Dah hampir 8 tahun tak jemur baju 💃
.
Harini sempat buat major cleaning dryer. Kenapa major? Sebab kalau cleaning penapis rutin biasa² tu cuma tarik penapis dan terus buang habuk yang melekat tu. Selalu buat seminggu sekali. Ni dah dekat sebulan lebih tak buat. Aigoshh 🤦.. Patutlah 2-3 keringan ni lately rasa lambat je baju nak kering.
.
Habis tu major cleaning tu cam mana. Major cleaning ni sakit jari jemari saya yang panjang lagi lentik ni tau. Sebab kena seluk kat bahagian sempit bawah penapis yang ditarik tu. Dan pandai²lah raba², nanti jumpa macam² harta karun tau. Antaranya duit syiling lah paling banyak (hairan sebab sebelum basuh baju saya selalu check poket dan pastikan kosong), resit², kertas², tag tudung Neelofa pun ada (haha), butang baju dan lain2.. Lepas tu bahagian belakang dryer kena vacuum juga takut habuk2 tersekat..
.
Perlu ke buat major cleaning ni? Wajiblah perlu. Sebab nanti yang pertama, baju kita macam lambat nak kering gitu. Selalu pusing 45 minit (tanpa jeans dan tuala) dan kering rangup, ni masih lembap2 lagi. Pastu nanti kalau tak buat major cleaning, baju akan bau hapak² sikit. Agaknya pengeluaran udara panas tersekat dengan kekotoran minor dan major yang ada tu lah.
.
Best ke guna dryer kat rumah? Gilerrr tak best? Kalau tak takkan hampir 8 tahun tak jemur baju. Bukan sekadar JIMAT MASA nak jemur baju bagai, malah ia juga membantu kita kurangkan RISIKO BAJU BERTAMBUN. Sebab keluar je baju dari dryer, boleh terus hangerkan dalam bilik laundry dan terus lipat tanpa ada kedutan. Wow! Tu yang rajin melipat baju tu..
.
Ada keburukan guna dryer ni? Adalah juga sebab kalau lambat keluarkan baju dari dryer atau timbunkan dulu baru nak lipat, memang KEDUT SERIBU lah jawabnya. Lagi satu baju2 macam jersey (yang mahal je sebab suami selalu peringatkan, yang murah masuk juga kiki), lycra yang kualiti tak berapa bagus dan tudung/shawl yang mahal2 tu tak yah lah masuk, nanti ia akan melekat2 dan kain jadi kasar gitu!
.
Pernah rosak tak dryer? Pernah 2 kali rosak, tak lain tak bukan sebab belting putus. Adusss.. Sasau weeii kalau tak ada dryer. Memang rasa dan dan tu juga nak beli yanv baru sebab nak tunggu repair pun kat seminggu. Tunggu order belt sampai.
.
Punca belting putus? Sebab masukkan baju basah (dah spin kering, tapi terlepas pandang yang saluran paip mesin basuh bocor, so air menitis, tu basah sikit baju² tu, biasalah hasil air tangan suami memang cenggitu 🤣).
.
Dryer ni ada beberapa jenis. Jenis yang Tumbler (masa saya mula² beli dulu jenama HAIER pada May 2010, harga RM350 hingga RM400 sahaja masa tu, ingat sebab saya tulis dalam blog) dan jenis yang Condenser (dryer saya dari 2014 sampai sekarang jenama Indensit ).
.
Tumbler kekurangan dia kena ada hos angin mengalir ke tandas atau luar dan bunyi yang kuat. Tapi Condenser tak payah guna hose pun, letak je kat tepi tingkap macam saya punya sekarang dan bunyi pun perlahan je.
.
Itu sahaja perkongsian saya. Jangan tanya saya besar tak kos bayar elektrik guna dryer ni, hoho... Itu bukan kerja saya dan saya tak pernah ambil tahu pun bab bayar utiliti rumah ni dari dulu dulu lagi.. . Hihi..
.
So apa lagi, dah boleh tag pasangan masing² untuk beli Dryer. Nak2 pula time hujan ni kan..😁
Hasil dari major cleaning. Celah² semua korek..
Ni hasil dari penapis habuk yang biasa tu setelah 1 bulan lebih tak cleaning. Masyallah... Hairan mana datangnya habuk² tu semua..
Ni masa 2010 beli yang jenis tumbler. Siapa ingat masa tu saya buat giveaway teka-teka hadiah apa. Pastu tahun 2014 bertukar ke jenis Condenser jenama Indensit. Brand singapore. Memang puas hati!
Selamat hunting dryer yang best² bagi yang tengah survey². Biasalah perempuan, musim panas nak tambah aircond, musim hujan nak beli dryer kan... Faham faham...
Tau dak knp dia xpanas..pdahal mesin tu musing elok ja
ReplyDeleteTau x..knp dia xpns..sbb mesin tu musing elok.ja
ReplyDeleteUmie, mungkin belt dia putus tak..saya pun pernah juga kena macam tu...belting dia putus, tapi masih boleh pusing dan tak panas..
ReplyDeletemcmn nak major cleaning
ReplyDeleteBrand Indensit ni mmg bagus sebab kawans aya jg pakai brand ni.. tp saya hanya pernah nampak di KL ja
ReplyDeleteNak tanya la..kenapa pengering kerap berhenti?mula² ingat overload pastu try kurangkn pakaian pn masih berhenti gak..keringkn 1jam tp xspi 20minit dah berhenti..
ReplyDeleteFilter kena cuci dgn air. Keringkan dulu baru pasang.
Delete