Saturday, January 31, 2015

Saya masih di Brunei

Hari ke 5 saya disini.
Sempena 15th Brunei Consumer Fair


Pagi selasa 27/1 bergerak dari JB ke KL. Kul 3:30 pagi sampai KLIA. Perghh 2 jam setengah je ayah damia bawa kereta. Alhamdulillah, selamat sampai. Lagipun highway lenggang.


Sekali lagi, meninggalkan anak-anak dan suami untuk business trip. Kalau bulan lepas ke Batam tinggalkan mereka selama 3 hari sahaja. Tapi kalini lebih lama. 

Ni tengah menanggung rindu yang amatlah kepada both Damias. Macam2 cara ayah damia buat supaya mereka tak terlalu merindui saya. Bawa gi shopping lah, gi taman lah, pasar malam lah, jalan-jalan lah. Siap ayah damia cakap Ayyunie sebak kalau sebut pasal saya. So sad :-(

Tapi no worries, saya disini ditemani staffs yang berdedikasi. What to do. Staff saya semua perempuan, so saya lah kena pergi. Nak pergi dengan ayah damia, awal2 tahun ni banyak urusan2 office. Anak2 pun baru start sekolah kan. Takkan nak pontengkan mereka bawa ke Brunei.


Ok lah nanti saya sambung cerita ceriti lagi di Brunei. Kat sini saya amat super duper busy. Serious sibuk giler ke sana ke mari dan jualan di booth. Tu yang sampai 4 hari tak ada entry kat blog comal saya ni.

Doakan kejayaan saya, team CocoDamia dan CocoDamia di Brunei ni ya. Terima kasih kepada semua.



Tuesday, January 27, 2015

Dapat duit geli-geli

Dengan satu panggilan telefon, boleh dapat duit geli-geli.

Dengan sekeping gambar, boleh dapat duit geli-geli.

Dengan setiap bait-bait tulisan, boleh dapat duit geli-geli.

Walaupun dapat duit geli-geli, tapi kalau tak BERUSAHA dan tidak meletakkan ALLAH NO 1, mustahil juga duit geli-geli nak DIJEMPUT masuk dalam list rezeki kita.

Dan mungkin duit geli-geli yang kita dapat tu hasil dari doa orang yang kita tak tahu kepada kita, hasil sedekah kita sebelum-sebelumnya, hasil kita berkorban untuk suami/isteri kita, hasil kita tidak berkira dengan ibu bapa kita dan so on.

Semuanya dari Allah Yang Maha Esa.

Terima kasih Ya Allah.


Dalam business pun boleh dapat duit geli-geli.
Dengan 1 panggilan telefon sahaja, semua deal dan duit geli-geli pun masuk walaupun sebelum ni kita tak pernah promote atau buat business tu.

Tengok gambar diatas, fokus pada TEMPAT.
Nampak kan. Ada organisasi MLM sewa bilik Pusat Bahasa Pelangi untuk bagi kelas/coaching.
Tiap-tiap minggu pula tu.
Semua datang dengan tiba-tiba.
Itulah yang dipanggil duit geli-geli.
Walhal sebelum ni person incharge tu dah call macam2 pusat tuisyen dan training centre. 
Tapi Allah dah tetapkan rezeki mereka untuk kami.


Urusan pendaftaran mereka. MasyaAllah. Punyalah ramai orang..


Kelas coaching yang sedang berlangsung.

Sedar tak sedar, secara tak langsung, ia juga dapat mempromosikan Pusat Tuisyen kami kan.

Yang nak sewa tempat untuk buat kelas training/coaching/meeting area Skudai, boleh deal dengan kami ya.
(Dengan syarat jangan clash dengan jadual tuisyen kami sudah)

Kami bantu anda sediakan ruang dan tempat.
Fasiliti Insyallah lengkap.
Call/sms 010-6018383


Dapat duit geli-geli lagi.
Semalam umumkan pemenang.
Alhamdulillah.
Lepas ni nak guna nama ayah damia je.
Nama saya low profile pula..;-)


Alhamdulillah.
Terima kasih Ya Allah.
Terima kasih Baba's.
Tahniah juga kepada semua para pemenang yang lain.

Rezeki kami melalui sekeping gambar dan disalurkan melalui BABAS oleh Allah.

p/s: Jangan tanya saya dan mengayat saya pasal MLM pula ya..hihi..

p/s: Flight saya pagi ni 6:05 pagi di KLIA





Monday, January 26, 2015

Instant shawl bertali


Wah wah..
Sekarang semuanya nak instant kan..
Dulu famous dengan tudung instant..
Sekarang wujud pula shawl instant..
Semua nak mudah dan cepatkan..

Tapi kalini lain sikit instantnya..
Siap bertali uolsss..
Nak ikat bawah dagu boleh, nak ikat kat belakang boleh, nak ikat kat tepi pun boleh..
Jangan ikat kat hidung sudah.. Hihi..


Khamis lepas parcel saya sampai by pos laju..tak sabar nak cuba.. Sekali cuba.. Wahhhhhh... Ngam pula dengan muka saya..labuh depan belakang pulak tu...alhamdulillah..


Kepada yang berminat nak cuba instant shawl bertali ni, bolehlah ke FB: Anjung Wafiyyah. Pelbagai warna ada. Naik rambang mata nak memilihnya. 

Tapi semalam nampak Anjung Wafiyyah updated status semua dah sold out. Alhamdulillah, tumpang happy dengan rezeki mereka.

P/s: Bila nak kemas luggage ni. Waktu ni masih ke hulu hilir cari barang. 

Saturday, January 24, 2015

Ada apa di Kedai Az-Zain Bandar Puteri?


Rutin jumaat.
Seperti biasa, jumaat adalah hari terakhir pengeposan produk-produk CocoDamia setiap minggu. 
Next Courier pula adalah pada hari Isnin.

Kepada yang nak selit-selit order atau yang betul-betul berminat nak jadi pengedar/ejen Coklat IQ dan Cereal Cup CocoDamia, don't hesitate to contact or sms 010-6468383
No worries, START SMALL, DREAM BIG!

Isnin ni akan dipos kepada 3 lagi pengedar-pengedar yang telah sah dan juga beberapa orang customer biasa yang membeli Coklat IQ. Yang nak walk in ambil sendiri kat office Taman Universiti, Skudai pun boleh. Dah ada yang buat appointment pun.nak ambil Isnin ni.

Pengedar-pengedar dan ejen-ejen diperlukan untuk bersama-sama meluaskan produk CocoDamia agar kemudah-capaian produk oleh pelanggan dan sama2 berjemaah mencari rezeki. 

Gambar diatas adalah untuk dipos kepada kedai Az-Zain Bandar Puteri dan juga pengedar di Kajang. 
Jadi sekarang penduduk kawasan sekitar boleh lah ke Az-Zain Bandar Puteri utk membeli produk2 CocoDamia terutama Coklat IQ dan Cereal Cup CocoDamia.

Boleh juga dapatkan produk2 CocoDamia melalui stokis/pengedar/ejen/kedai muslim yang terpilih. 

Contact kami 010-6468383 untuk lebih lanjut stokis/pengedar di kawasan anda.

Terima kasih semua.


Thursday, January 22, 2015

Resepi Nasi Lemak Sambal Sri Siantan


Bagi saya sedapnya nasi lemak itu terletak pada sambalnya. Kalau kaw sambal ikan bilis tu, maka secukup rasalah rasa nasi lemak tu. Tapi kalau sambal pun so-so je, maka so-so lah rasa nasi lemak itu.

Gambar diatas adalah gambar Nasi Lemak Sambal Sri Siantan yang saya masak pagi semalam untuk breakfast keluarga. Kebetulan pagi semalam saya cuti ke kilang CocoDamia, so sempatlah masak breakfast yang heavy sikit. Saja ubah selera buat nasi lemak warna hijau. Nampak ceria anak-anak nak makan kan. 
Lepas tu goreng telur dadar dan ikan selar celup tepung sebagai lauk. Keluarga saya ni tak reti sangat makan nasi tanpa berlauk. Sikit pun mesti nak ada lauk juga. Kadang2 tu masak nasi lemak berlaukkan nugget ayam pun jadi. Hihi.

Oh ya, timun tak adalah pula. Nak keluar beli malas. So makan aje lah apa yang ada walaupun sebenarnya kalau ada timun bersama nasi lemak ni lagi umppphhh!


Kenapa nama "Sambal Sri Siantan"?
Sebab sambal ni saya letak santan. Hihi..
Memang lemak-lemak gitu kalau sambal ada santan. 

Ok lah jom kita tengok Nasi lemak sambal Sri Siantan ni.

Resepi Nasi Lemak.

1. Basuhkan 3 cawan beras. Kemudian masukkan santan 1 cawan dan air 1 cawan. 
(tengok jenis periuk masak nasi dan jenis beras juga ni, ada tu kena letak lebih sikit air)

2. Masukkan hirisan bawang merah (4 ulas), hirisan halia (1 inci), satu sudu kecil halba dan secubit garam.

3. Masukkan 2 titis pewarna hijau. Kalau nak guna air daun pandan pun lagi ok. Tapi sebab saya dah guna halba, bau semerbak dalam rumah wangi.

4. Masak sampai nasi kering dan berbau wangi.

Resepi Sambal Sri Siantan

1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia yang ditumbuk sehingga naik bau.

2. Kemudian masukkan 6 sudu besar cili boh (saya beli yang paket siap).

3. Selalu kacau-kacau cili tersebut untuk elakkan hangit. Dan goreng sampai cili betul-betul garing.

4. Masukkan segenggam ikan bilis kecil, kacau-kacau lagi. Kemudian masukkan 3 sudu besar pati santan. Goreng dalam 4-5 minit.

5. Akhir sekali masukkan sekeping asam jawa, garam, gula melaka dan ajinomoto secukup rasa.

Walla! Memang sedap!

Selamat mencuba.



Wednesday, January 21, 2015

Resepi Spagetti Carbonara Qu Puteh katanya


Lately, masak semua nak yang simple2 dan ringkas je. Tapi hasilnya tetap nak 5 bintang kan. Ni gara2 semua kejar masa. Yang anak-anak pula kejar masa kelas tu kelas ni. Tapi apa pun ibadah yang wajib mahupun yang sunat, harap tidak ketinggalan.

Ok jom saya kongsikan resepi Spagetti Carbonara semudah 123 ni.

1. Rebus spaggeti dalam air yang mendidih lebih kurang 10 minit. Sebelum tu titiskan beberapa titik minyak dan masukkan secubit garam agar spaggeti tidak melekat satu sama lain.

2. Dalam kuali, tumiskan bawang putih dan bawang merah. Bila naik bau, masukkan potongan sosej, potongan crab meat, potongan bebola daging dan potongan cendawan dalam tin.

3. Bila dah agak garing, masukkan 1 tin sos carbonara prego ke dalam bahan-bahan yang digoreng tadi. Masukkan setengah tin air. Tunggu mengelegak. Kalau suka boleh masukkan 3 sudu susu penuh krim untuk pekatkan sikit kuah. Akhir sekali boleh masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa.

Hidang makan panas-panas. Boleh dibuat menu breakfast mahupun dinner juga. Yummy!

Alhamdulillah. Anak-anak suka!

Ada cerita best juga masa anak-anak makan spagetti carbonara ni.


Haha, lawaklah Ayyunie. Memang fenomena Qu Puteh sungguh!

Tu tak tengok Ayyunie buat parody Qu Puteh lagi. Siap jari kat pipi sana pipi sini.

Apa2 pun selamat mencuba Spagetti Carbonara Qu Puteh ni!

Tuesday, January 20, 2015

Resepi ringkas dan sihat || Grilled Chicken Wings


Sebenarnya tak tahu lah nak letak nama menu ni apa. Sebab janji asal boleh makan, kenyang dan sihat.

Namun disebabkan bahan utamanya adalah chicken wings, maka terciptalah "resepi grilled chicken wings". Nak juga nama resepi orang putih ya.

By the way, resepi ni memang menjadi menu kegemaran saya kalau masa suntuk untuk memasak. Terutama saya hanya ada 40 minit sahaja untuk memasak makan malam anak2 lepas anak2 balik dari sekolah dan terus pergi mengaji.

Ngam! Menu simple untuk anak-anak. 20 minit masak (sambil tu boleh mandi dan solat), 15 minit makan dan 5 minit get ready untuk pergi kelas mengaji. Tapi tapi tapi.... Balik mengaji makan menu yang sama lagi. Hihi...

Ok jom kita tgk cara-cara untuk membuatnya. Senang bangat ni!

1. Kepak ayam diperap bersama dengan serbuk kunyit, serbuk kari, sos tiram, garam dan ajinomoto. Perap sekurang2nya 1 jam. Lagi lama lagi bagus. Saya suka perap 1/2 kilo terus dan simpan dalam bekas. Time nak masak, hanya defrost sahaja. Jimat masa kan.

2. Basuh ubi kentang bersih-bersih. Rebus separuh masak bersama2 dengan kulitnya. Lepas dah separuh masak, kupaskan kulitnya dan potong dadu besar2.

3. Lepas tu, panggang kepak ayam dalam magic pan. Terbalik-terbalikkan kepak ayam agar sama rata masak dalam 15 minit. Selepas itu masukkan ubi kentang tadi dan aneka sayur-sayuran jenis buah yang suka. Saya suka brokoli! Kadang2 letak tomato ceri juga! Panggan dalam 5 minit sahaja sayur2 tu.

4. Selepas itu siap! Boleh makan begitu sahaja dengan sos kegemaran atau dimakan bersama dengan nasi pasas-panas! Walla!


Sos buatan saya sendiri. Hingga menjilat jari bak kata Aleesya dan Ayyunie. Hihi..

Selamat mencuba!

Monday, January 19, 2015

Tip menyambut anak-anak pulang dari sekolah



Setelah separuh hari anak-anak menuntut ilmu di sekolah, mestilah anak-anak akan penat dan kadang-kadang mungkin kelaparan juga. Kalau yang remaja mungkin anak-anak juga tidak lari dari tekanan di sekolah. Tu belum masuk lagi bab lepas balik sekolah, kena cepat-cepat mandi, solat dan makan untuk mereka sambung tuisyen, mengaji atau extra learning yang lain seperti kelas muzik atau kumon (anak-anak saya termasuk dalam kategori ni).

Jadi seharuanya kita mempunyai cara tersendiri atau tip menyambut anak-anak pulang dari sekolah agar mereka rasa tenang seketika dan dapat merehatkan minda sementara. Janganlah anak-anak masuk sahaja kereta terus kita marahi mereka, memaksa-maksa mereka bercerita atau tidak endahkan mereka. Kerana masa ni lah mereka perlukan kita untuk bercerita apa sahaja yang berlaku di sekolah separuh hari. 

Walaupun mereka masih kecil, namun mereka juga ada hati dan perasaan. Selalulah gembirakan mereka masa balik sekolah seperti belikan mereka ais-krim, ceritakan apa menu yang telah ibu masak harini untuk anak-anak (sayalah tu) ataupun mungkin juga boleh ceritakan perancangan percutian akan datang.

Lepas dah settled belajar, makan, mandi, solat dan homework semua, hah time ni nak marah atau nak tegas pun boleh. Marah boleh tapi tengok keadaan dan masa kan.

P/s: Jangan biarkan anak-anak tidur dalam keadaan mereka merajuk dengan kita ibu bapa atau menangis kerana kita ibu bapa. Kerana tidur sepatutnya waktu yang betul-betul merehatkan minda dan emosi mereka agar pabila bangun pagi nanti, mereka agar lebih bersemangat dan ceria!

Friday, January 16, 2015

Passport Antarabangsa Malaysia 2 tahun dimansuhkan, dan....


..... Sebanyak RM100 diskaun bagi passport untuk 5 tahun.

Wow! Saya suka! Saya suka!

Pernah juga saya dan ayah damia bercakap-cakap kenapalah ada passport untuk 2 tahun ni. Nanti lepas 1 tahun setengah kena renew balik passport. Yang 6 bulan lagi tu kena valid 6 bulan dalam tempoh sah tarikh perjalanan. Selalunya untuk perjalanan ke oversea lah. Kalau dalam Malaysia no hal selagi tarikh passport tak expired kan. Selalunya kami lah tu renew untuk 2 tahun. 

Tapi untuk anak-anak selalunya memang renew 5 tahun terus. Sebab tu kalau tengok koleksi2 passport yang saya simpan sekarang, memang berubahlah muka anak-anak perbandingan dalam tempoh 5 tahun.

Ok. Passport saya dan ayah damia will expired June 2016. So hujung tahun ni boleh renew lagi. Confirm lah renew 5 tahun terus kan.:-)

Berbaloi-baloi!


Thursday, January 15, 2015

Live updated II Misi masuk kontena dah selesai!

Ya Allah.
Alhamdulillah.
Akhirnya! Akhirnya! Akhirnya!

Misi menyiapkan produk-produk CocoDamia untuk masuk kontena di KL (jam 3 petang tadi van dah gerak) berakhir dengan jayanya walaupun ada beberapa target tak dicapai.

