Monday, March 21, 2016

Pabila sesekali berpeluang berkumpul dengan mak dan adik beradik lain...


Happynya dapat berkumpul ramai-ramai dengan mak dari Kelantan, kakak saya dari Kedah dan saudara mara yang lain. Asbabnya boleh kumpul ramai-ramai macam ni sebab abang saya masuk hospital.
(almost 3 weeks, malam tadi baru dapat keluar hospital kerana kencing berdarah dan suspek batu karang) 

Kalau tak memang kena tunggu time raya je lah dapat kumpul ramai2 macam ni sebab adik beradik semua bermastautin berlainan negeri. Itu pun ada yang tak jumpa juga sebab tahun tu balik raya rumah mertua masing2 kan. Memang nikmat sungguh kumpul ramai2 macam ni. Macam2 cerita keluar.

Mak dari Kelantan dah 3 minggu duduk rumah abang saya di PD, sebab kakak ipar jaga abang kat hospital dan tinggallah my niece yang baru habis Master dengan neneknya kat rumah buat teman. Anak-anak saudara yang lain pula masing2 masih belajar di Universiti masing2. 

2 minggu lepas, saya ke PD sambil menziarah abang saya dan untuk ambil mak bawa balik ke Johor. Tapi mak serba salah sebab abang saya baru masuk ward kan. So kalini abang dah makin sihat dan sempatlah saya bawa mak jalan2 KL dan tidur di hotel bersama keluarga kecil saya. Dan sekaligus keesokannya saya bawa balik Johor. Happylah cucu-cucu sebab ada nenek melayan nak tu nak ni. Hihi..


Dan mak saya kalau datang JB, memang wajib saya bawa ke Steamboat Dataran JB ni. Aleesya dan Ayyunie pun tahu wajib bawa datang nenek mereka ke sini. Tempat favourite mak ni. Hihi...
Dan malam tadi mak dah selamat balik ke Kelantan semula. Sob sob sob...Tunggu lagi 2 bulan mak datang JB semula nak tengok cucu lelaki barunya.. Insyallah..


No comments:

Post a Comment