Thursday, May 9, 2019

Pelangi X Cocodamia to Kuching II Day 1



Company trip 2D1N to Kuching yang tak sia-sia.
Setiap saat masa dipenuhi dengan pelbagai aktiviti.
Puas hati dapat membawa staffs mengenal negeri orang dan wishlist nak makan pun tercapai.

Tour guide pun friendly dan tak kedekut ilmu terang itu ini.
Boleh adjust itinerary ikut kehendak kami. 
Syukur segala2nya dipermudahkan.
Staffs pun happy to the max.


5 pagi semua berkumpul di Senai Airport.
5:25 boarding.
5:30 terus boleh naik flight.
6:05 terus terbang ke Kuching.
Alhamdulillah. 
Sampai Kuching 10 minit awal dari schedule.


Selamat sampai jejak kaki ke Kuching.
Walaupun ada antara kami termasuk kami sekeluarga bukan kali pertama menjejakkan kaki ke Kuching ni, tapi keterujaannya luar biasa. Mungkin sebab trip kalini ramai2.
Sementara tunggu tour guide kami sampai, sempat suruh orang tolong snap gambar kami..hihi


Masing2 dah kelaparan.
Minta advice dari tour guide kat mana sarapan best.
Lalu dia mencadangkan sarapan di Serapi Corner.

So apa lagi?
Kat Sarawak kita sarapan mee kolok dan laksa Sarawak lah kan.
Apa barang makan Nasi lemak ayam weiii...kih kih

Lepas dah sarapan, maka journey kami untuk explore Kuching pun bermula.


Destinasi 1 : Kilang Pasu Seramik

Kalau nak datang sini, better pergi pagi baru dapat tengok orang ukir pasu dan cara buat pasu. 
Harga pasu2 dan replika2 dari seramik pun not bad.
Sempat saya beli ukiran kayu Burung Kenyalang untuk dijadikan kenang-kenangan.


Kita nampak yang dah siap jual tu macam senang je nak buat kan. Walhal boleh tahan lama dan renyah juga nak buat ukiran dan bakar2 pasu tu.


Destinasi 2: Sarawak Craft

Macam2 ada dari makanan, herba2, rempah ratus, pakaian, cenderahati dan lain2.
 Lada hitam Sarawak & Grindernya sekali wajib dibeli. 
Oh ya, kat sini juga boleh cuba macam2 tester herba dan minuman berkhasiat.
Sampai 2 kali saya dan ayah damia beli dan minum air sarang burung hah!


Destinasi 3: Kek Lapis Warisan

Very very very recommended, lain dari kek lapis yang biasa kita dengar kat Sarawak tu.
 Nanti cerita next post ya.
Nampak tak salah satu kelainannya adalah dapat buat demo kek lapis sendiri.


Masing2 dah happy ni sebab dah tempah kek lapis berkotak2.
Tunggu hantar kat airport je time nak balik nanti.


Destinasi 4:  Sarawak Batik House

Bagi saya so-so je kat sini..
Mungkin sebab bukan peminat batik.
Tapi staffs yang lain enjoy je kat sini ada yang beli perhiasan diri dan batik untuk dibawa balik Semenanjung.


Destinasi 5: Muzium Kucing

Agak boring kalau bukan peminat kucing.
Tapi bolehlah untuk lepaskan rehat kat dalam tu sebab ada aircond dan selesa.
Daim tidur dalam stroller sepanjang kat sini.


Bayaran RM3 dewasa dan RM2 untuk kanak2


Destinasi 6: Ikan Terubuk Sarawak, Kg Boyan

Recommended oleh tour guide kami sebab ikan kat sini fresh2 dan harga pun berbaloi.
Bukan ikan terubuk import ya.


Tepi jalan pun jadi posing hah!


Destinasi 7: Mira Cake House

So so juga, tapi nama2 kek lapisnya glamour2 weeeiii..
Ada nama Dato K, Ombak Rindu, Neelofa, Sutera Kasih dan macam2 nama glamor lagi.
Tapi rasanya sukar untuk dibezakan. Lebih kurang je semua.


Destinasi 8:  Taman Orkid

 Pencinta Orkid rasanya lebih menghayati kecantikan orkid2 yang pelbagai jenis tu dan yang lain bolehlah jalan2 sambil ootd..Tapi sebenarnya kitaorg dah larat nak jalan dan panas yakmat. Perut pun dah berkeroncong. Saya ngan ayah damia tunggu kat bawah je. Yang lain2 gigih macam hiking panas2 ronda2 Taman Orkid ni. Hihi..


Berpeluh2 Daim dan Nuh..
Berlari2 diaorg hah..
Daim sunburn yang gi Pulau dan Kem Jati Diri pun masih tak hilang2 lagi..
Tambah pulah sunburn kalini..adoii


Destinasi 9: Kopi O Corner

Jam 2 lebih, baru lah kami berkesempatan untuk lunch..
Restoran ni pun tour guide yang advice kami datang sini..
Macam2 makanan tradisi Sarawak ada.
Tapi masing2 semua nak mencuba makan Nasi Goreng Ikan Terubuk.
Pastu dah macam Ikan Terubuk Challenge sebab masing2 dok mengutis tulang ikan tu.
Saya je steady makan ikan terubuk dengan sudu garfu.
Memang feveret saya ikan terubuk ni..


Petangnya kami terus dibawa check in ke hotel dalam jam 4 gitu.
Masing2 semua dah penat.
Tunggu sampai bilik je nak rebahkan dan lunjurkan diri.

Tapi tapi...ada juga yang jam 5 petang jalan2 sekitar Waterfront depan hotel kami.
Siap naik perahu tambang RM1 lagi.
Termasuklah Aleesya & Ayyunie yang gigih nak ikut kakak2 dan abang tu..
Sementara saya, ayah damia dan Daim serta beberapa staffs lain lebih selesa berehat dibilik dulu.


Destinasi 10: Kedai 25 Top Spot

Hah, acara yang ditunggu2..
Makan besar kami 1 company..
Semestinya Seafood Top Spot menjadi pilihan...
Jalan kaki je ramai2 dalam 10 minit ke Top Spot ni.

Kedai 25 ni ni orang cina punya.
Tapi ada sijil halal lengkap semua.
So yakin sahaja makan disini...
Hanya ada 1 je pilihan Muslim seafood.
Tu pun tak berapa banyak pilihan berbanding kedai2 seafood lain.


Alhamdulillah..
Semua makanan dah sampai walaupun nak cari tempat duduk tunggu lama, nak tunggu makanan pun tunggu lama. Kalau tengok IG Stories saya, boleh tau lah betapa ramainya orang kat sini malam tu.


Dah siap makan, apa lagi?
Jalan2 cuci matalah kan..
Nak hilangkan lelemak yang banyak masuk tadi..hihi..


Lepas tu jalan2 sekitar waterfront..
Boleh tahan meriah kat sini..
Jalan sampai ke hujung, boleh nampak air pancut dari Jambatan Darul Hana.


Depan Sarawak Cruise


Then dalam jam 11 malam, semua pun pulang ke bilik masing..


Serius masa ni penat yakmat...
Bantal dan katil dan memanggil2 masa ni..
Tapi bila depan kamera pose tetap kena maintain kan..


Dah sampai bilik, cepat2 semua mandi, mana yang tak solat lagi terus solat, alih2 tengok semua dah lena diulit mimpi atas katil hinggalah subuh esoknya..

Alhamdulillah..
Syukur dapat menggembirakan staffs semua..
Walaubagaimanapun, ada juga staffs yang tak dapat ikut sebab kekangan keluarga dan kerja lain..
Tak pe, insyaAllah ada rezeki lain nanti..

Ok nanti kita Sambung day 2 ya..
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment