Sunday, January 21, 2018

Sejenis perempuan yang bahagia dapat shopping lauk fresh


Perempuan ni ada banyak jenis
.
Tapi saya ni sejenis merasa bahagia dan seronok pabila dapat shopping dan memilih lauk fresh macam ni. Jauh sikit dari rumah pun sanggup pergi jika ada kelapangan.
.
Nikmat dan kepuasan tu dapat dirasai lebih lagi jika sejenis yang ada passion dan suka memasak. Nampak ikan ni, terus terlintas nak masak ni, nampak seafood ni terus merancang nak masak meju apa untuk hari sekian².. Sejenis perempuan kan.. Memang begitu!
.
Separuh hari disini. Lepas shopping ikan, ketam, kepah dan seafood lain, singgah minum pagi tepi jeti. Mujurlah masih ada cempedak goreng yang berharga RM1 untuk 4 biji. Makan sampai puas hati!
.
Otw balik, singgah pula di kedai makan D`Simpang sebab rushing nak solat jumaat dan hantar anak² pergi tuisyen kejap lagi. Kari kepala ikan merah saiz sederhana RM7 sahaja. Masih berbaloi. Tapi untung still banyak sebab tadi beli seekor ikan merah pun dah RM18.
.
Paling puas hati tadi 1 kilo ketam hidup fresh baru naik dari jeti pagi tadi hanya RM14 je sekilo. Kalau yang petang semalam punya RM10 sekilo. Selalu beli 2 ekor saiz sederhana je pun dah RM14.
.
Ok dah siap basuh siang semua!. Rehat kejap sebelum keluar rumah lagi kejap lagi.


Kena pandai memilih. Ada yang fresh. Ada yang tidak..


Hati²..takut Daim terjun je nanti.. Haha


Tak habis2 tunjuk kat air bawah tu. 


Ok je Daim dalam tu..
Tak takut langsung.. 


Yuhuu.. Makan sampai puas.. Mana nak cari RM1 4 biji dah sekarang.. 


Kerepok angin ni ayah Damia cakap.. Haha


Merah mulut ayahnya terkena panas keropok gara2 nak suapkan Daim yang tak sabar tu.. 


Serius ah RM7 je saiz sederhana ni.. 


Saya punya.. Ika  bakar panas2.. 


Seafood pertama yang anak² request nak makan.. 


Ketam anak² awal² dah chop nak masak butter telur masin


Tara terjadilah hasilnya kepah masak sambal


Ketam masak butter telur masin


Kerang masak sambal.. 

P/s: 3-4 harini menu kat rumah berasaskan seafood dan ikan² je lah ya.. 

No comments:

Post a Comment