Tuesday, June 23, 2015

Brunei.3 || Shopping dan jalan-jalan

Terima kasih kepada keluarga Hajjah di Brunei yang tak jemu-jemu memberi layanan mesra kepada kami sekeluarga kalau ke Brunei. Walaupun baru 3 kali kami bertemu di Brunei, tapi rasa macam dah lama je kenal. 

Kalini pertama dulu Hajjah bawa kami jalan2 sekitat Bandar Seri Begawan dan melawat Muzium Istana Brunei, kali kedua pula Hajjah membawa saya dan staffs ke Masjid Jamek Sultan Bolkaniah dan makan ambuyat, kalini Hajjah membawa kami sekeluarga ke rumahnya pula dan sempat membawa kami shopping kain-kain dari Dubai, tudung satin Brunei dan juga keperluan raya untuk both Damias.

Bukan itu sahaja, siap bekalkan kami macam2 lagi makanan tradisi Brunei. Macam-macam ada. Insyallah kalau ada kesempatan, nanti saya masak bekalan yang diberi oleh Hajjah. Yang paling saya teruja nak buat ambuyat sendiri. Hihi..macam terror je. Tak cuba tak tahu kan susah ke senang.

Ok lah jom kita tgk gambar2 dibawah.



First dah sampai di Brunei, Hajjah dah datang melawat saya di hotel. Ayah Damia masa ni ikut delegasi ke ICC untu check stok. Sempat juga saya bawakan ole-ole dari Johor serunding ayam, daging dan ikan serta otak-otak untuk Hajjah sekeluarga.


Lepas Hajjah balik, saya dan anak2 pun memulakan misi untuk shopping snack, jajan, 3 in 1, buah dan lain2 di pasaraya bawah hotel. Lepas tu naik bilik letak barang, turun lagi, pergi shopping baju anak2 pula di kedai2 berdekatan. Kebetulan ada sales untuk Ramadan, tu yang terus grab. Ada tu baju budak2 3 helai hanya BND$10 sahaja. Fuhhh, mak mana tak suka kan. Baju berkualiti pula tu.


Then hari terakhir di Brunei. Lepas sahaja saya habis meeting bersama distributer pagi terakhir tu, Hajjah dan suaminya pun ambil kami sekeluarga untuk keluar bersarapan. Kita try sarapan di Kedai Mamak Brunei pula ya. Eh mujur ayah damia tak kekok pegang baby Habib kat atas tu.


Lebih kurang sama aje menu dengan kedai Mamak kita, cuma kuah kari tu kaw lagi di tempat kita. Orang2 Brunei kan mana boleh tahan pedas sangat. Sebab tu kari dia rasa light2 je.


Ayyunie ni suka betul dengan baby Habib. Siap suap dan dukung bagai. 


Lepas tu Hajjah membawa kami ke Gadong Mall pula. Gadong Mall ni antara Mall yang terbesar di Brunei. First sekali misi mencari kasut raya both Damias. Hamboi! Sampai 2 pasang sorang kasut raya ya. Lagipun harganya pun BND$9.90 aje. In case kalau convert RM pun still berbaloi2 harganya..


Yeayy...baby Habib pun dapat kasut baru juga. Ayyunie yang pilihkan untuk baby Habib.


Lepas tu shopping tudung Brunei pula untuk staff-staff kesayangan saya.


Hajjah kemudian bawa kami ke rumahnya.
Terpegun tgk kawasan2 rumah di Brunei ni.
Kebanyakannya rumah lot satu-satu.
Dan kawasan rumah juga tidak berpagar.
Kalau yang berpagar tu maksudnya bergaduh dengan jiran tetangga atau pun ada pelihara anjing.
Tu yang kuning tu stor rumah Hajjah.
Punyalah luas kawasan rumah, siap bina stor satu lot. Hihi..


Ayah Damia dan Haji.


Anak2 menantu2 semua duduk bersama Hajjah. Kalau yang dah ada rumah sendiri pun mesti kerap balik rumah Hajjah. Sebab tu kereta sampai 6-7 biji di parking lot.


Bergambar kenangan bersama Hajjah dan Haji.
Masa ni semua tak ada. Masing2 gi kerja. Ada seorang menantu dan anak lelaki Hajjah masa ni.
Dialah yang tolong kami snap gambar tu.


Lepas tu sempat lagi Hajjah bawa kami ke Times Square pula. Masa ni baby Habib kena tinggal sebab dah tidur. Yang bestnya kain2 kat sini banyak dari Dubai. Sempat juga saya memborong untuk mertua, mak dan saudara mara kain2 disini. Alaaa, masa suntuk pula nak pilih lama2. Ya lah flight saya tengahari tu juga. Yang bestnya semua kain2 yang saya beli ada kotak hadiah. Sesuai sangat untuk dijadikan sebagai hadiah.


Masa amat mencemburui.
Kejap je kami dah kena ke airport.
Ayyunie pun baru je nak rapat dengan nenek Brunei kan.
Tak pe, insyallah ada masa kita ke Brunei lagi.


Terima kasih Hajjah dan Haji untuk layanan mesra kepada kami sekeluarga.
Semoga Hajjah dan keluarga dimurahkan lagi rezekinya.



Sampai di airport, keluarga BFF Ayyunie pula datang say good bye untuk kami. Sementara tunggu boarding time, sempatlah kami minum2. Saya dan anak2 je yang makan. ;-)


Kat Brunei ni, makanannya memang kurang pedas. Saya order nasi goreng kampung pedas, pedas, pedas, tapi Ayyunie pula boleh makan sampai separuh pinggan. Hihi...nampak sangat tak pedas. Sambal hitam kat atas tu tak pedas langsung. Tu pencicah untuk keropok udang tu sebenanrnya. Next time ke Brunei, kena bawa bekal sambal belacan siap2. Hihi..

Insyallah Warga Brunei, kita ketemu lagi tahun depan ya jika ada rezeki dan diizinkan Allah.
















No comments:

Post a Comment