Wednesday, March 23, 2016

Fanatik makan daging kambing


Budak-budak zaman sekarang kecik2 dah pandai makan daging kambing. Saya balik umrah tahun 2013 baru jadi fanatik makan daging kambing tau. Ntah kenapa dulu2 dengar je daging kambing, mulalah "ngetak bulu".

Dulu-dulu kalau orang buat Akikah bagi kambing yang dah masak, jangan haraplah nak sentuh apatah lagi nak makan. Mungkin sebab dulu-dulu daging kambingnya masih berbau hamis walaupun dah masak, daging kurang lembut dan juga terpengaruh cakap-cakap orang yang makan daging kambing ni panaslah, darah tinggi lah dan bla bla bla...

Tapi sekarang tak lagi. Malah berebut2 nak makan daging kambing. Hairan kan daging kambing sekarang tak berbau hamis. Lembut2 pula tu dagingnya.

Ayyunie cakap sebab kambing sekarang dah pandai2 sebab dah pandai mandi. Dulu2 kambing tak mandi sebab tu berbau masa makan. Hahahahaha...


Dah jumpa port baru makan lamb chop yang best. Selalu yang best area2 rumah ni kat Yus Bianco Pizza lah. Paling tak pun makan kat Tony Roma's. Tapi kini dah boleh menikmati lamb chop dekat area2 rumah je iaitu di Ejohng's Concept Taman Sri Pulai Perdana. Harga pun berbaloi RM16.90.

Ok lah. Nak siap2 gi Center dah walaupun harini Johor cuti umum sempena Hari Keputeraan Sultan Johor. Business sendiri cuti tak ikut hari orang lain.

P/s: Uolss suka tak makan daging kambing? 

No comments:

Post a Comment