mudah. Just masuk parking area, pulangkan kunci dan terus naik shuttle bas semula ke airport. Diaorang tak ada check2 pun condition kereta tu. Pernah dengar orang cakap sebab ambil full coverage kot. Wallahualam..

Ok tu sahaja serba sedikit pengalaman memandu kereta di Jeju dari saya. Berbaloi drive sendiri ni sebab Jeju ni banyak tempat yang cantik dan more to nature. Anytime nak berhentikan kereta dan ambil gambar pun boleh.
Moga mendapat manfaat.
#sharingisjariah


Pengalaman bangun pagi kereta ada salji cuma tak tebal je..


Pengalaman memandu waktu kabus tebal sangat..





Pengalaman memandu waktu malam otw nak ke hotel..


::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment