Thursday, June 9, 2016

Makan Buffet lagi jimat dari beli di Bazar Ramadan

Cerita 7/6/2016 bersamaan 2 Ramadan bertempat di Ejohng Concept Restaurant.


Amboi anak-anak ibu...
Siap whatapps gambar kat ibu makan buffet ya. Makanlah puas2 wahai anak dan ayah damia. Beginilah dilema seorang ibu dan isteri dalam pantang sebab tak dapat masak best-best untuk anak2 dan suami berbuka puasa. Kalau tak harus bersilat kat dapur kentung kentang main masak2 kan. Tak pe Allah bagi cuti kat ibu suruh rest lama sikit Ramadan kalini.


Perghh.. Siap ada gambar wefie pula dari ayahnya.. Hihi...


Ni kalau saya turut serta, ulam2 ni yang saya ambil dulu.. 


Ya Allah.. Bestnya macam2 kerabu ada..


Kerabu ikan bilis tu agak2 orang dalam pantang boleh makan tak? Hihi..


Cantik susunan kurmanya tu. Tak pe ibu pun hari2 makan kurma utk kesihatan badan dan tambah susu. Semalam dapat pula kurma dan aneka kekacang dari staff ayah damia Pakcik Van yang baru balik dari Mekah. So tak larat sangat.. Ngeh ngeh..


Kuih muih..

 
Ada popia basah dan akok ke tu?


Mee goreng pun ada..


Nasi putih..


Daging masak kicap.. Both damias cakap daging ni masin.. Haha


Ayam masak merah..


Ayam masak lemak cili padi.. Sedapnya...


Ikan keli salai masak lemak cili padi. Menu ni keluarga kami tak makan ler sebab memang tak pernah makan ikan keli..


Dan total untuk 1D 2K hanyalah RM31.00 sahaja.. Murah sangat uolsss.. Masa 1st Ramadan ayah damia bawa both Damias gi Bazar Ramadan Taman U pun habis lebih dari RM50. Ni RM31.00 boleh makan macam2. Surau pun ada disediakan.


So recommended sangat2 weiii...memang pasni jadi Ejohng Concept ni jadi dapur tetap ayah damia dan anak2 lah kan..haha..

Gambar2 kat bawah ni saya ambil dari FB Ejohng Concept..


Banyak lagi makanan2 lain ni..


Macam2 ada. Berbaloi sangat lah haihh dengan harga RM15 per person tu..


Stall kambing golek pun ada.


Tapi ni bukan buffet ya. Ni kena add on RM10 untuk sepinggan makan yang ditimbang siap2. Ok lah kan..


Meriah. Ayah damia kata penuh orang.

P/s: Harini ayah damia call EJohng Concept lagi nak reserved tempat, sekali huaaaa full booked lah pula. Haihh pasni rasanya hari2 memang full booked kat sini. Alhamdulillah. Tumpang happy dengan rezeki usahawan owner restoran tersebut. 



















No comments:

Post a Comment