Thursday, November 8, 2018

Short Vacation @ The Straits Hotel & Suites


Cerita cuti2 Deepavali 1 hari..


Memang betul2 percutian singkat ni..
Percutian spontan tanpa dirancang sungguh2..
Just whatsapp ayah damia petang tu lepas Edutour kita gi Melaka nak?
Ayah Damia Onzz...kita semua pun apa lagi, Onzzz juga lah kan..
Lagipun bolehlah luangkan masa bersama family disaat kemuncak kesibukan kerja ni..
Sambil2 boleh juga sambung ke Bangi untuk beli bahan2 mentah kilang..

Gambar kat atas tu pemberian ole ole dari Sekolah yang ada Edutour petang tu. 
Bolehlah buat bekal dalam kereta kan. 
Balik Edutour jam 5:30 petang. 
Sampai2 rumah mandi, solat, kemas2 baju sikit terus gerak dalam jam 6 petang.


Kami sampai di Melaka jam 9 malam..
Terus buat keputusan makan dululah sebelum check in..
Kami pilih untuk makan ikan bakar di Umbai..
Kami ikut waze je ni..
Confius pula sampai kat sini.
Rasanya dulu2 makan ikan bakar Umbai bukan macam ni..
Ke salah tempat ni...haha..
Lantaklah dah malas dan penat masing2, makan je lah kat sini..


Menu yang kami order. Total RM138. Rasa semua masin...huhu..
Tapi nak buat cam mana...telan je lah..
Itulah rezeki kami malam tu walaupun masing2 menahan kemasinan setiap makanan..
Sup sayur tu je yang terbaik dan tersedap.


Kami check in di hotel lebih kurang jam 11 malam..
Luaskan living hall nya..


Ni view dalam bilik serta bathroom..


Kawasan wardrobe pun bukan main besar dan luas..


Ada full kitchen juga..
Yang tak adanya periuk belanga dan pinggan mangkuk sahaja..


Penat ke Daim???


Bilik air pun besar


Daim dan mainan barunya..


Separated dining area..


Sebelum tidur, mandi dan berendam dulu..
Masa ni dah nak dekat 12 malam..


Pandangan malam dari Balcony bilik..

Overall:

Pros
✔️Nice rooftop swimming pool (tak sempat ambil gambar pula)
✔️Spacious room
✔️Perfect location (jalan kaki je nak ke area Dataran Pahlawan dan sekitar) ✔️Cleanliness ok
✔️ Friendly staffs
✔️ Not friendly for smokers (denda RM300 )

Cons
. ➕ Not much variety in food selection for buffet breakfast
➕ No iron
➕ Cannot use the room balcony (due to safety may be)

Kami booked bilik Premier suites with bathtub..


Saja pilih breakfast kat open concept. Baru feeling macam makan kat rumah kata anak2..


Check out time..


Kemudian terus menuju ke Bangi untuk beli bahan2 mentah kilang pula..
Macam biasa, selagi tak penuh bonet selagi tu beli macam2..


Late Lunch di Satay Willy Jalan Ramal..
Ramai dah orang walaupun baru jam 3..


Beza.. Memang berbeza satay williy ni.. 
Rasa yang juicy dan rempahnya, saiz yang besar serta tekstur pun lain.. 
Sedapp.. Next time boleh cuba lagi satay ni..

Dalam jam 9 malam kami pun sampai JB..
Alhamdulillah..dapat rehatkan minda dan badan kejap bersama family pun jadilah.. 
Yang penting orang2 tersayang ada bersama.  


No comments:

Post a Comment