Thursday, June 18, 2015

Salam 1 Ramadan || Rezeki Kurma Kurniaan Sultan Brunei lagi


Salam 1 Ramadan semua.
Alhamdulillah, tahun ini masih diberi peluang dan kesempatan untuk menyambut Ramadan lagi.

Sedar tak sedar tinggal lagi 2 jam untuk berbuka.
Masak apa tu semua?
Saya masak ikan 3 rasa dan ketam masak lemak cili padi sahaja.
Belum masak lagi, habis taip entry ni baru nak masuk dapur start ketuk-ketuk kuali. Hihi..

Syukur juga tahun ini, diberi kesempatan untuk merasa lagi Kurma Pemberian Sultan Brunei.
Rezeki untuk saya, tapi dikongsikan bersama yang lain.
Dapat 16 container semuanya. 4 dah selamat bagi kawan2 dari Malaysia di Airport Brunei.
Tinggal 12 container yang selamat dibawa balik ke Johor.

Ni pun lepas dah pos kepada keluarga di Kelantan, bagi pada staffs, jiran dan kenalan, adalah sikit untuk bekalan kami sekeluarga.


Tahun lepas container kurma warna biru, tahun ni warna merah menyala gitewww... Saya suka!

Terima kasih kepada keluarga angkat kami di Brunei iaitu Hajjah Norizan dan keluarga. Bukan setakat bagi kurma, macam2 makanan tradisi Brunei lagi dibaginya. Siap bawa kami shopping kain2 dari Dubai dan persediaan raya anak-anak. Tak ketinggalan juga membawa kami jalan-jalan ke rumahnya. Yang tu saya buat cerita dalam entry lain ya.


Kurma pun bolat2 dan besar2. Kalau tgk dari alur, macam Ajwa. Tapi kalau tengok pada warna, macam Mariami. Tak kisahlah kurma apa pun, janji sedap dan makanan sunnah kan. Ni kalau dah start makan sebiji, nak makan dan terus makan lagi.

Semoga Hajjah Norizan dan keluarga dipermudahkan lagi rezekinya.

Alhamdulillah. Syukur rezeki daripada Allah Ya Robb...semoga nikmat ini kami tidak kufur.













:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment