Sunday, April 16, 2017

Resepi Nasi Daging Mudah


Bahan-bahan untuk Nasi:

2 sudu minyak
2 sudu marjerin
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
3 sekawan (kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih)
2 helai daun pandan
2 sudu rempah kurma
3 pok beras yang dibasuh dan ditoskan (untuk 4-5 orang makan)
1 tin susu cair
1 piring kecil daging yang dihiris nipis (rebus dulu daging)
1 biji tomato dipotong 6
1 cubit garam
Daun sup/daun saderi/bawang goreng untuk hiasan

Cara-cara memasak Nasi:

1. Mula-mula masukkan minyak dan marjerin ke dalam periuk.
2. Tumis bawang putih, bawang merah, 3 sekawan dan daun pandan sampai naik bau.
3. Masukkan rempah kurma dan goreng sampai separa garing.
4. Masukkan air dan biar mendidih seketika.
5. Masukkan beras yang telah ditos dan kacau2 dalam periuk.
6. Pabila dah sekata bolehlah masukkan susu cair, daging rebus yang dihiris halus dan sebiji tomato yang dipotong 6. 
7. Masukkan secubit garam juga.
8. Dah mendidih tuangkan ke dalam periuk pressure cooker dan masak seperti biasa.
9. Dah masak, hiaskan dengan daun sup/bawang goreng/ daun saderi untuk bangkitkan bau

Bahan-bahan untuk Air asam:

* 3 tangkai Cili besar
* 3 tangkai cili padi
* 1 ketul kecil belacan yang dibakar
* Garam & gula secukup rasa
* 5 sudu air asam jawa
1 biji tomato dipotong dadu
1 biji bawang besar holland dipotong dadu
1 biji limau nipis dihiris halus bersama kulitnya
1 sudu kerisik
Sedikit daun saderi

Cara-caranya:

1. Tumbuk/blendkan bahan2 yang bertanda *
2. Setelah lumat, tuang ke dalam mangkuk
3. Masukkan kerisik dan kacau sebati
4. Masukkan bahan-bahan yang dipotong dadu dan dihiris halus
5. Hiaskan dengan daun saderi

Tambahan Daging Bakar:

 Anak-anak saya lebih suka makan daging bakar berbanding dengan daging dalam nasi. Jadi saya rebus dulu sebuku besar daging dalam pressure cooker. Dah lembut, keluarkan dan toskan. Lumur dengan garam, serbuk kunyit dan sedikit minyak. Bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 250'c. Walla.. Bila dah siap dagingnya rangup diluar dan lembut didalam. 

SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment