Monday, May 18, 2015

Resepi Sup Kaki Lembu kaw


Assalamualaikum.. Salam pagi Isnin...3 hari tak jengok-jengok blog kesayangan saya ni. Makanya 3 hari juga blog tanpa entry. Hujung minggu yang sibuk. Sampaikan nak pegang handphone pun tak sempat. Apatah lagi nak tulis entry kan.

Ok lah harini saya nak berkongsi resepi Sup Kaki Lembu kaw. Sebelum ni saya pernah kongsi cara memasak Sup Kaki Lembu ni, tapi sengaja kali ini saya ubah dan modified sikit resepi yang biasa saya buat tu. Saya letak rempah kurma sikit. Hihi..

Resepi dibawah adalah untuk hidangan sepuntung kaki lembu ya. Kalau kat KipMart tu sepuntung kaki dipotong empat bahagian besar-besar. So memang kena rebus lama sikit lah.

Bahan A.
4 potongan kaki lembu- dibasuh bersih
5 ulas bawang putih- diketuk
3 inci halia- diketuk
Garam dan bahan perasa- secukup rasa

Bahan B.
5 ulas bawang putih-dikisar
2 biji bawang merah besar-dikisar
3 inci halia-dikisar
1 sudu lada hitam-dikisar
3 sudu serbuk sup - dikisar bersama
2 sudu serbuk kurma- dikisar bersama
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, dan jintan

Bahan C
Daup sup
Daun bawang
Bawang goreng
Cili padi dipotong halus
Limau nipis
Lada putih

Cara membuatnya.
1. Rebuskan kaki lembu dalam periuk besar bersama halia dan bawang putih yang diketuk. Masukkan sekali garam dan bahan perasa. Rebus sehingga kaki lembu hampir empuk. Estimate saya setengah jam.

2. Dalam kuali lain, tumiskan semua bahan B sehingga naik bau dan pecah minyak.

3. Masukkan semua bahan tumis tadi dalam periuk yang sedang mengelegak.

4. Rebus sehingga empuk.

5. Masukkan sup kaki lembu ke dalam mangkuk, kemudian taburkan bahan- bahan C mengikut kuantiti citarasa masinh-masing. Walla.. Memang sedap dihirup dan makan panas-panas.


Kebetulan mak saya dari Kelantan sampai hari sabtu malam. Maka menu sup kaki lembu ni memang dibuat khas untuk menyambut kedatangan mak. Cucu-cucu (both Damias) dan saya serta ayah damia sanggup tak makan nasi seharian tau semata2 nak tunggu mak sampai baru makan. Kami makan Soto je lunch haritu kat KipMart.

Perfect combination rite?
Sup Kaki Lembu yang banyak lemak dari daging (memang sengaja pilih yang banyak lemak), daging goreng, ulam burung tenggek dan terung pipit serta budu ada ikan bakar, memang membuatkan kami sekeluarga 3 kali bertambah nasi. Fuhhh.. Dah lah late dinner pula tu. Sabor je lah kan.

Dah habis makan nasi, makan buah mangga pula. Macam2 jenis buah mangga mak bawa dari Kelantan. Yang paking win buah pauh mas hitam. Perghhh.. Mana nak cari kat Johor ni. Memang manis ting ting..

Dah tu jam 12 malam pula, ayah damia suruh saya goreng keropok lekor pula. Adoii, kemaruk nak makan Kelantan Dishes semua ni. 

Apa2 pun alhamdulillah, dapat makan bersama2 mak dengan happynya kami semua. Both Damias sukalah ada org melayan mereka kat rumah. Walaupun mak dah tak larat mana, tapi kehendak cucu semua dituruti. Itulah nikmat jadi nenek kan.

Selamat mencuba resepi diatas.

No comments:

Post a Comment