Perubahan last minutes. Sepatutnya esok last day masuk kontena. Tapi diubah harini pula sebelum jam 8 malam sebab ada rules baru di kastam. Membuatkan kami team CocoDamia yang full-time dan part-time terpaksa bekerja seperti lipas kudung. Bukan setakat skip makan sahaja, malah nak minum air seteguk pun sayang kan masa tu hah! Ya lah kena kerja umpama 2 hari punya kerja dalam masa tempoh 6 jam. Perghhh. 

1 Januari 2015 hingga 15 Januari 2015, pulun masa habis untuk siapkan projek stok masuk kontena ni. Semoga selamat sampai ke destinasi nun jauh disana. 2 minggu lagi kita berjumpa ya wahai stok-stok CocoDamia sekalian.

Now relax sikit 2-3 hari, lepas tu pulun untuk misi bantuan dan sponsorship pula.

Tanpa staffs yang cekap dan penuh komitmen, tak mungkin sesuatu organisasi tu akan berjaya. I love my staffs! Tq uolss...


Pagi sampai tengahari tadi jadi minah kilang.
Sekarang tengah siap-siap jadi cikgu ganti pula. 
Subjek add math pula tu. Sekali lagi ulang subjek add math. Sobs!
Semoga sel-sel otak saya dapat berhubung dengan sebaiknya..;-)

LIVE UPDATED!
Gambar dari whatapps jam 7:15 petang tadi.
Gambar diterima dari tapak kontena sebelum checking kastam dan dibawa ke pelabuhan.





Alhamdulillah..



Wednesday, January 14, 2015

Cereal Cup CocoDamia II Mudah dan mengenyangkan



Mudah dan cepat.
Berkhasiat dan mengenyangkan.
Itulah Cereal Cup CocoDamia.
Satu lagi produk keluaran CocoDamia Food Industries.


Dikeluarkan khas untuk memudahkan serta membantu pasangan ibu bapa yang berkarier untuk menyediakan makanan alternatif kepada anak-anak. Hanya tuang susu/juice/yogurt/minuman koko kedalam cup. Sudu dah siap lengkap dalam cup tersebut. Ada dua jenis. Warna merah campuran Cornflakes dengan Chocolate Chips. Manakala warna purple pula campuran Cornflakes dengan Raisins.
Strawberry, blueberry atau aneka berries letak sendiri ya mengikut citarasa masing-masing.


Anak-anak mesti sukalah. Silap haribulan yang dewasa pula mendominasi makan cereal cup ni.
See. Ayyunie bukan main suka lagi makan cereal cup ni walhal sebelum tu dah makan nasi goreng.


Apalah yang dibualkan oleh mereka dua beradik tu ya!


Rutin hari persekolahan.

Coklat IQ wajib dimakan.
Krukk Krakk dibawa bekal sebagai penambah tenaga.
Cereal Cup pula sebagai pengalas perut tapi mengenyangkan. 

Walau macam mana pun, sarapan makanan berat tetap hari2 ibu kena masak juga. Hihi..

Promosi-Promosi-Promosi.
Sempena back to school.

Coklat IQ beli 3 kotak dapat diskaun.
Cereal cup kalau beli perkaton (18 boxes) ada diskaun.

Boleh call/sms 010-6468383 untuk order ya!

p/s: Saat-saat akhir untuk penyediaan stok sebelum masuk Kontena dah ni. 


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, January 12, 2015

Became a legend in her kindergarden


Wow!!!!
Legend uolsss..
Ya lah, mana taknya..
Kawan-kawan dia yang sekelas tahun lepas semua dah masuk darjah 1.
Dia je yang masih pergi sekolah yang sama, kelas yang sama, cuma buku yang berbeza dan guru pun dah tukar.

Semalam masa hantar kakak dia gi sekolah, Ayyunie cakap..
"Tu kawan adik, dah masuk darjah 1...hah tu lagi kawan adik (sebut nama kawan dia)"

Masa saya bayar yuran dan beli buku minggu lepas pun ada cikgu tanya..
 "Eh, Ayyunie masih sekolah sini lagi ke? Bukan dia sudah habis ke?"

Lepas tu semalam masa pergi ambil uniform dia kat tadika, cikgu lain pula tanya..
"Eh, Damia belum darjah 1 ke?"

Orang lain belajar tadika 3 tahun je ya tak selalunya.
Tapi Ayyunie tadika sampai 4 tahun lamanya. Sebab dia masuk tadika awal.
Which means masa umur 3 tahun dia masuk kelas 4 tahun, masa kelas 4 tahun dia masuk kelas 5 tahun, masa kelas 5 tahun dia masuk kelas 6 tahun dan masa 6 tahun sekarang still kelas 6 tahun. Tapi kenaikan kelas tersebut adalah berdasarkan prestasinya. Kalau tak boleh bawa, memang akan kekal sesuatu kelas tu.


Dah selamat hantar kelas dia sesi petang tadi. 
Bersemangat nak ke sekolah tu.
Ya lah, A-Z semua baru.

Berbeza dengan kakak, adik nak beg Frozen.
Nak alat tulis Frozen. Kalau boleh nak botol air pun frozen.
Bukan tu je, kalau boleh siap nak pakai gincu gi tadika.
Aiyoooo! Suka betul Ayyunie ni make-up2 tau.
Hihi.

Ok lah. Semoga Damia Aleesya menjadi anak yang cemerlang dan gemilang dunia akhirat.
Rajin-rajin belajar ya Ayyunie.

p/s: Ketinggian, berat badan dan kepetahan bercakap membuatkan ramai yang terkejut bila saya cakap Ayyunie ni baru 6 tahun.



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Sunday, January 11, 2015

Penuh semangat dan iltizam untuk sesi persekolahan 2015


Alhamdulillah.
Selamat dah Aleesya masuk sekolah dia petang tadi.
Tak sabar-sabar dia nak ke sekolah.
Al-maklum lah, semua serba-serbi baru.
Dengan semangat baru.


No more beg kartun-kartun sekarang ni.
Botol air pun tak payah yang kartun-kartun.
Dah besar. Dah darjah 2.
So citarasanya sedikit berbeza.

Masa hantar ke sekolah tadi pun, guru besar dah tak bagi tunggu-tunggu anak.
Katanya dah besar.
Kejap je masa berlalu kan.

p/s: Esok Ayyunie pula ke tadika.



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, January 9, 2015

Golden Prawn Seafood di Batam



Slurppppp..
Mula-mula sampai kat Golden Prawn Seafood Restoran ni disambut dengan Lobster yang bukan main besar lagi saiznya.
Segar-segar pulak tu.
Harga 100g RP60,000.
Murah kot harga tu rasanya..


Ada udang lipan..
Rancak betul udang2 ni menari dalam air tu ya.
Geram je nak pegang.


Ikan kerapu yang ada 3-4 ekor je dalam kolam ni.


Ikan siakap yang banyak.


Aneka seafood bercengkerang.


Ketam batu.
Tapi rasanya macam banyak yang dah lesu je.


Ni apa nama ekk?
Cantik pula cengkerangnya.


Ikan kakap.
Orang tu cakap, siakap hitam sikit. Kakap putih.


Ketam fresh yang baru sampai.
Fuhhh, semangat geng kami menangkap ketam yang berkejar-kejaran ni.


Hasanah yang happy dapat menangkap ketam yang segar.


See! Biru purple warnanya.
Ini memang confirm segar!

Kalau nak tengok fresh seafood yang unik2 masa saya ke sini tahun 2012, boleh tgk dalam link bawah.

Tapi kalini dah tak banyak seafood yang unik2 tu..
Ntah kemana semua pergi.


Dah selesai kami order makanan, tiba giliran pilih tempat duduk pula.
Kami pilih tempat paling hujung sekali.
Cantik sangat pemandangannya.
Dulu saya datang under construction rasanya.
Ni dah banyak cottage2 yang dibina dihujung tasik sana.
Cantik giler pemandangan.
Macam oversea pun ya..;-)


Bergambar kenangan.
Entah bila pula boleh kami semua berjumpa lagi ya.


Nak juga bergambar sorang2.


Kejap je, makanan yang kami pilih2 tadi telah siap dimasak.
Kami order siakap masam manis, tiram (tak pasti nama betulnya) masak sos, udang goreng butter, ketam goreng tepung dan semestinya sayur teow meow masak sos tiram.
Alhamdulillah. Sedap2 semuanya.


Terima kasih kepada abang macho yang belanja kami semua makan.
Semoga murah rezeki abang ya.
Total kalau tak silap makan RP800,000++

Dulu saya dah pernah datang sini makan, tapi surroundingnya kalini banyak berubah.
Boleh tengok2 kat link bawah ya.