Monday, May 25, 2015

Percutian Damai di Aseania Resort, Pulau Besar II Check out

Laaaa, tak habis-habis lagi cerita pasal cuti-cuti kami di Pulau Besar tu ya.
Dah nak dekat 2 bulan delay ceritanya. Harap tak basi lah kan. Hiksss..
Apa nak buat, kena dahulukan mana kerja yang boleh dahulukan.
Kalau ada masa terluang bolehlah insert2 gambar dari DSLR ke dalam laptop ni.
So baru lah boleh jadi entry baru kan.


Ok, sambung dari entry yang kami jumpa penyu tu ya.
Btw 2-3 hari lepas saya ada tengok rakan kat FB bercuti di tempat yang sama ni, saya tanya akak tu jumpa penyu tak? Akak tu jawab jumpa. So sah lah memang ada penyu kat Pulau Besar ni.

Lepas kami naik dari jeti, kami jalan-jalan ke resort sebelah pula.
Ni Mirage Resort namanya. Simple dan kecil je resortnya. Sesuai untuk backpacker atau org camping.


Penat berjalan, berhenti kejap di tengah jalan.
Gigih si ayah nak memakaikan bunga kat kepala anak.


Ni lah hasil si ayah mendandan anak dengan bunga raya yang dipetik di tepi jalan..
Not bad.. hihi..


Air pasang waktu pagi.


Kalau dahaga, jangan bimbang. Kat cafe boleh refill air sejuk dalam bekas kita.


Lepas kami berjalan ke resort sebelah lagi.
Jumpa jaring ni.
Sekali baru ayahnya masuk dalam jaring tu, bedebuk bunyi...kikiki..


Ni nama resort lagi satu tu.

Dah berpeluh-peluh jalan, maka kami pun decided nak balik bilik rehat2 dulu.
Oh ya kami check-out lambat.
Jam 3:30 petang baru bot sampai.
So banyak lagi masa nak buat aktiviti kan.
Sambil tu jadi model tak berbayar kejap....opss..

Model tak berbayar lagi...;-)


Panas-panas-panas..
So cepat2 balik bilik cari air-cond.
Tapi sudahnya anak2 nak mandi pool pula.
Mujur ayah mithali rajin melayan anak2 di pool.
Dan saya mulakan sesi mengemas utk check-out petang nanti.


Then, lepas anak2 mandi manda, kami semua pun sempat tidur sekejap.
Lepas tu lepak2 kat beranda chalet sambil berbual2 dengan anak2.


Jam 3 petang, kami pun check-out.
Sementara nak tunggu bot sampai, kami tunggu sambil menonton televisyen di ruangan santai ni.
Ada juga kelihatan yang bermain mahjung ni.
Anak2 ralit dapat tgk TV.


Yeahhh, bot dah sampai!
Otw nak ke jeti, kami membaling sisa2 roti yang ada untuk disedekahkan kepada ikan2 disini.
Berebut ikan2 tu membawa lari roti.


Pergi pun jumpa kapal karam, balik pun jumpa kapal karam.
Masa kami pergi tu musim kemarau.
So air cetek. Sudahnya enjin lekat dalam tanah.
Tunggu punya tunggu, sampai karam botnya.
Begitulah cerita yang saya dengar.


Ayah Damia bergambar kenangan bersama En Jasbeer Sigh, Pengurus Aseania Resort.
Tak sangka dapat jumpa live dan naik feri sama nak ke Mersing.
Saya tahu pasal Pengurus ni pun dari artikel ni.
Banyak juga ilmu yang ayah damia sempat berborak atas bot dengan Pengurus ni.

Selesai sudah cerita cuti-cuti kami di Aseania Resort.
Walaupun sudah 2 bulan berlalu, namun kenangannya masih segar dalam ingatan.
Insyallah ada rezeki kami datang lagi. Tak pun ke Pulau Rawa yang cantik lagi.
Semua dengan Izin Allah.

p/s: Memandangkan kami sampai pun dah jam 4 lebih, makan2 di medan terminal, sempat kami survey untuk tempat Kem Jati Diri 2015 Pusat Bahasa Pelangi di Teluk Resang. Dan seterusnya kami  pun check-in di hotel lain pula. Hotel apakah? Next entry ok..














:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment