Thursday, May 14, 2015

Lawatan dari Chairman of MATRADE & MATRADE Wilayah Selatan ke CocoDamia



Alhamdulillah..
Selesai lawatan kerja MATRADE ke Premis CocoDamia pada hari selasa lepas iaitu 12 Mei 2015. Kepada yang masih tidak tahu, MATRADE ni adalah untuk membangun dan mengalakkan eskport Malaysia ke dunia. Kiranya ia bertindak sebagai agensi utama pusat aktiviti bagi pengeksport Malaysia. Kalau tak silap, MATRADE Malaysia berada di 44 buah negara di dunia ini untuk memantau hasil import eksport yang melibatkan Malaysia.


Terima kasih banyak-banyak kepada:

1. Chariman of MATRADE dan selaku juga Adun Parlimen Parit Sulong - Dato' Noraini Ahmad

2. Pengarah SME BANK Kuala Lumpur - En Asbullah 

3. Pengarah MATRADE Wilayah Selatan (baru seminggu ditugaskan balik ke Johor selepas bertahun2 berkhidmat di Johndeburgh dan ini first site visit beliau) - En Raphy dan penolongnya En Iswazar.

4. En Junaidi dari TEKUN Johor (kenal masa pergi ke BATAM untuk program usahawan bulan Dec- 2014)

5. Pegawai-pegawai (bahagian premis dan kilang) dari SME Corp - On the spot Pengarah call terus datang :-)


Terima kasih atas lawatan hormat ini dari pihak CocoDamia. 


SYUKUR. 
Semoga dengan lawatan ini dapat mengembangkan lagi CocoDamia ke peringkat lebih jauh di Persada Dunia dan juga dapat menambahkan pendapatan serta ekonomi negara.


Mengenalpasti cara-cara pembungkusan produk2 CocoDamia.


Apalah yang saya cakap tu sampai muncung2 mulut. Candid memang macam ni kan..;-)


Kalau saya sampai muncung-muncung, ayah damia pula sampai nganga-nganga mulutnya...;-)


Insyallah lepas ni lebih banyak lagi CocoDamia akan dieksport ya.


Mengenalpasti kekurangan dan kekangan untuk per order 1 kontena.


Tempat pemprosesan.
Kata mereka, siapa sangka tempat proses kecil sahaja, tapi produk worldclass dan dah siap eksport ke beberapa Negara2 Asean.


En Asbullah panggil coklat ketuk-ketuk. Hah! Baru tahu kan CocoDamia dibuat dengan penuh teliti dan perincian. Dan yang penting masih manual.


Teruja masing2 tengok Coklat CocoDamia dihasilkan.
Nama je senang buat coklat. Tapi banyak remeh dan temehnya. Yang penting berkualiti.


En Junaidi sedang membaca kisah2 inspirasi CocoDamia.
Bukan senang nak senang. Kalau senang pun semua dengan kuasa dan Izin Allah.


Selalu nampak Dato' rasmi upacara atau apa2 events antarabangsa. Kalini dapat berborak dan bertentang mata gitu.


Sedikit cenderamat untuk Dato'.


Walaupun Dato' dah berusia 48 tahun, tapi betul2 energetic dan sangat peramah orangnya. Yang lagi penting tak sombong langsung.


Hampir 2 jam kami berborak dan mendapat khidmat nasihat,


Sedikit kenangan untuk TEKUN


Sedikit kenangan untuk MATRADE Wilayah Selatan.


Sedikit kenangan untuk SME Bank.


Terima kasih En Iswazar yang memilih CocoDamia untuk lawatan kerja MATRADE di Johor ini.


Sedikit kenangan untuk SME CORP.


Yang pasti lawatan kerja ini memang memberi 1001 kenangan dan peluang kepada CocoDamia.
Terima kasih Ya Allah.
Sesungguhnya proses menuju kejayaan adalah satu pengembaraan yang mengembirakan diri dan team CocoDamia.

PELUANG>>>>>>>REBUT RUANG>>>>>>CIPTA WANG>>>>>>>KONGSI RUANG

p/s: Boleh tengok gambar2 lagi di Instagram Dato' Noraini Ahmad.


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment