Tuesday, February 4, 2020

Review 3 Restoran Muslim Friendly (halal) di Jeju, Korea



Sebelum baca entry dibawa,disarankan tonton video ni dulu..
Baru dapat gambaran apa yang kami makan di Jeju..
Happy watching uolsss..


DAEWONGA di Donam-ro


  • Hidangan seafood segar (dia punya segar abalon dan sotong tu masih gerak2 dalam periuk 😁).
  • Menu wajib cuba adalah Sup Abalon atau 'haemol chongbol' yang bermaksud steamboat makanan laut.
  • Kami ambil set untuk 2 orang makan dengan harga 65, 000 Won. Set tu dah siap ada side dishes dan nasi untuk 2 orang. Sesuai untuk 3-4 orang kongsi bersama. Just add on lagi nasi atau air sahaja.
  • Rasa steambot tu macam tom yam tapi tak pedas. Dalan 1 periuk siap ada macam2 seafood bercengkerang macam kepah, lala, kerang, ketam, abalon dan sotong besar tu.
  • Sotong besar dan abalon tu nanti dah masak sekata, waiter akan potong kecik2 dan letak dalam pinggan kita.
  • Last sekali waiter akan masukkan ramen 1 paket. Katanya mesti try makan ramen tu dengan sup abalon.


Tak yah takut lah nak makan, mula2 memang lah abalon dan sotong tu gerak2 sebab fresh kan.
Nanti dah tenggelam dalam sup yang mendidih tu, matilah dia.


Side dishes..
Kimchi wajib lah kan..


Tak makan jangan mengata, jangan buat mimik muka geli.
Hormat budaya dan cara makan orang luar.
Setiap negara kan berbeza2..
Itulah namanya pengalama...
Pesan saya kepada anak3 sebelum terbang ke Jeju.


Tapi nampaknya diaorg suka je makan..
Kecuali sotong tu lah diaorg just makan rasa2 gitu je..
Memang kat rumah diaorg pun kurang makan sotong kecuali sotong goreng tepung.


Kat sini, nak duduk atas meja pun boleh.


Nak bersila pun boleh.
Nak tumpang solat pun dibenarkan.

*********************************************************************************

CHUMSIMINE HOUSE di Seogwepo-si

  • Restoran ni berkonsepkan fine dining dan mewah sesuai dengan harga dan layanannya.
  • Siap ada chef tolong potong2 ikan yang panjang (cutlassfish) depan kita dan serve kan dalam pinggan kita dengan terangkan cara2 nak makan.
  • Signature dish kat sini adalah set grilled cutlassfish aka hair tail fish.
  • Harga per set untuk 2 orang makan adalah 78,000 Won. Tapi dia punya side dishes berlambak hah. Just add on nasi je untuk dikongsi 3-4 orang makan.
  • Appetizers before the main adalah Temaki (macam sushi) dan sangatlah sedap.


Tu diaaaahhhhhhhhh
Selambak side dishes..
Ni ambil set yang 2 orang makan tau..


Wajib cuba makan ikan ni kalau datang sini..


Paling best sebab ada sambal belacan (tak pasti ya ke tak sebab bau belacan..haha) dan juga sambal ikan bilis garing..fuhh nikmat makan..


Tu harga2nya..


Kaunter bayaran...

*********************************************************************************

BADA PUNGKYEONG di Seohaean-ro


  • Bada maksudnya laut, Pungkyeong maksudnya pemandangan. Memang nan indah pun bila makan2 kat sini kerana menghadap laut dan setiap masa dapat melihat kapal terbang nak mendarat.
  • Lokasi sangat strategik hanya 5 minit memandu dari Jeju Airport (kami makan kat sini last day di Jeju sebelum terbang ke Tokyo).
  • Menu popular adalah braised mackerel stew (macam asam pedas rasanya sedap) dan grilled mackarel.
  •  Kami ambil cuttlassfish set menu untuk 2 orang makan dengan harga 39,000 Won. Pastu tambah lagi grilled mackerel 18,000 Won dan Shrimp Tempura (alamak, lupa harga.. Puluh ribu juga rasanya). Memang sedap sangat makanan kat sini. Sesuai tekak melayu..

Haihhh rindu-rinduan pula tengok menu ni..
Rasa nak terbang gi Jeju lagi..haha


Kalau tunggu kapal terbang lalu dan snap masa ni mesti lagi cun kan gambar..


Jenuh nak habiskan Braised Mackerel Stew, Grilled Mackerel dan Grilled Cutlassfish yang siap dipotong...


Kat sini, boleh nampak 5 minit sekali kapal terbang lalu untuk mendarat..


Shrimp Tempura tu  memang lazat..


Kimchi sampai 3 jenis hah..
Merasa lah makan macam2 jenis kimchi..
Kat Malaysia tak pernah makan pun..hihi..


Macam2 set ada..


Yang ni side dishes yang kena order lain..


Dihadapan Restoran Bada Pungkyeong..
Daim tak habis2 dengan Paskal dia..


The end..
Hari terakhir kami di Jeju sebelum terbang ke Tokyo..
Alhamdulillah atas nikmat dan rezeki ni..

InsyaAllah ada peluang kita ke Jeju lagi..
Mungkin musim lain pula ke..
Who's know kan..



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment