Sunday, April 3, 2016

Hujung minggu di Desaru dan Tanjung Sutera Beach Resort

Hujung minggu yang padat dengan aktiviti jalan-jalan....
Kita mulakan dengan hari jumaat di Desaru..

Sebenarnya cousin both Damias datang bercuti dan menghadiri kenduri kahwin di JB dari Kelantan..
Tu yang jadi adhoc punya planning cuti2 ni..


Semestinyalah kalau bercuti ke JB, Hotel Lotus Desaru menjadi pilihan orang ramai..
Bukan sahaja ada pantai, swimming pool dan lain2 fasiliti, tetapi ada water theme park sekali..
Itu yang budak2 paling suka kan..
See, happynya Aleesya dan Ayyunie main air bersama cousin mereka..
Dan juga Cik Chik dan Ayah Sal (ibu & ayah saudara) mereka..

Saya dan ayah damia hanya duduk santai2 ambil angin di kawasan sekitar je..
Lagipun saya hanya mampu tengok je walaupun baby dalam perut ni menendang2 macam nak join berenang sekali...hihi..

Gambar di Lotus Desaru tak banyak ya sebab ntah dah berapa kali kami dah stay dan sampai sini.
Tu yang malas nak snap banyak2. Lagipun saya nak relax2 je disini..


Lepas maghrib, ayah damia bawa kami semua makan di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly..
Ni entry last masa kami sekeluarga celebrated birthday dinner treat ayah damia di sini..
Kali ni bawa family adik ayah damia pula makan malam disini.


Kat sini semuanya makan dalam set.
Walaupun berdua, tetap kena makan set. Cuma kuantitinya sikit lah..
Ala-carte tak banyak pilihan. Sebab sini signaturenya memang makan seafood.
Tapi kami tak berani haihhh nak makan siput gonggong dan belangkas.
So kami order set ikan siakap, ketam, sotong, tomyam, kupang dan sayur.
Dan juga set buah.
Makanan biasa2 je rasanya. Tapi suasana tu yang mahal.

Kalau nak naik boat tengok firefly pun syokk juga kan. Tapi kami tak naik lah sebab anak semua penakut.
Lagipun saya pun tak berani juga sebab ada baby dalam perut kan. Beringat org tua2 kata.
Ya lah gelap gelita tu naik boat tgk firefly dan berhenti tengah2 muara sana.
Bayaran utk dewasa RM20, kanak-kanak RM15.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari sabtu pula kami mulakan perjalanan kami ke kenduri kahwin di Dewan Raya Ulu Tiram..


Sampai bertambah-tambah saya makan menu istimewanya iaitu bubur kacang durian.
Kempunan nak makan durian agaknya saya ni. Haha..
Ayah damia sampai ngeleng2 kepala tengok saya bertambah2 makan bubur tu.
Akibatnya tahanlah sendiri ya kesesakan nafas didada tu..huhu..


Lepas tu kami Site Visit ke Tanjung Sutera Beach Resort di Sedili Besar pula..
Walaupun kami dah pernah datang ke sini untuk Honeymoon + Babymoon dan juga bawa 2 bas students untuk Program Kem Jati Diri disini, tapi tetap kena Site Visit lagi sebab last datang sini tahun 2013.

Adalah beberapa pembaharuan kat sini..
Tu kat belakang kami dah ada pool untuk budak2..
Barulah lebih selamatkan..


Pantainya tetap sama tak berubah..
Chalet hillview dan seaview tu pun masih ada lagi....


Hah, yang kat sini memang totally berbeza dah....
Dulu air tu air kumbahan. Warna pun keruh je. Patutlah teratai segar bugar hidup dalam air tu dulu.

Kini air tu dah jadi air bersih. Warna pun dah hijau. Teratai2 semua dah tak ada. Siap ada pelantar lagi untuk terjun tiruk! Boleh main kayak dah. Dulu tak boleh. Dan macam-macam aktiviti air lagi boleh buat kat sini.



Tenang je pemandangan..
Oh ya..chalet atas pond kat depan tu semua dah kena roboh. Sobss..cantik tau chalet2 tu.
Kata pekerja kat situ sebab nak buat pusat rekreasi sepenuhnya...


Both Damias yang tak sabar2 nak main2 air kat sini lagi..
Kaki Ayyunie tu bukan main lagi nak merentas tali tu..haha..
Sabar ya anak-anak..tak lama lagi kita datang semula kat sini..

Begitulah hujung minggu kami yang penuh dengan aktiviti..

Peringatan:
Guys Pusat Bahasa Pelangi terutama students UPSR, PT3 dan SPM, mesti kalian dah tak sabar-sabar kan nak ke Luxury Campsite ni. Cepat2 buat bayaran uolsss.. Bagi saiz baju dan booked nama ok. Seat bas penuh tak tahu..







No comments:

Post a Comment