Sunday, November 25, 2018

Daim's first trip to the Zoo Johor



Cerita 2 minggu lepas..
Pada hari sabtu 10/11/18..
Letak video dan gambar2 Daim sebagai kenangan..
Esok dah besar, mesti dia ketawa sendiri tengok keletah dia sendiri..

Btw ni pertama kali Daim ke Zoo..
Dah lama juga keinginan nak bawa Daim ke Zoo, 
tapi ayahnya selalu tak nak bawa..
Sebab katanya nanti Daim takut, pastu tak nak jalan, pastu asyik nak berdukung je..

Yang penantnya siapa? Mestilah dia, ayahnya kata..haha

Ok fine, so ibu pun dan kakak2 Daim pun bersungguhlah suruh ayahnya test bawa gi Zoo Johor dulu..
Kalau Daim tak suka dan nak balik cepat pun tak ralat, sebab harga tiket bawah 12 tahun hanya RM1 sahaja, manakala yang dewasa RM2. Murah gilerr kan..so kalau nak balik awal pun tak menyesal kononnya..

Mula2 Daim masuk je zoo, memang asyik nak berdukung je ngan ayahnya..gillir2 dukung ngan ibu..
Lepas je buat aktiviti pertama, terus mood hip hip hoorey Daim datang..
Tak nak berdukung langsung, kita pegang tangan dia pun tak nak dah..

Hahaha..so ayah, sila tunaikan janji nak bawa Daim ke Zoo yang lebih mahal lepas ni ya...kiki..
Nampaknya persepsi awal ayahnya makin meleset, malah Daim yang makin berani..

Enjoy the video uolss..
Paling tak boleh tahan, Daim gi bagi unta makan 1 ikat sayur terus...perghhh..


3 anugerah terindah ibu dan ayah..


Ibu pun nak enterframe..


Ni lah aktiviti pertama Daim..
Bagi rusa makan..
Lepas tu terus dia berani nak jalan sendiri..


Bukan main lagi hulur dekat2 ya sayur tu..
Lepas tu mulut rusa kena tangan Daim, terus cakap "gigit...gigit.."
Padahal rusa tu terkena mulut je..haha


Mula2 je takut, lepas tu berani dahhh


Ni bagi unta makan pula..
Ni baru cerdik bagi satu2 sayur, awal2 tadi bagi seikat terus..haha


Excited hah dia..


Macam2 gaya nak bagi unta makan..


Lepas dah tawaf sebahagian zoo, ternampak pula playground ni..
Bagi chance lah dia explore semua yang ada kat Zoo ni..


Daim siap hulur sayur juga kat gajah ni..
Tapi gajah tak leh makan lorrr..


1/2 jam je kami dalam tu, ayahnya yag tak tahan panas ajak kami balik cepat2..
Hahaha..Konon Daim yang akan balik cepat nanti, rupa2nya ayah dia nak balik dulu..
Sebelum balik, ada ramai jual mainan2 kat tepi jalan tu, so takkan Daim tengok sahaja, Wajib beli punyakan..


Sebab semua kepanasan, so kami makan kat tempat sejuk je lah senang..
Nando's Taman Pelangi menjadi destinasi makan lunch kami tengahari tu..

Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar..
Ok ayah, please tunaikan janji nak bawa Daim ke Zoo lagi mahal ya...kiki..

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, November 23, 2018

Cuti sekolah pun Edutour di GO JB Chocolate berjalan seperti biasa


Sekolah anak2 dah start cuti..
Sekolah Coklat ibu bila nak cuti ni?
Cuti2 sekolah ni lawatan dan edutour ada macam biasa uolsss.. Malah lagi hangat, lagi padat.. Alhamdulillah..
.
Sesi pagini edutour dari Persatuan Pembantu Pengurusan Murid Daerah Mersing. Patutlah senyap sunyi je edutour harini.. Kih kih.. Sebab peserta2nya behaved sangat. Modul yang kami terapkan untuk group ini adalah lebih kepada kebersihan dan keselamatan semasa pengendalian makanan.
#cocodamia #gojbchocolate #edutour #lawatansambilbelajar


Have fun uolss...
Untuk Bulan Disember masih ada beberapa tarikh lagi yang kosong. Manakala untuk pendaftaran booking tarikh slot tahun 2019 telah dibuka. Sebarang pertanyaan mengenai lawatan dan edutour boleh whatsapp 010-6468383 ya. 

