Friday, July 3, 2015

Kemenangan Berganda duit raya tahun ini

Manisnya Ramadan Tahun ini..
Pabila mendapat duit raya berganda..
Dari pihak contest organizer..


Alhamdulillah.. Petang semalam saya mendapat panggilan telefon dari Yeo's. Ayat pertama yang person in charge tu cakap "Ini Zamzarina? Zamzarina, you jangan pengsan ahhh"..

Hikss.. Very friendly sangat person incharge tu. Tak habis2 dia cakap you jangan pengsan ahh.. Kiki.. Siap tanya you duduk mana? Bila saya cakap Johor, dia jawab alaaa... Baru nak suruh you belanja I roti canai.. Hihi..

Syukur Alhamdulillah. Rezeki Allah itu pasti. Yakin dan sabar sahaja bila ia boleh dimiliki. Sesungguhnya dalam rezeki saya ada jua rezeki orang lain. Insyallah.


Allahuakbar! Allah maha besar. Tak sampai 2 jam saya dapat berita kemenangan dari Yeo's, dapat pula berita kemenangan dari MY MAHSURI. 

Lagi hebat dengan Izin Allah, nama kami suami isteri menang serentak. Subhanallah. Nikmat apa yang perlu kami dustai kan. So saya dan ayah damia menang RM500 setiap sorang. 

Perancangan Allah ni hebat kan. Tatkala org lain dapat BRIM atau bonus raya, Allah bagi saya dan ayah damia bonus raya melalui cara ini. Semoga nikmat rezeki ni kekal berpanjangan dan Allah tak tarik nikmat-nikmat ni.

Contest Yeo's tu saya beli, simpan resit, minum dan hantar penyertaan. Selebihnya berserah dan tawakal pada kuasa Allah.

Manakala Contest My Mahsuri tu memang kena usaha dan rajin berkreativiti. Gambar makanan yang paling kreatif akan diumumkan sebagai pemenang. Ralat pula kalau tak join contest ni sebab hobi saya kan masak-memasak dan deco-mendeco. Tunggu masa je nak publish antara menu2 yang sempat saya masak sempena Ramadan kali ini.

Bukan senang nak menang. Jangan ingat luck/nasib semata-mata untuk menang. Semuanya mesti ada gerak langkah pertama untuk menang. Usaha ada peluang menang, tak usaha memang takkan menang.

Sesungguhnya rezeki memang dah tertulis untuk semua orang. Tugas kita hanya menjemputnya sahaja.

Terima kasih Ya Allah..
Terima kasih Ya Allah..
Terima kasih Ya Allah...

No comments:

Post a Comment