Monday, June 13, 2016

Daim Muslim || Day 19


Tik tok tik tok....
Kejap je dah 19 hari Daim Muslim lahir ke dunia ni...
Alhamdulillah.. Makin sihat, makin pandai senyum time kita agah2 dan tepuk2 tangan dia dan makin kuat menyusu..
Aktiviti yang Daim Muslim paling suka selain menyusu adalah mandi! Senyap je berendam dalam air. Kadang2 siap buat suara kecil tanda happynya berendam dalam air.

Amboii.. Gambar kat atas tu bukan main lagi ya! Bukan main lagi Daim Muslim mengeliat ya. Nak-nak kalau lepaskan kain bedung. Mengeliat sampai merah 1 badan.

Sunyi pula pabila kakak2 dah start sekolah semalam ya. Kalau tak Kakak2 tu ada aje nak cium baby lah, nak pegang tangan baby lah, nak baca depan baby lah, nak tepuk2 baby lah, dan yang paling ibu geram, kacau Daim Muslim tidur. Saja je nak bagi Daim Muslim bangun.

Hurmm banyak lagi nak updated perkembangan Daim Muslim ni dalam blog ni. Tapi nanti2 lah ya. Sekarang ni masa terhad sungguh. Pagi sampai ke tengahari urusan menguruskan diri sendiri bersama tukang urut seperti mengurut, bertungku, mengepam susu, sarapan dan makan tengahari serta lain2 sementara nenek ada jaga Daim Muslim ni. Pasni kalau nenek dah balik, huhu...kena jaga diri sendiri lah jawabnya.

P/s: Saya bersalin pada mulanya normal + induce + pain killer... Sudahnya Czer juga.. Nanti saya share pengalaman pertama saya melahirkan Daim Muslim secara czer ya... Insyallah..

No comments:

Post a Comment