Wednesday, August 12, 2015

Penyertaan terbaik!


Assalamualaikum..
Hoola...hoola..
Setelah hampir seminggu blog bercuti, kini kembali bersiaran..

Kalau dah lama tak tulis entry dalam blog, jujurnya ambil masa juga mood nak menulis tu datang.

4 hari di Langkawi, memberikan 1001 cerita. Tak sabar juga saya nak upload gambar2 sepanjang disana.
Balik pula JB hari isnin pagi, macam2 kerja pula kena selesaikan.
Back to back kerja yang tertangguh. Pergi daftar (susulan) Ayyunie darjah 1. Dengan Majlis Solat Hajat, Marhaban dan Jamuan raya di office lagi. Penat pun masih belum hilang. Luggage pun belum buka dan kemas lagi. Harini saya masuk office lambat sikit semata2 nak kemaskan luggage dan segala baju2 sepanjang 4 hari saya tiada dirumah.

Dan yang bestnya, sampai2 je JB, dapat pula notification dalam FB yang saya menang. Yeayyy...siapa tak suka menang kan? Tak kisahlah menang apakan, janji usaha kita tu dinilai dan diiktiraf oleh juri. Sebab tu namanya "pemenang". Kita mulakan entry blog harini dengan entry kemenangan ya!


Kalini saya menang peraduan oleh Sustagen Malaysia.
Senang sahaja nak masuk contest ni. Upload gambar bersama anak sempena bulan ramadhan, dan lengkapkan ayat "Bulan Ramadan tahun ini lebih bermakna kerana....."


Syukur juga, kerana penyertaan saya memenangi 10 penyertaan terbaik.


Gambar yang menarik perhatian juri.

Semoga banyak lagi kemenangan-kemenangan lain yang akan saya kecapi.
Aaaaminn....aaamiin...



No comments:

Post a Comment