Sunday, October 7, 2018

Apartment @ Tenera Hotel

Kalau beberapa minggu lepas saya buat entry transit di Hotel Tenera, kalini pun transit di hotel yang sama juga. But this time we prefer to stay in an apartment..Very nice and so spacious...
So here we are again!


Kami check in kat sini hampir nak waktu solat jumaat, lepas je ayah damia bawa kami ke bilik dan hantar barang2 semua, ayah damia pergi ke Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi dengan menaiki shuttle yang disediakan. Ingatkan Van hotel..tapi rupa2nya kereta pekerja hotel ni juga. Tak pe lah, janji sampai kan..


Wahhh masuk2 je sejuk mata memandang dan bilik pun sangat luas...


Lengkap ada kitchenette (tapi pinggan mangkuk sudu pisau semua tak ada ya) dan living room yang cosy untuk anak2 saya berehat sambil menonton TV.


Satu bilik tidur, dan satu bilik air yang sangat panjang dan luas. Terbahagi pada 3 bahagian bilik airnya.. fuhh..


Pandangan dari dalam bilik..


Katil yang sangat besar...bantal pun banyak..haha..tu dalam almari ada lagi bantal..


Bahagian bathtub..


Bahagian sinki 


Amboiii, belum apa2 Daim dulu yang rasmi bathtub ya..
Sebenarnya dia berak dalam kereta lagi, tu yang sampai2 bilik terus bagi mandi..


Petangnya kami bawa anak2 main pool pula..anak2 happy, ibu ayah bolehlah rehat santai2 kejap kan..
Penat dari pagi ayahnya drive sebab nak hantar tempahan kahwin ke Putrajaya...Lepas tu kena gi jumpa supplier pula..Bila ada ruang berehat macam ni, gunakan masa sebaiknya..
Daim tengah makan dark chocolate tu..


The view..
Kalau duduk apartment, senang turun lift je terus sampai ke swimming pool ni..
Tapi kalau duduk kat hotel, kena jalan kaki atau naik buggy untuk ke sini ya..


Pandangan dari dalam bilik kami tingkat 16..

*********************************************************************************

Sabtu lepas baru balik dari Apartment Tenera ni, rabunya kembali stay disini lagi untuk tujuan presentation saya pula... Memandangkan kami check in pun confirm malam dah, so kami pilih stay di hotel lagi...


Here we are again and again and again..
Memang selesa hotel ni..
Yang paling penting nak cari makan senang, nak cari barang senang, dan ayah damia sempat lagi ke masjid untuk solat subuh berjemaah dan mendengar kuliah subuh. Jumpa supplier pun area sini juga...sebab tu hotel ini menjadi pilihan..


Bye bye our 2nd home..
InsyaAllah nanti kami datang lagi ya..


Complimentary dari hotel..

p/s: Harga masa saya stay untuk apartment RM260/nite...harga untuk hotel kali ni pula RM210/nite


No comments:

Post a Comment