2 hari lepas, saya ada tersalah beli tarikh tiket kapal tebang.
Sepatutnya tarikh balik 1hb, tapi entah macam mana cuai, terbeli pula tarikh balik 3hb.
Padahal dah check betul2 masa search tu, dah siap semua nak screen shot tunjuk dekat suami, baru perasan yang tersalah beli 3hb.
Masa tengah beli tiket tu pun memang kelam kabut yakmat sebenarnya..
Kejap orang tu panggil, kejap oran ni pangil dengan reply whatsappnya lagi,
Sudahnya cuai tersalah beli.
Tapi tak pe, adalah hikmahnya tu, sekurang2nya menjadi pengajaran untuk masa akan datang..
Dan yang paling penting, boleh juga sharing info cam mana nak selesaikan masalah ni dengan korang kan..
Lepas je dah dapat tahu tesalah beli, cepat2 pergi ke "manage my booking" dalam website Air Asia untuk "modify" tarikh yang betul. Tengok harga tiket masih sama untuk 1hb dengan 3hb. Dengan harapan caj penalti yang dikenakan sikit je lah sebab harga tiket masih sama dan jarak waktu beli tiket sebelum tu dengan nak '"modify" pun within dalam 1/2 jam, tapi rupa2nya tidak.
Caj penalti yang dikenakan adalah RM1,049.40 yang mana lagi mahal dari harga tiket sebenar.
Wallawehhhhhh
Kalau beli tiket baru pun tak sampai harga caj penalti tu tau..
So minta talian hayat suami cam mana nak selesaikan masalah ni..
Nasib baik suami sudi layan walaupun pada awalnya dia dah bash bagitau "settle sendiri"...haha
Alaaa..suami mula2 memang lah dia marah2 manja kat whatsapp suruh settle sendiri, tapi dia tahu sebab penerbangan ini melibatkan family kami, maka dia pun willing nak "Live Chat" dengan Air Asia.
So, ini conversation antara Adam R (person in charge masa Live Chat) dengan suami.
Adam R suruh beli tiket return yang baru, dan dia akan request cancel kan booking yang tersalah tarikh tu. Dengan syarat mesti ada BIG MEMBER ID dan juga BELI TIKET RETURN YANG BARU.
So duit yang direfund tu akan dimasukkan dalam Credit Account Air Asia kita. Sebab tu peting kena ada Big Member ID tadi. Kalau tak mereka nak refund duit kat akaun mana kan.
Ni maklumat Credit Account yang saya copy dari web Air Asia.
"Akaun Kredit boleh digunakan untuk tempahan perjalanan masa depan dan produk tambahan AirAsia yang terpilih (contoh, tempat duduk, hidangan, bagasi, dll). Akaun Kredit hanya boleh digunakan melalui laman web rasmi AirAsia. Tempoh penebusan ialah 90 hari kalendar dari tarikh pengeluaran tetapi tarikh perjalanan yang sebenar boleh dibuat selepas tarikh luput akaun kredit dengan syarat jadual penerbangan kami telah diterbitkan dan tarikh perjalanan anda tertera dalam jadual penerbangan tersebut. Sila ambil maklum bahawa akaun kredit tidak boleh digunakan untuk membayar bagasi lebihan atau perkhidmatan yang dibeli di lapangan terbang contohnya, bayaran kerusi roda lapangan terbang, bayaran peralatan sukan lapangan terbang, dll.'
So apa apa pun, tetap KENA BELI TIKET RETURN YANG BARU dulu..
Barulah proses refund boleh dijalankan.
Ok done. Time tu juga terus beli tiket return baru dengan harga RM625.24.
Lagi murah berbanding bayar caj penalti tukar tarikh yang RM1,049.40 tu kan.
Lepas dah beli tiket baru, kita kena request dekat Live Chat nak cakap dengan Adam R tu juga.
Sebab macam Adam R ni lah yang handle case kita.
So maklumat yang kena bagi semula adalah;
Previous Booking number
New Booking Number
Big Member ID
Dalam tempoh 24 jam, kena tunggu email dari Air Asia yang mengatakan "Credit Request Successful". Tak sampai 24 jam pun sebenarnya, esoknya jam 6 pagi dah masuk email.
Memandangkan saya memang nak beli tiket flight lagi, so haritu juga saya guna Credit Account yang telah direfund oleh pihak Air Asia.
Total pembelian tiket kalini adalah RM1,106.00
Tapi kita boleh apply Credit Account yang ada.
Nilai Credit Account yang saya dapat adalah RM573.30.
Tak cukup RM 47.70 dari nilai sebenar refund yang sepatutnya.
So saya ingat yang RM47.70 tu mungkin processing fee Air Asia lah kan pada mulanya.
Rupa2nya tak, Air Asia refund lagi kali kedua RM47.70 tu.
Wahhhh ini sudah bagus....full refund tau!
TQ Air Asia.
Selepas ditolak nilai Credit Account yang direfund oleh Air Asia, saya masih ada baki tak berbayar sebanyak RM532.70. Baki ni boleh dibayar seperti biasa mengikut kaedah mana yang suka. Macam saya dan suami yang dah 7-8 tahun tak ada kad kredit ni, kami lebih suka guna transaksi online banking.
So boleh nampak tak kat payment date tu ada 2 cara pembayaran.
1 guna Credit Account file, bakinya guna Online Banking.
Then semalam, dapat lagi email notification yang ' Credit Request Successful".
Aikkk..ingat ke Air Asia saja hantar email lagi sekali, rupa2nya tak, memang Air Asia Refund lagi balance yang tak cukup tu.
So dan dan semalam beli tiket lain lagi..;-)
Syukur..
Allah permudahkan segala urusan..
So, lepas ni kalau sesiapa yang nak tukar tarikh penerbangan tiket, dah tau lah nak buat cam mana kan. Selalu dengar orang kena bayar caj penalti, pasni dah boleh request Air Asia refund duit yang kita cancel booking pula.
Disclaimer: Adam R ada bagitau, refund ni tak semestinya berjaya. Kena tengok juga casenya.
But mostly berjaya. Tapi macam kes saya ni berjaya dapat full refund mungkin disebabkan harga tiket masih sama dengan beli baru dan jarak masa yang tak lama sangat. Selamat mencuba!
Saya dah try tapi dgn agent lain, still dia suruh bayar, boleh saya tahu mcm mne husband punye ayat mula2 tuju kan?
ReplyDeleteUnknown- Mula2 just bagitau kat agent tu yang tersalah beli tarikh tiket kapal terbang dan nak beli tiket tarikh baru. Dah lama ke beli tiket lama tu? Kalau lama sangat pun rasanya tak boleh, saya punya within 24 hours.
ReplyDeleteTiket dah beli 19mac utk 10 org.Dah buat penukaran tiket tarikh baru yg diawalkn 13mac utk 3 org. Bila nak buat selebihnya dah jd mahal. Kena naik masa lain. Tak boleh masa sama sb dah full. So, nak balik tarikh asal semula 19hb yg 3 org tu. Dpt refund penuh ke lau buat dlm tempoh 24 jam.
ReplyDeleteTiket dah beli 19mac utk 10 org.Dah buat penukaran tiket tarikh baru yg diawalkn 13mac utk 3 org. Bila nak buat selebihnya dah jd mahal. Kena naik masa lain. Tak boleh masa sama sb dah full. So, nak balik tarikh asal semula 19hb yg 3 org tu. Dpt refund penuh ke lau buat dlm tempoh 24 jam.
ReplyDelete