Thursday, June 25, 2015

Makeover bilik anak-anak perempuan umpama dalam majalah



Bukan saya yang cakap, tapi komen dalam FB saya. Hihi..

Alhamdulillah...
Akhirnya siap juga makeover bilik both Damias tengahari semalam.
Last sekali makeover bilik both Damias 6 tahun yang lalu.

Al-maklum lah, masing-masing dah tak nak tidur katil queen.
Semua nak tidur katil masing-masing.
Alaaa, nanti mesti ibu dan ayah rindu nak tengok kami berdua berpeluk-peluk gomol sana, gomol sini.

Tapi bagus juga katil masing2. Masing2 ada tanggungjawab kemas katil sendiri. Kalau tak kakak suruh adik kemas, adik suruh kakak kemas katil. Hihi..

Semalam ibu dan ayah sanggup masuk kerja lambat semata-mata nak suprisedkan kamu berdua tau anak-anak. Misi makeover bermula selepas kamu berdua ke sekolah, terus lori sampai hantar perabot. Tak banyak pun berubah bilik ni dari dulu, yang beza hanya tukar katil tiang 4 seri ditukar dengan 2 set divan  sahaja. Serta bedsheet dan comforter baru sahaja. Yang lain-lain masih sama. Cuma kedudukan sahaja berubah.

Lepas sahaja saya makeover, tak sabar rasanya nak tengok reaksi both Damias balik rumah malam nanti.



Dan inilah reaksi keterujaan mereka berdua malam tadi. Sungguh-sungguh membuatkan saya terharu.
Yang lebih hebat, momen yang tak sempat dirakamkan, mereka berdua cepat-cepat berlari ke arah kami dan memeluk sambil berkata
"terima kasih ibu, terima kasih ayah"..

Sob..sob...Nak menitis air mata ibu tau..

Berulang kami ibu dan ayah playback video kat atas tau..
Sama juga kawan2 ibu yang komen kat FB..
Macam tak puas je tengok kegembiraan mereka..


Bye...dah nak tidur ya..
Semoga mimpi yang indah2 ya anak2. Dan jangan lupa doakan ibu dan ayah ya.
Tunggu besar sikit lagi, kita makeover style remaja pula..

#rewardbalikdaribrunei
#rewardkeputusanexambagus
#rewardjadianakanakyangbaik
#pinkdangirlstakdapatdipisahkan
#terimakasihyaallah




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment