Seperti yang pernah diberitahu sebelum ni, ini adalah kali kedua kami bercuti di Mak Su Chalet, Pulau Tinggi ni. Bezanya kalau sebelum ni staff yang arrange pergi sendiri, tapi kalini kami pergi dengan agen pula.
Boleh tengok dan baca di
Day 1 &
Day 2 @ Pulau Tinggi
Btw trip ni dirancang oleh pelajar-pelajar lepasan SPM tahun lepas, saya dan keluarga hanya bayar dan ikut sahaja. Cuma yang ralatnya bila ikut agen ni, kena naik speed boat kat Jeti Mersing yang mana makan masa 1 jam lebih berbanding yang pergi first time dulu, naik kat Jeti Tanjung Leman hanya 20 minit sahaja dah sampai Mak Su Chalet.
Kebetulan sehari sebelum nak ke Pulau Tinggi tu kami ada kenduri kahwin kat Kota Tinggi.
So alang2 dah sampai Kota Tinggi, kami buat keputusan untuk bermalam di Mersing terus lah senang. Manakala students kami 1 van pula akan bergerak pagi esoknya lepas subuh terus ke Mersing.
Photo by DJI Tello Drone..
Dah sampai Mersing tu, sambil2 ambil angin pantai, Ayah Damia test Drone dulu..
Hadiah harijadinya dari saya baru2 ni..
Bukan main excited lagi Ayah Damia test ya..
Tapi malangnya, esoknya terus hilang dari radar masa kat Pulau Tinggi tu tau..
Kami syak drone tu ditiup angin yang kuat, terus tak dapat connecting wi-fi nya, dan terus jatuh dalam laut...haha
Tak ada rezeki lah tu..
Sedih memang sedih..
Tak pe nanti beli lagi..InsyaAllah..
Kat Mersing, kami check in di Hotel Seri Malaysia..
Memang kalau nak gi pulau naik boat di Jeti Mersing, 2-3 kali jugalah kami pernah bermalam di hotel ni..
Tu Daim tengah tengok guests main air dalam swimming pool..
Mujur juga Daim tak meminta nak main swimming pool, sebab masing2 pun dah penat sebenarnya..
Dinner malam tu kami order room service je..
Order mee goreng mamak dan nasi goreng kampung..
Tak larat dah semua nak keluar..
Kebetulan nasi berkat masa kat kenduri pun ada 2 box tak makan lagi..
So kami makan dinner dalam bilik je lah.
Pagi esoknya..
Lepas subuh..
Cantiknya sunrise..
Matahari tengah nak naik..
Tapi pantai air surut..
Nampak ramai juga yng jogging area ni pagi2..
Klasiknya menu sarapan hotel..
Ada ubi kayu rebus dan lempeng gitu..
Sesuai dengan tema Hotel Seri MALAYSIA tu...;-)
Jam 10 pagi, kami pun check out.
Dan terus berkumpul di Jeti Mersing..
Pelajar2 pun dah sampai juga..
Tunggu speed bot je jam 11 pagi..
Bergambar kenang-kenangan bersama pelajar2 SPM 2018 yang join trip ni..
Bersama dengan 2 lagi keluarga yang sama2 join trip 3D2N stay di Mak Su Chalet..
Get ready nak naik speed boat dah..
Hahaha...tahan panas ke tu bang...
Kesian, balik dari trip ni sunburn teruk kami sekeluarga..
Terutama ayah damia lah..
Alhamdulillah..
Setelah 1 jam lebih, kami pun sampai ke Mak Su Chalet buat kali ke 2..
Tapi kali pertama untuk pelajar2 lain..
Acah2 gembira ni...hahaha
Sebab beberapa minit sebelum gambar ni diambil, frust sebab Drone hilang..huhu
Tapi lepas tu kami cepat2 positif semula..
Tak nak spoil kan mood holiday yang tengah excited tu..
Melepaskan geram ke bang lompat sampai cam tu sekali...kiki..
Walaupun kat tepi jeti, tapi ikan2 tetap banyak..
Sementara nak tunggu check in jam 1 tengahari, posing dulu lah...
Lepas dah check in, kami pun masuk bilik dan masing2 pun tidur kepenatan..
Penat apa pun tak tau..haha..
Penat sebab naik speed boat tadi 1 jam lebih boat goyang2 dipukul ombak..
Sakit habis badan..
Bangun dari tidur, terus gi cafe ada minum petang..
Ni yang best ambil pakej Mak Su chalet..
Sebab 1 hari 4 kali makan tau..
Aktivit pertama kami untuk day 1...
Mandi pantai lah kan..
Manakala pelajar2 lain main kayak sepuas2nya..
Baru beli pelampung tu hah..
Tapi Daim tak nak guna pula dah..
Adoiii...
Lepas aktiviti kayak dan main pantai, kami main bola tampar pula..
Apa lah gaya Daim buat tu..
Malamnya lepas dinner, kami borak2 dengan Mak Su Owner chalet ni..
Banyak juga yang kami borak terutama idea2 dan cadangan2 business dalam tourism ni..
No worries, Mak Su dan suku sakat anak beranaknya memang friendly kat Chalet ni..
Aktiviti untuk malam Day 1, apa lagi?
Karaoke lah..
Lepas tu katanya diaorg semua gi tunggu penyu naik..
Sampai jam 2 pagi baru masuk tidur semua..
Termasuklah ayah damia..
Saya ngan anak2 memang awal2 lagi dah masuk tidur..
Simpan tenaga untuk Island Hopping keesokan harinya..
Day 2..
Morning walk dulu dengan ayah damia hingga ke penghujung chalet..
Rehat kejap kat sini untuk lepas lelah..
Gigih ayah damia panjang batang kayu buruk semata2 nak snap angle ni..haha..
Kat swimming pool Tad Marine Resort..
Lepas tu, terus ke cafe untuk bersarapan.
Dah sarapan, semua get ready untuk jelajah 5 pulau di Mersing..
Boleh tengok dan baca kat
Entry ni untuk cerita penuh..
Dalam jam 3 lebih, kami balik semula ke Chalet..
Masing2 tak sabar nak bersihkan diri dan lelapkan mata kejap..
Penat oooo Island Hopping dan cuaca pun memang panas tak boleh bawa bincang..
Lepas tu dalam jam 6 petang, semua repeat main bola tampar lagi..
Katanya nak balas dendam ada yang kalah main semalam..
Manakala Daim dan Ayyunie pula ralit main kucing2 yang friendly kat situ..
Cantinya sunset kan..
Lepas isyak, get ready untuk BBQ pula..
BBQ kalini kami bakar sendiri..
Sebab group kami ramai..
So boleh request bakar kat tepi pantai..
Kalau group tak ramai, BBQ tu akan dimasak siap2 oleh pihak Chalet.
Menjadi betul budak2 ni buat Unggun Api..
Rupa2nya diaorg simbah apa ntah api tu sentiasa je marak..haha..
Hati2 oooi...kang terbakar pula pondok orang tu nanti..
Sambil2 BBQ, diaorg yang bawa gitar sendiri apa lagi..
Jadi penghibur kami lah malam tu..
Ikan, ayam & sosej..
Nasi goreng & meehoon goreng..
Kemudian ada buah2 campur..
Tu pun banyak tak habis..
Macam2 ais asam ada, kicap cili ada dan sambal belacan pun ada..
Buat cicah2 dengan BBQ tadi..
Malamnya diaorg ada slot sesi luahan perasan katanya..
Luahan dan feedback sepanjang mereka belajar di tuisyen di Pusat Bahasa Pelangi..
As usual, yang ada anak kecik macam saya ni awal2 lagi masuk bilik tidur..kih kih..
Day 3..
Daim temankan ibu morning walk..
Bukan main lagi poaing ya..
Nampak tak tangan dia berbelang2 dah tu..
Memang sunburn teruk kami sekeluarga..
Sampai sekarang pun masih hitam2 lagi ni...sobss..
Masa nak snap gambar Daim..
Sempat lagi Daim tutup muka dia cakap
'panas ibu panas..panas sangat'...
Hahaha..
Lepas dah sarapan, jam 10 pagi kami pun check out..
Kalini lagi mencabar naik speed boat..
Sebab ombak sangat2 kuat..
Gelora boleh tahan kuat juga..
Boat goyang2 melantun2 tak yah cakap lah..
Saya sampai standby plastik tahan nak muntah tau..
Haha..
Nasib baik tak muntah..kalau tak malu je..
Alaaa yang lain pun pening2 juga tu semua..
Tamat..
p/s: Sampai je Jeti Mersing, terus cari restoran untuk makan tengahari. Lepas dah shopping keropok keping, keropok lekor dan ikan masin, kami meneruskan percutian ke lokasi seterusnya. Unplanned punya vacation, sebab masing2 tak tahan pening naik speed boat tu lah, tu yang singgah Desaru overnight lagi semalaman. Next entry ok!
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::