Saturday, May 2, 2015

Masak. Shopping. Masak. Shopping. Masak.

Cerita ceriti hari kedua kami di KL.


Pagi-pagi lagi lepas subuh saya dah masak nasi lemak.
Nak kejar masa ayah damia masuk seminar jam 8 pagi.
Ayyunie siap puji saya cakap "ibu ni kat mana-mana pun memang masak sedaplah"
Alhamdulillah. Walaupun simple tapi perfect taste org kata..Hihi..
Sebab tu lah Ayyunie bam-bam. Sebab bertambah2 makan makanan yang ibu masak ya.

Dah siap makan, saya teman anak2 buat homework dan ulangkaji pelajaran.
Dalam jam 11:00 pagi, saya pun keluar bawa anak-anak jalan kawasan sekitar.


Mula-mula kami ke Amp Walk sebelah hotel ni je.
Ingat banyak tempat shopping.
Rupanya banyak restoran dan cafe2 je.

Hihi, jumpa cermin bawah eskulator terus wefie ya.


Jumpa cermin wefie lagi..


Wefie 3 beranak.


Lepas tu kami ke kedai fresh fruit and vegetable kat seberang jalan.
Memang betul2 fresh. Tapi harga agak mahal.
May be kawasan sini penuh dengan foreigner.
Mana taknya, Jalan Ampang ni berderet embassy yang ada.


Macam-macam buah dan sayur segar ada.


Kemudian kami ke Pasaraya sebelah pula untuk shopping sedikit barang2 dapur.
Wahhhh, teruja ok saya masuk pasaraya ni.
Banyak produk2 oversea seperti frozen, instant, air, keju, mayonis dan lain-lain lagilah.
Ada yang tanda halal, ada yang tidak.
So kenalah kita bijak berbelanja kan.


Untuk lunch saya masak menu simple je.
Penat berjalan kan..hihi..
Iranian Bread dan Hawaian Chicken Pizza.


Iranian bread tu makan bersama kari ayam.


Lepas Zohor kami naik shuttle hotel untuk jalan2 ke KLCC.
Tapi sampai tengah jalan, uncle yang bawa shuttle cakap kat area situ mungkin ada demostrasi.
Pulakkk,,,,so saya cancel pergi KLCC dan suruh uncle hantar kami ke Ampang Park.


Ampang Park pun not bad.
Banyak baju2 kurung dan pakaian muslimah.
Nak pergi Bangi dan Shah Alam kena tunggu ayah damia free.

Banyak baju dari pengunjung kat sini.
Senang sikit saya nak shopping raya kan.
Kedai yang mula2 saya singgah dah start membeli.
Nak boleh habiskan sepanjang kedai yang ada, kempis duit...hihi..
Lagipun beli awal2 memang berbaloi. Harga masih reasonable.

Lepas tu kami 3 beranak melepaskan penat di M'Donald kejap.
Lalu meneruskan perjalanan.


Kami berjalan menuju ke tempat ayah damia ada seminar.
Dah janji nak balik sama-sama petang nanti.


Ayyunie cakap "kat KL ni penat lah, asyik asyik naik turun naik turun jejantas"...hihi
Ya lah dik, kat KL ni jalannya besar2, kereta laju2..takut nak lintas.
Naik jejantas selamat walaupun penat.



Sambil2 tunggu ayah damia keluar dari seminar, kami jalan2 lagi di area berdekatan.
Sambil2 tunjuk kat Aleesya dan Ayyunie ni bangunan apa, tu bangunan apa.
Bila saya cakap kat Ayyunie "tu lah KLCC"
Dia jawab " tu petronas twin tower lah ibu, dalam buku adik kan ada"..haha

Jam 6 petang, ayah damia pun keluar.
Maka kami pun sama2 balik.
Happy anak2 bercerita aktiviti mereka kepada ayah mereka.


Malamnya untuk dinner sebelum ayah damia sambung seminar, saya masakkan sayur goreng campur je dan masak nasi putih.
Sebab kari ayam masih ada lagi.
Perghhh lauk cam tu pun habis licin ok nasi.
Siap bertambah2.
Ayyunie kata "janji ibu masak, mesti habis"..hihi


Bagi peluang "chef ibu" enterframe sikit..
Hihi..

Ok, nak bawa anak2 mandi pool pagi ni. Semalam tak sempat.
Harini berkira2 nak pergi mana pula. Itu pun kalau rajin.
Bukan apa, Dah rasa lenguh2 kaki dan pinggang pula.
Lagi best golek2 atas katil sambil menikmati tgk TV je ni..Hihi..














No comments:

Post a Comment