Monday, July 13, 2015

Buffet Ramadan 2015 di Johor... kalini makanan western pula



Cerita sabtu lepas..
24 Ramadan..
Bertempat di Yus Bianco..
Makanan semua ala western dan grilled.
Penuh dengan Mayonis dan Cheese..;-)

Alhamdulillah..
Selesai jua iftar bersama kanak-kanak ribena yang nak ambil SPM tahun ni.
Tahun depan belum tentu lagi dapat iftar sama-sama lagi kan.
Ya lah masing2 dah sambung belajar.


Makanan kat sini kebanyakannya pasta, ayam dan ala2 western.
Nasi hanya ada Nasi Ayam sahaja.
Sekali sekala tukar selera makan Western pun best juga..
Kanak2 ribena ni memang suka..


Ayyunie ambil hotdog cucuk je banyak tu..


Aleesya pula mula2 ambil lagi dah berkenan kat mushroom soup dan grilled chicken.


Tepat jam 7 malam, masing2 dah boleh ambil makanan bawah khemah.
Tapi Ya Ampun..
Ramai betul orangnya..
Tempatnya agak sempit..
So berhimpit2 lah sikit..


Selain makan bawah khemah, boleh juga makan santai2 bawah pokok kelapa tu..


Kalini 2 orang cikgu yang mengajar kelas SPM turut serta..


Kanak-kanak ribena pada hari tersebut..
Sebelum makan baca doa berbuka dulu..


Ada makanan yang tak dapat diambil..
So kena tunggu refill lah dulu..
Sambil2 tu boleh lah makan apa yang ada depan meja dulu..


Bersungguh2 masing2 makan..


Master planner untuk projek Iftar kalini adalah kanak2 ribena tepi saya tu...Namanya Rose..


Kambing panggang dan ayam panggang ni pun ramai peminatnya..


Harga Buffet Dewasa RM28.00
Kanak-kanak RM15.00
Beli 10 percuma 1 dewasa.


Haruslah sesi bergambar dulu kan sebelum sambung ngeteh di tempat lain..
Yang kami perempuan2 ni pergi shopping pula..

Oh ya..kat sini surau dekat medan Mara tu juga.
Tapi kebetulan masa hari kami pergi tu surau black-out pula..
So yang lelaki solat di Masjid Pulai Perdana dulu, kemudian sambung datang makan semula..
Kami yang perempuan solat di surau Medan SOBB dekat tu je..
Kalau nak lagi selesa boleh ke Surau Petronas sebelah tu je.

Cikgu doakan All the best untuk SPM akan datang ya kanak2 semua.
Sebelum tu ingat trial SPM bulan 8 ni weii... So berpada2 lah raya pada tahun ini..



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment