Cuti-cuti sejurus habis PT3 pada 11 Oktober 2019 aritu..
Macam ni lah layan budak2 baru nak up.
PT3 habis, nak holiday nak yang bermalam, tak nak yang day trip.
Nak holiday nak yang jauh2, tak nak yang dekat.
Tapi nak kos yang murah..gitewww kan...
Tapi yang pasti semua enjoy!
Ni gambar masa mula2 sampai di Endau Beach Resort. Semua pakai baju kem 2019 Pusat Bahasa Pelangi.
Kami pegi dengan 1 van Starex (pelajar perempuan) dan 1 van biasa (pelajar lelaki).
Mereka bertolak dulu, manakala saya dan ayah damia beserta Daim bertolak kemudian lepas habis Edutour di GO JB CHOCOLATE. Both Damias naik Starex. Beza 1 jam je perjalanan mereka dan kami.
Sebelum masuk bilik masing2, kita makan tengahari dulu.
Pakej RM95 perperson ni dah termasuk 1x sarapan dan 2x lunch.
Dinner BBQ kami prepared sendiri semuanya dan tidak termasuk dalam pakej.
The view masa tengah lunch.
Tak banyak yang berubah dari dulu.
Btw saya dan keluarga pernah bercuti kat sini dulu2.
Boleh tengok entry ni.
Lepas solat asar semua, aktiviti bebas.
Nama pun holiday, bukan kem motivasi kan.
So memang banyak aktiviti bebas je.
Tu Daim tengah mandi pool.
Sementara yang lain main bola tampar pantai.
Amboi2 Daim, sukalah tu ramai kakak2 abang2 melayan dia..
Petang tu saya hanya memerhati je..
Malas nak masuk air lagi..
Bila semua dah balik dari pantai, penuhlah jawabnya dalam pool..
Malamnya lepas maghrib, aktiviti BBQ pun bermula.
Semua makanan ni kami bawa sendiri.
Buat senarai barang apa yang perlu dibawa.
Dan masing2 bebas memilih nak bawa barang apa dalam senarai.
So terlebih lah pula ayam2nya...
No worries, keesokan harinya kami minta makcik katering tu gorengkan untuk kami buat tambah lauk untuk breakfast dan lunch. Mujur makcik katering sudi gorengkan.
Tema Hawaiii..
Lelaki berbaju bunga2 kebanyakannya..
Perempuan pula pakai dress/skirt dan bunga2 atas kepala.
Sesi bakar-membakar pun bermula..
Hamboiii..
Malam2 pun pakai spek mata hitam??
Seronok melayan kerenah2 budak2 ni..
Makan2 time..
Tu sebelah Aleesya cikgu sains dan cikgu BI diaorg..
Daim memang ramai lah yang melayannya..
Sampai penat korang layan kan..haha
Pagi esoknya pula acara jogging2 santai dan mandi pantai..
Then macam biasa, semua terjun pool..
Macam2 aktiviti diaorg buat dalam pool ni, main bola tampar lah, bola baling lah, selam2 lah..
Ni bilik yang ada kat paling atas sekali..
Tapi rasanya pihak resort buat dewan tertutup dan bukan untuk guest.
Pemandangan dari tangga yang paling atas sekali..
Jam 12 check out..
Muka semua dah sunburn...huhu
Sebelum balik, kita ambil lagi gambar kat tangga ni.
Posing ala2 cover majalah gitu..
Kih kih..
The Hero dalam cerita PT3 Bachelorette Vacation ni.
Siapa je yang tak panggil "Daim...Daim.."
Paling2 tak pun "cikgu, cikgu...tengok anak cikgu ni"..haha
Ya pengetua kita dah kenapa tu?
Nak jadi paskal atau tahan panas?
Haha.
Sebelum balik, kami lunch dulu..
Then sampai Mersing, singgah beli kerepok lekor dan ikan2 masin dulu..
Ikan masin pun boleh jadi prop hah!
Masa saya nak bayar kat kaunter tu, tiba2 yang jaga kaunter tu tanya
"akak kan yang owner kilang coklat kat JB“?
Dengan muka kehairanan sambil angguk2 cakap" ah ah ya, macam mana kenal saya"?
"Saya kan pernah pergi buat lawatan kat sana, saya dari Sek Mersing Kanan, pergi dengan PPM aritu"... Oooo...
Tapi MasyaAllah, banyaknyalah bagi macam2 kat saya.
Dah lah masa bayar dah bagi diskaun, bagi free sos lagi.
Dah nak masuk kereta siap panggil lagi bagi free kerepok berbungkus2 lagi.
Terima kasih lah banyak2.
Yang jaga kaunter tu isteri kepada owner Perusahaan Keropok Hj Putih.
Sempatlah ambil gambar buat kenangan.
Dengan muka kehairanan sambil angguk2 cakap" ah ah ya, macam mana kenal saya"?
"Saya kan pernah pergi buat lawatan kat sana, saya dari Sek Mersing Kanan, pergi dengan PPM aritu"... Oooo...
Tapi MasyaAllah, banyaknyalah bagi macam2 kat saya.
Dah lah masa bayar dah bagi diskaun, bagi free sos lagi.
Dah nak masuk kereta siap panggil lagi bagi free kerepok berbungkus2 lagi.
Terima kasih lah banyak2.
Yang jaga kaunter tu isteri kepada owner Perusahaan Keropok Hj Putih.
Sempatlah ambil gambar buat kenangan.
Lepas tu singgah juga kat jeti Pantai Mersing bawa budak2 ni minum ABC, cendol dan minum petang..Akhirnya sampai di Pusat Bahasa Pelangi dengan selamat jam 5 lebih petang tu.
Semoga percutian ini membawa 1001 kenangan buat semua.
Dan semoga berjaya dalam keputusan PT3 juga.
Ingat, SPM tak lepas lagi tu...hihi..
Enjoy tengok video kami dari DJI Tello yang kali ke 2 saya beli.
Kali pertama dulu beli baru sekali guna dah lenyap terus kat Pulau Tinggi bulan 3 aritu..haha
Seronok berombongan, buang tensen lepas peksa PT3
ReplyDeleteseronoknya bila berkumpul ramai2 macam ni
ReplyDeleteWarisan Petani - diaorglah buang tensen, cikgu2nya masih tensen lagi ngan students SPM ni...
ReplyDeleteKisah Tatie - Memang seronok..kenangan utk diaorg bersama cikgu2 yang pernah mengajar diaorg..
ReplyDelete