Thursday, August 6, 2015

Nasi Lemak Telur Bungkus, Warung Bunian

Jauh mencari sarapan harini..
Sampai ke Putrajaya kekdahnya..

Bertolak dari JB 4:30 pagi, sampai Putrajaya 7:30 pagi. Sementara menunggu sesi pendaftaran saya di KKLW, sempat updated status dalam FB kat Putrajaya ni mana tempat makan sedap. Ya lah melilau-lilau cari kedai makan, jumpa kedai makan mamak je.

Nasib baik blogger Nadia Irwani Hamidi (nama penuh bagai.. Kih kih) bagi cadangan makan di Warung Bunian. Memang blurr lah tak tahu arah tuju kan. Buka waze, tgk2 ada direction ke sini. Apa lagi, teru GO je lah kan.


Perghh, memang kampung bunian betul. Tempat agak tersorok. Nak masuk ke sini agak terpencil. Macam kampung2 tu. Siap turun lembah bagai. Tapi Waze takkan menipu. Sampai jua akhirnya. Memang sesuai sangat nama Warung Bunian tu.

Suasana tenang dan sejuk je makan kat situ. Tak putus-putus orang datang makan kat situ. Walaupun terpencil, tapi nama yang unik dan menu yang unik mampu menarik perhatian orang kan.


Ni lah menu specialnya. Nasi lemak telur bungkus. Siap ada ikan kering hokeyy nasi lemak. Sambal pun best. Selain nasi lemak ada roti canai juga. Rasanya tu je kot menunya. 


Btw harini saya akan bermusafir selama 4 hari. Bermula dengan menaiki kereta jam 4:30 pagi tadi, kemudian saya akan naik bas (dalam bas dah ni), dan naik feri pula, lepas tu naik bas lagi, then naik bot pula. Baru sampai ke destinasi.

Semuanya kerana final stage berjuang untuk jihad ekonomi. Jauh dikuarantinkan ya.

Walaupun suami dan anak2 jauh dimata, tapi mereka adalah supporter teragung dalam hati saya.

Allahumma Yassir Wala Tuassir.

Ya Allah permudahkanlah segala cabaran hambaMU ini.

Kawan-kawan, doakan kejayaan besar untuk saya ya. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment