Sunday, January 14, 2018

Resepi kuih Che Mek Molek


Weiiii..
Ibu goreng 18 biji che mek tu, 2 ibu makan, 4 simpan untuk ayah, lebih siapa makan? 

Kakak²nya serentak jawab "Daimmmmmm"... Tapi ya juga sebab nampak tu bukan main ulang alik ulang alik dok ambik che mek si Daim tu.. Sama je ngan kakak²nya sebenarnya.. 

Petang semalam lepas balik beli barang, nampak ada orang jual ubi keledek dan buah cempedak tepi jalan, terfikir terus nak buat che mek hujan² ni, cempedak tu abaikan untuk dibeli sebab malas nak bermain dengan getah 😄

Sempat juga menyelit goreng pisang pemberian jiran sebelah.. Terima kasih kak.. Pisang goreng tu lepas goreng tabur gula dan sedikit serbuk kayu manis bagi rasa rare lagi... Haha.. 

P/s: Kakak² jaga Daim, bolehlah nak masak macam², tu pun terbolos juga Daim gi panjat pagar tangga sampai ke atas. Kurrr semangat..


Inti gula didalam che mek yang telah cair jadi air gula. Nampak tak kelibat Daim tu? Bukan main lagi kita tak menyempat nak hidang, tangan dia dah mencapai beberapa biji kuih che mek. Nasib baik dah sejuk sikit, kalau tak terbakar lidah tu terkena air gula yang panas.. Kiki.. 


Bancuhan tepung buat siap2 letak dalam peti. Senang nak goreng apa2 je just ambil dan celupkan bahan yang kita nak goreng. Tahan dalam 1 minggu juga bancuhan tepung ni. Pastikan bancuhan dalam bekas bertutup dan asingkan dalam bekas lain untuk mengoreng. 


Pisang goreng rare. Ditabur gula dan serbuk kayu manis agar rasa lebih stylo. Hihi... Ok je rasanya.. 


Resepi kuih Che Mek Molek

Bahan-bahannya:

4 biji ubi keledek yang sederhana besar. Buang kulitnya dan direbus sehingga empuk bersama sedikit garam. 
6 sudu tepung gandung
Gula mengikut keperluan

Cara-caranya:

Lenyek ubi keledek tadi hingga hancur. Gaulkan dengan tepung gandum yang dibubuh sedikit demi sedikit mengikut keperluan doh ubi keledek agar tidak melekit di tangan. Kalau terlebih tepung nanti che mek akan keras. 

Kemudian bentukkan doh tadi dalam bentuk bulat2 kecil. Tekan ditengah doh supaya leper dan masukkan gula. Katup semula dan bentukkan jadi adunan bujur seperti dalam gambar. Pastikan tidak bocor agar air gula tidak keluar semasa menggoreng. 

Goreng dalam minyak yang panas (api sederhana) hingga kekuningan. Angkat dan tunggu suam2 dulu baru makan ya. Nanti terbakar lidah kena air gula panas kikiki.. Lepas dah masuk mulut, hurmmmm nak lagi dan lagi. 

P/s: Tips tak nak adunan melekit2 kat tangan adalah sapu sedikit tepung pada tapak dan jari tangan serta dalam pinggan yang letak doh bulat kecil. 




No comments:

Post a Comment