Monday, April 4, 2016

Lunch di Nasi Kerabu Cikgu CT


Tujuan utama lunch disini adalah nak makan Pulut Mangga ni je.
Ye ye je lah semalam pergi pasar malam cari buah mangga yang gebu, ranum dan manis kengkonon nak buat pulut mangga sendiri malam tadi. Belilah 5 biji buah mangga yang gebus gebas.

Sekali sampai rumah, adusss...malasnya nak tanak pulut.

Sudahnya harini makan kat kedai lah lagi senang kan. Order, makan dan puas hati. Sedap pun sedap dengan santan lemak berkrim tu. Hihihi..Mangga kat rumah tu kita buat jus atau makan begitu sahaja je lah.


Lunch tadi saya makan nasi kerabu daging bakar. Sambal pauh tu perghhhh, sedap sangat sebab dia gaul sekali ngan ikan rebus. 
Ayah damia pula makan laksam kuah laksa penang. Hahaha...selera macam-macam sungguh..

Pastu bungkus 2 set pulut mangga.
Minum 2 teh o ais.
Total RM 32.


Macam2 nasi kerabu ada. Ada kambing bakar, ayam bakar, daging bakar, ketam celup tepung, udang celup tepung dan juga siakap bakar. Harga set Nasi kerabu dari RM8 hingga RM28. Boleh jengok-jengok kat IG dan FB Nasi kerabu Cikgu CT.

Oh ya, lokasi restoran ni di Taman Anggerik Emas 1. Masuk je dalam Waze, insyallah jumpalah restoran ni.



No comments:

Post a Comment