Monday, April 17, 2017

Gold Coast, Australia || Great Accommodation at Sunset Island Resort


Inilah accomodation kami sepanjang berada di Gold Coast, Sunset Island Resort. Kedudukannya bukan di tengah2 attranction Surfer Paradise. Di pinggir sahaja. Tapi jalan kaki ke Surfer Paradise tu dalam 10-15 minit juga. So memang kalau malam2 kami nak ke area Surfer Paradise atau beli barang di Pasaraya Woolworths kami enjoy je jalan kaki.

Saya buat pilihan hotel ni  pada mulanya kerana ada tempat parking kereta yang luas dan percuma serta jauh dari kebisingan pub-pub dan kenderaan di tengah bandar. Memang just nice view hotel ni untuk kami sekeluarga. Tak sibuk pula tu. Admin yang menguruskan pula dari bangsa cina dari China. Sangat helpful dan friendly.


Day 2 sebelum tunggu uber sampai untuk ke Sea World. 


Ni lah pemandangan depan hotel kami. Sejuk mata memandang. Banyak pokok2. Orang2nya tak nampak pula.. Hihi


Mula2 masuk ke apartment kami. Suka2 sebab luas dan bersih.


The kitchen have everything you need to cook..including dish dryer ya.. 


Bilik Aleesya dan Ayyunie..
Cantik view depannya..


Master bedroom untuk Daim..
Kat luar beranda tu siap ada BBQ Pit, kerusi dan meja untu santai2 serta tempat jemur baju..


Bathroom dalam master bedroom..


Comfortable untuk kami sekeluarga..


Gambar dari Agoda


Ok yang ni paling tak tahan.. Ayyunie ngomel "alaaaa ibu ni, ingat kat rumah je kerja adik masuk baju kotor dalam mesin, pastu masuk baju dari mesin dalam dryer, kat Gold Coast pun adik kena buat juga, rasanya sampai adik besar kena buat kerja ni".. hahaha.. 

Sorry lah Ayyunie.. Nak pahala lebih kenalah selalu tolong ibu tak kira kat mana ya..


Walaupun hotel ni ada swimming pool dan jacuzzi pool, hanya Ayyunie sorang sahaja yang tak reti penat nak mandi dalam pool ni. Yang lain surrender masuk bilik lepak2 baring2 lagi best kalau petang2 kami balik dari theme park. Kecuali ayahnya lah temankan Ayyunie mandi sambil surfing internet.


Dan sehari sebelum check-out, akan ada satu messenger sebegini. Sebagai remind sebelum check-out kena pastikan semua kitchen items kena dibersihkan, dikeringkan dan juga simpan ditempat asal selain dari semua sampah2 kena buang di tong sampah besar di tingkat bawah sekali. 

Pendek kata, cam mana awak masuk, cam mana jugalah awak keluar. Kecuali tuala2, toto dan cadar jangan rajin nak basuh pula.

Bagi saya bagus juga camni.. Attitude dan disiplin dari awal tu penting. Tapi kalau hotel kat Malaysia, kirim salam lah nak kemas bagai kan. Lagipun incase kalau tak kemas, nanti bond (deposit) sebanyak AUD 300 akan dipotong. Dan alhamdulillah ayah damia dapat balik semua bond yang direfund dalam tempoh seminggu.

Saya booked hotel ni seminggu sebelum check-in dengan harga RM1,031.97 untuk 3 malam. Ok sangat kan! 



No comments:

Post a Comment