Saturday, July 4, 2015

Buffet Durian hanya RM8 sahaja..

Lepas Tarawikh semalam, balik rumah kejap tukar baju, terus ke Buffet Durian. Walhal kat rumah ni dah ada satu tuppeware besar stok durian untuk anak-anak. Al-maklumlah, anak-anak memang hantu durian macam ayahnya juga. Balik rumah malam-malam, ambil 2-3 ulas buat pencuci mulut sebelum tidur. Haha...pastu mana tak gemuk dan buncit kan. 


Pilihan destinasi buffet durian kalini adalah di Nusa Bestari. Bukan di Johor Jaya seperti mana yang diviral dalam FB tu. Bukan apa, jauh nak ke Johor Jaya malam2 ni. Dah lah kat jam 10:45 malam baru sampai sini. Samapi je sini.. perghhhh ramainya orang. Siap kena tunggu dan beratur nak dapatkan kerusi dan meja. Berbilang bangsa ada. Meriah pula suasana malam2 ni. 


Lepas kami dapat tempat duduk, terus ada uncle yang akan pilihkan durian dan kopek durian siap2 depan kami. Bagus lah walaupun nama buffet, tapi semuanya dah dihidang depan mata. Oh ya kat sini pun ada jual air kelapa muda Thailand tu ya. Kami siap2 bawa air 100 Plus dan air mineral.


Makin lewat malam makin ramai orang. Meriah sungguh. Kat depan sikit dari sini pun ada Buffet Durian juga. Harga RM10. Terpulang nak pilih makan kat mana. Saya pilih kat sini sebab suasana bukan main meriah lagi.


Ni lah hantu durian ni.
Malu2 pula nak ambil durian tu depan uncle.


Ni geng hantu durian juga ni.
Aleesya yang hampir terlelap dalam kereta boleh terus menyinar matanya tatkala mengenakan durian ni dalam mulut.


Aiyookkkk..
Makin ramai yang datang..


Durian pun not bad. Campur2 lah ada yang sedap, ada yang lemak, ada yang manis berkrim, ada yang pahit2 sikit. Tapi rezeki kami semalam, uncle tu bawa yang sedap2 je durian kat meja kami. Hihi..
Kalau bukan musim, durian yang macam dalam gambar kat atas tu 2-3 biji pun dah RM80. Ni dengan hanya RM8, boleh makan sampai muntahn dan puas. 


Fuhhh, yang kat atas ni, makan seulas pun dah rasa lemak melekat2 di tekak..
Memang terbaik! Makan punya makan punya makan, alih2 tengok jam dah nak dekat pukul 12 malam. Mujur sahur tadi semua boleh bangun jam 4:30 pagi. Yang pasti malam tadi kami tidur dengan lemak kolestrol 8-9 biji durian. Dush!!!!!

Kepada hantu-hantu durian, silalah ke Buffet Durian ni.
Memang puas hati, memang berbaloi2.
Selamat berkolestrol bersama durian2.

P/S: Aleesya dan Ayyunie hanya dikenakan bayaran RM4 sahaja...;-)






No comments:

Post a Comment