Thursday, November 15, 2018

CocoDamia dapat Anugerah Pingat Emas Hari Inovasi Peringkat Kebangsaan

Peringkat Daerah - Juara
Peringkat Negeri - Juara
Kini kami juara untuk peringkat Kebangsaan pula..


Alhamdullillah,  syukur.  
Tidak dapat kami dustakan Rezeki dari Allah swt setelah kita usaha sebaiknya.  
Syukur *COCODAMIA* mengondol *Anugerah Emas* Inovasi Peringkat Kebangsaan. 
Syukur Ya Allah.  
Terima kasih team Cocodamia.
Terima kasih  team Jabatan Pertanian Daerah JB  dan Johor,
 serta yang banyak menyaksikan perjalanan kejayaan hari ini iaitu anak anak kami Aleesya, Ayunnie dan Daim.




Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat lebih lagi untuk berjaya dan maju masa hadapan.


Bukan senang nak buat sesuatu inovasi ni, kecuali tuan punya business itu sendiri tahu subject matter yang timbul dalam business tu..


Nak bawa mesin ke Serdang besar sangat, so kita pamerkan melalui gambar dan mould CocoDamia sendiri..


Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong CocoDamia dan GO JB CHOCOLATE..


Alhamdulillah..

Tuesday, November 13, 2018

Celebrated Birthday yang dah tua di Impiana Hotel Senai


Tahu apa yang membuatkan saya gembira dan bahagia?
Bila takdir sama seperti perancangan kita.
Tahu apa yang lebih gembira dan bahagia?
Bila takdir jauh lebih hebat daripada perancangan kita.

*********************************************
Alhamdulillah. 
Pada 3 November yang lepas, bertambah lagi satu angka harijadi.
Dan masih dapat berkongsi rezeki dan kegembiraan bersama insan2 tersayang 
serta staffs yang banyak membantu melancarkan urusan business. 
Thanks suami yang arrangekan celebration Ini.
Terima kasih juga atas ucapan dan doa-doa-doa kalian semua dalam social media. 
Semoga yang baik2 itu dimakbulkan doanya dan begitu juga utk kalian. Aaaminn.. 

#btwsayamasihmudalah...hihi


Memang dah agak tujuan diaorg rancang nak hi-tea kat sini nak celebrate birthday saya. Sambil2 ayah damia nak bagi rewards untuk mereka kerana pencapaian bulan Oktober sangat memberangsangkan.


My power puff gilrs...


Hip hip hoorey!


Tak muat meja, so kanak2 bawah 12 tahun kena makan di meja tepi..


Terharu sangat pabila staffs2 hotel buat suprise keluarkan kek ni sambil nyanyi lagu Birthday..


Dah macam cover majalah posing masing2..


Tema merah + hitam 


Wefie 1 kali..


Dah macam next top model..


Ni saya screenshot dari video2 yang ada..
Nak upload semua video2 yang ada macam privacy jugalah..
Tapi nak juga letak kat blog ni untuk dijadikan kenangan dan tatapan untuk hari2 mendatang..
Kenangan masa tiup lilin..
Haihh..dah makin tua ni pun kena tiup lilin juga ya..


Sesi buka hadiah dari pemberian suami..
Ingat tak nak buka, tapi staffs semua suruh buka..
Akhirnya ku mengalah...hihi


OMG! 
My happiness impression..


Sibuk je semua nak tengok hadiah apa ya..kiki..
Alhamdulillah..rezeki dapat gelang emas sajat dari ayah damia..
Diaorg lah yang cakap sajat sajat sajat..
Tahu pula diaorg...diaorg kata sebab viral kat FB barang kemas sajat kan..
Hihi..tq suami..siap pakaikan gelang depan semua orang lagi..
Eh dah kenapa nak romatik2 depan orang ni bang...opss..


Akhir sekali, selepas memberi ucapan terima kasih dan terharu punya impression, maka sesi potong kek pun bermula..Buat team CocoDamia, terima kasih atas sambutan ini. Biar sederhana, tapi berkongsi kegembiraan itu penting. Untuk keluarga kecil saya, terima kasih selalu support saya. Ibu sayang anak2 ibu semua..muahhh!

Sunday, November 11, 2018

Teh O Ais 50 Sen


Walaupun dah beberapa kali makan kat sini, 1 perkataan je nak bagitau..

 R E C O M M E N D E D


Ni je pun yang 50 sen nya..
Tapi sedap secukup rasa walaupun hanya teh o ais sahaja..


Nama cafe..


6-6 ni ibu yang punya...muahahaha


Saiz besar ni ayah Damia yang punya..


Dessert kegemaran anak2...Red Ruby...


Sangkaya untuk Daim dan Aleesya..
Tapi Daim tak makan pun..


Daim nak makan sup dengan telur dadar rupanya..
Dah lah dia punya paling mahal..
Berbaloi sebab makan habis..


Ibu siap tambah 4 mangkuk lagi...hihi..
Serius sedap..
Sedap lagi dari jenama dot dot dot..


Ayyunie sorang je makan nasi..nasi kukus..


Untuk yang nak tahu senarai harga..

Alhamdulillah... Kenyang perut senang hati..

Thursday, November 8, 2018

Short Vacation @ The Straits Hotel & Suites


Cerita cuti2 Deepavali 1 hari..


Memang betul2 percutian singkat ni..
Percutian spontan tanpa dirancang sungguh2..
Just whatsapp ayah damia petang tu lepas Edutour kita gi Melaka nak?
Ayah Damia Onzz...kita semua pun apa lagi, Onzzz juga lah kan..
Lagipun bolehlah luangkan masa bersama family disaat kemuncak kesibukan kerja ni..
Sambil2 boleh juga sambung ke Bangi untuk beli bahan2 mentah kilang..

Gambar kat atas tu pemberian ole ole dari Sekolah yang ada Edutour petang tu. 
Bolehlah buat bekal dalam kereta kan. 
Balik Edutour jam 5:30 petang. 
Sampai2 rumah mandi, solat, kemas2 baju sikit terus gerak dalam jam 6 petang.


Kami sampai di Melaka jam 9 malam..
Terus buat keputusan makan dululah sebelum check in..
Kami pilih untuk makan ikan bakar di Umbai..
Kami ikut waze je ni..
Confius pula sampai kat sini.
Rasanya dulu2 makan ikan bakar Umbai bukan macam ni..
Ke salah tempat ni...haha..
Lantaklah dah malas dan penat masing2, makan je lah kat sini..


Menu yang kami order. Total RM138. Rasa semua masin...huhu..
Tapi nak buat cam mana...telan je lah..
Itulah rezeki kami malam tu walaupun masing2 menahan kemasinan setiap makanan..
Sup sayur tu je yang terbaik dan tersedap.


Kami check in di hotel lebih kurang jam 11 malam..
Luaskan living hall nya..


Ni view dalam bilik serta bathroom..


Kawasan wardrobe pun bukan main besar dan luas..


Ada full kitchen juga..
Yang tak adanya periuk belanga dan pinggan mangkuk sahaja..


Penat ke Daim???


Bilik air pun besar


Daim dan mainan barunya..


Separated dining area..


Sebelum tidur, mandi dan berendam dulu..
Masa ni dah nak dekat 12 malam..


Pandangan malam dari Balcony bilik..

Overall:

Pros
✔️Nice rooftop swimming pool (tak sempat ambil gambar pula)
✔️Spacious room
✔️Perfect location (jalan kaki je nak ke area Dataran Pahlawan dan sekitar) ✔️Cleanliness ok
✔️ Friendly staffs
✔️ Not friendly for smokers (denda RM300 )

Cons
. ➕ Not much variety in food selection for buffet breakfast
➕ No iron
➕ Cannot use the room balcony (due to safety may be)

Kami booked bilik Premier suites with bathtub..


Saja pilih breakfast kat open concept. Baru feeling macam makan kat rumah kata anak2..


Check out time..


Kemudian terus menuju ke Bangi untuk beli bahan2 mentah kilang pula..
Macam biasa, selagi tak penuh bonet selagi tu beli macam2..


Late Lunch di Satay Willy Jalan Ramal..
Ramai dah orang walaupun baru jam 3..


Beza.. Memang berbeza satay williy ni.. 
Rasa yang juicy dan rempahnya, saiz yang besar serta tekstur pun lain.. 
Sedapp.. Next time boleh cuba lagi satay ni..

Dalam jam 9 malam kami pun sampai JB..
Alhamdulillah..dapat rehatkan minda dan badan kejap bersama family pun jadilah.. 
Yang penting orang2 tersayang ada bersama.