Sunday, November 25, 2018

Daim's first trip to the Zoo Johor



Cerita 2 minggu lepas..
Pada hari sabtu 10/11/18..
Letak video dan gambar2 Daim sebagai kenangan..
Esok dah besar, mesti dia ketawa sendiri tengok keletah dia sendiri..

Btw ni pertama kali Daim ke Zoo..
Dah lama juga keinginan nak bawa Daim ke Zoo, 
tapi ayahnya selalu tak nak bawa..
Sebab katanya nanti Daim takut, pastu tak nak jalan, pastu asyik nak berdukung je..

Yang penantnya siapa? Mestilah dia, ayahnya kata..haha

Ok fine, so ibu pun dan kakak2 Daim pun bersungguhlah suruh ayahnya test bawa gi Zoo Johor dulu..
Kalau Daim tak suka dan nak balik cepat pun tak ralat, sebab harga tiket bawah 12 tahun hanya RM1 sahaja, manakala yang dewasa RM2. Murah gilerr kan..so kalau nak balik awal pun tak menyesal kononnya..

Mula2 Daim masuk je zoo, memang asyik nak berdukung je ngan ayahnya..gillir2 dukung ngan ibu..
Lepas je buat aktiviti pertama, terus mood hip hip hoorey Daim datang..
Tak nak berdukung langsung, kita pegang tangan dia pun tak nak dah..

Hahaha..so ayah, sila tunaikan janji nak bawa Daim ke Zoo yang lebih mahal lepas ni ya...kiki..
Nampaknya persepsi awal ayahnya makin meleset, malah Daim yang makin berani..

Enjoy the video uolss..
Paling tak boleh tahan, Daim gi bagi unta makan 1 ikat sayur terus...perghhh..


3 anugerah terindah ibu dan ayah..


Ibu pun nak enterframe..


Ni lah aktiviti pertama Daim..
Bagi rusa makan..
Lepas tu terus dia berani nak jalan sendiri..


Bukan main lagi hulur dekat2 ya sayur tu..
Lepas tu mulut rusa kena tangan Daim, terus cakap "gigit...gigit.."
Padahal rusa tu terkena mulut je..haha


Mula2 je takut, lepas tu berani dahhh


Ni bagi unta makan pula..
Ni baru cerdik bagi satu2 sayur, awal2 tadi bagi seikat terus..haha


Excited hah dia..


Macam2 gaya nak bagi unta makan..


Lepas dah tawaf sebahagian zoo, ternampak pula playground ni..
Bagi chance lah dia explore semua yang ada kat Zoo ni..


Daim siap hulur sayur juga kat gajah ni..
Tapi gajah tak leh makan lorrr..


1/2 jam je kami dalam tu, ayahnya yag tak tahan panas ajak kami balik cepat2..
Hahaha..Konon Daim yang akan balik cepat nanti, rupa2nya ayah dia nak balik dulu..
Sebelum balik, ada ramai jual mainan2 kat tepi jalan tu, so takkan Daim tengok sahaja, Wajib beli punyakan..


Sebab semua kepanasan, so kami makan kat tempat sejuk je lah senang..
Nando's Taman Pelangi menjadi destinasi makan lunch kami tengahari tu..

Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar..
Ok ayah, please tunaikan janji nak bawa Daim ke Zoo lagi mahal ya...kiki..

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment