Friday, January 12, 2018

Aksi 3 beradik di pagi jumaat


Macam² hah gaya si Daim nak boleh dapat gambar yang dia duduk diam. Kejap nak lari sana, kejap nak masuk kelas ni, kejap nak suruh dukung... Nasib baik lah kakak² ada mood nak melayan ya. 

Alhamdulillah.. Harini urusan bayar yuran sekolah agama dipermudahkan. Sampai2 je kelas Aleesya tak ada ibu bapa lain menunggu. Urusan tak sampai 5 minit. Kalau tahun lepas dekat 1 jam lebih tunggu bayar yuran. Jenuh melayan kerenah Daim yang baru boleh berjalan ketika itu. 

Tengok tandatangan ibu bapa tadi pun tak sampai separuh yang datang. Faham... Hujan² ni ramai yang malas keluar rumah kan..



Btw Tahniah kakak Aleesya, hari rabu lepas dah start pakai uniform baru. Maksudnya dah kena galas tanggungjawab baru di Sekolah Agama. 

Tanya kakak macam mana boleh terpilih? Dia jawab ustaz tanya dalam kelas siapa dapat no 1 dan 2 periksa tahun lepas, terus terpilih 😀... 

Alhamdulillah..semoga anak² ibu berjaya dalam perjalanan hidup dunia dan akhirat.. Aaaminn..

No comments:

Post a Comment