Sunday, July 12, 2015

Shopping till 5am?

Trend sekarang eh?
Butik2, vendor2 dan juga festival2 raya buat jualan pakaian dan fashion terutama musim perayaan ni sampai 4-5 pagi?

Tengok sajalah event Mood Republik yang sedang berlangsung di PWTC sekarang ni. Serammm je rasa nak masuk dalam hall. Penuh lautan manusia. 

Tapi kalau kita gigih dan berani menghadapi jammed yang teruk dalam dan luar event, boleh je kan. Asalkan yang diidam-idam dapat diperolehi.


Saya pun tak ketinggalan juga. Nak merasa kemeriahan shopping raya. Btw kebanyakan baju2 raya anak dan keperluan raya yang lain memang dah beli dari awal lagi. Ada tu yang tahun lepas beli pun tak pakai2 lagi.

Cuma biasalah kalau jadi perempuan ni, tak pernah rasa cukup. Nampak cantik beli. Tapi pakainya kadang2 raya tahun lain baru sempat pakai kan.

Jumaat malam sabtu, sempat saya melapangkan masa saya lepas balik solat terawikh ke Grandeur yang terletak di Bandar Baru Uda. Ada sale jualan raya dari jam 9 malam hingga 4 pagi weii. 

Anak2 dan ayahnya tak mahu ikut masuk butik. Mereka lepak minum2 di restoran mamak berhampiran. Ok juga tu kan. Kalau tak mesti anak2 rimas dan suami pun mesti suruh beli cepat2. Sempat lah beli sehelai shawl yang saya memang dari awal dah aim dalam IG mereka. Lepas tu apa lagi sambung jalan2 dan shopping di butik2 berdekatan pula.

Jam 12 malam baru sampai rumah. Ok lah kan, tak reti shopping sampai 4 pagi. Keh keh..


Pagi esoknya pula, shopping lagi. Kalini pilihan destinasi kami adalah di warehouse The Store dekat2 sini je. Nak beli baju casual untuk both Damias, cousin-cousin mereka dan juga pakaian untuk keluarga di kampung. Baju both Damias lah paling banyak. Tapi harga memang harga warehouse lah. Jimat berbelanja hokey! Tapi kualiti tip top.

Saya juga sempat grab blouse dan beg raya. Ayah Damias kata saya memang bijak berbelanja. Handbag harga ratus2, tapi after 70% harga memang reasonable. Haruslah grab walaupun handbag banyak dah tergantung dirumah.



Malamnya pula, saya ada majlis iftar bersama staffs dan juga beberapa pelajar SPM. Not official event. Just siapa nak berbuka bersama2 je sempena tahun last mereka bersama Pusat Bahasa Pelangi (details entry lain). Lepas tu habis je makan, sempat kami shopping di butik berdekatan. See, diaorg bukan main lagi grab mini kurung untuk Raya tahun ni. Salah seorang staff saya tu grab sampai 2 pasang mini kurung.

Saya tidaklah membeli. Sebab semua dah mencukupi. Hanya bawa mereka ke sini dan tawar menawar untuk mereka je. Mujur dapat diskaun lagi. Berbaloi2.


Majoriti suka mini kurung ni. Sudannya masing2 beli. Hanya warna je masing2 pilih colour favourite mereka.


Saya berkenan yang ni. Tapi tak ada saiz pula. Selamat duit saya! Hihi..

Ok lah, harini saya cuti. Nak kemas2 luggage balik kampung dah. Banyak nak kena kemas ni. Kalau boleh semua nak angkut balik kampung.

Eh, uolss dah habis shopping ke????






No comments:

Post a Comment