Sunday, May 3, 2015

Produk-produk yang saya tak pernah jumpa di Hock Choon Supermarket

2 hari berturut-turut saya dan anak-anak pergi shopping barang dapur di Hock Choon Supermarket ni. Dekat je pun, depan hotel The Nomad Sucasa ni je. Naik jejantas je terus sampai. 

Macam-macam produk makanan dari oversea ada. Teruja pula saya. Pelik-pelik produknya. Peliklah kot bagi saya sebab tak pernah jumpa. Kalau kat rak cheese tu, macam2 cheese ada. Tak terbaca satu2 tu dari mana. Kalau nak cari mayonis pula, berpinar mata tengok dari hujung sana sampai hujung sini nak beli yang mana. Last2 beli yang biasa beli juga kan. Bukan apa, ada yang tak ada tanda halal, ada pula yang halalnya dari negara tersebut. Tu yang kena hati2 tu. Kalau yang dah biasa pergi/duduk oversea dah tak hairan kot. Kata kawan saya yang pernah duduk oversea, kalau tak ada tanda halal, cari tanda V. Iaitu Vegetarian.

Ramai mat salleh dan orang timur tengah i.e orang arab atau iran yang membeli disini. Ya lah kawasan kedutaan sepanjang jalan Ampang ni kan. Memang penuh dengan foreigner je lah. Feeling-feeling shopping di oversea pula. Hihi.. Nana aka ibu damia cakap, Siti Nurhaliza pun shopping kat sini..;-)

Jom tengok antara produk2 yang sempat saya snap...
Snap pun curi2 takut orang pandang saya semacam je. Kang diaorg cakap saya ni jakun pula...kiki


Wahhh, nampak dalam gambar mengiurkan.
Tapi harganya memang boleh tahan untuk dessert ni.


Susu pisang dari korea tu saya biasa nampak ada blogger up gambar.


Selalu nampak spagetti kering tu je. Ni spagetti dalam tin, Banyak pula tu pilihan.


Macam2 biskut ada. Unik-unik semuanya.


Aneka coklat. Macam-macam rasa, macam-macam bentuk dan macam-macam packaging.


Spanish Rice? 


Just campur air sahaja dah boleh jadi pizza crust, chocolate chips dan macam2 lagi. Memang senang.


Aleesya tengah memilih mayonis yang biasa kami beli.
Tengoklah tu, punyalah banyak pilihan mayonis dari biasa.
Macam2 ada. Yang tak biasa dengar dan tengok pun banyak juga.

At least kami anak-beranak dapat pengalaman baru disini. Gambar2 kat atas tu sikit antaranya. Kalau nak kirakan, memang banyak sangatlah produk2 yang saya tak pernah jumpa kat sini.

p/s:Sambil-sambil boleh kenal, perhati, study dan tengok packaging produk2 luar. Mana tahu dapat idea keluarkan produk baru kan..aaamiin..








No comments:

Post a Comment