Tuesday, July 7, 2015

Buffet Ramadan 2015 di Johor...... di Restoran Chaiwalla Larkin


Iftar bersama dengan warga kerja Pusat Bahasa Pelangi dan CocoDamia pada hari sabtu (3/7) lepas.
Semoga Ramadan tahun ini memberi 1001 kebaikan dan tidak sia-sia kepada kita semua.

Pilihan lokasi kali ini adalah di Restoran Chaiwalla, Larkin. 
Baru lagi pindah ke sini restoran ni. Tapi pengurusan lama.
Tempat lama restoran ni adalah di Bandar Dato' Onn. 
Nama restoran lama dulu adalah  D' Jendela Cafe. 
Boleh rujuk link-link dibawah sempena iftar saya tahun lepas.



Tepat jam 6:30 petang, kami semua pun sampai dengan kereta masing2.
Terus menuju ke meja yang telah ditempah sehari awal oleh ayah damia.


Aneka air dan laicikang disediakan di sudut hujung sana.


Bahagian sini pula untuk aneka mee dan laksa.


Staffs yang tengah beratur untuk ambil makanan di bahagian western.


Wajib ler crowded di bahagian lauk dan nasi ni kan.


Ayyunie ambil sikit je hidangan makanan berbanding kakak-kaka dan abang-abang yang lain.


Alhamdulillah.
Dapat bersama dengan semua warga kerja Pusat Bahasa Pelangi dan CocoDamia.
Cuma ada 3-4 orang yang tak dapat hadir tu, insyallah tahun depan, kita iftar sama2 lagi jika diizinkan Allah.


Diaorg ni memang sporting.
Bab2 bergambar dan selfie memang dah sebati.


Masing2 dah tak sabar nak berbuka ni..;-)


See! Mereka dihujung sana selfie lagi.


Buah anggur special ni.
Bukan setakat tak ada biji, tapi manis dan rangup pula tu.
Aleesya tak berhenti2 makan anggur ni.


Ketam luar biasa namanya.
Sebab setiap menja mesti ada hidangan ketam ni.
Bulan penuh sekarang, so ketam pun bukan main banyak isi lagi.
Puas hati masing2 ratah.


Ayyunie dan kak Diana.


Opsss..enterframe sikit.
Ambil mood raya ni..;-)
The master planner of Pusat Bahasa Pelangi dan CocoDamia.


Di sini juga ada disediakan kemudahan tempat solat. Iaitu di sebelah kedai ni je.
Cuma better bawa kain solat sendiri sebab kat sini tak banyak disediakan.


Penyeri kami serta warga kerja Pusat Bahasa Pelangi dan CocoDamia.
Best ler kamu berdua, ada ramai kakak-kakak yang akan melayan kamu nak itu ini.


Dah lama Aleesya tak posing-posing ambil gambar ni.
Sejak2 besar ni, dia pun tengok mood juga nak bergambar.
Berbanding adik yang sentiasa ready nak bergambar.



Sebelum balik, meh kita photoshoot pre-raya pula.
Salam bersalaman dan maaf-bermaafan ya.


Pose cekak pinggang dan minta duit raya dari big boss tu!
Eh siapa big boss? Haha..


Last but not least, pesanan daripada saya..
Bekerjalah dengan seikhlas hati.
Kerana kerja juga merupakan satu ibadah.
Semoga setiap pekerjaan kita memberi manfaat dan pahala.


Ni gambar2 saya ambil dari group whatapps kami.
Ok mereka selfie lagi!


Selagi ada ruang atas meja, selagi tu kita letak makanan.
Tapi alhamdulillah. Semuanya habis dimakan.
Tak adalah membazir.
Agak2 senak perut, gi solat dulu. Then sambung makan lagi.


Alahai Ayyunie.
Pipi PAU sangat!
Hihi...tapi comelkan...;-)


Pipi PAU nampak sebelah je.

Banyak lagi gambar2 ni.
Tapi cukup lah pada yang ini sahaja ya.


Info berkenaan dengan buffet ramadan tersebut.
Alamat ada, no tel ada, harga pun ada.
Sebelum pergi kena tempah dulu ya!
Kalau walk-in takut tempat penuh pula.

Selamat berbuka!







:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment