Wednesday, December 3, 2014

Review || Fraser Place Kuala Lumpur


Very recommended hotel bagi yang ingin membawa family bercuti atau business trip ke Kuala Lumpur.
Terletak di tengah-tengah bandar segitiga emas, hanya 10 minit sahaja berjalan kaki ke KLCC.

Selalunya kalau saya bercuti atau ada urusan business di Kuala Lumpur, hotel The Nomad Sucasa Suites menjadi pilihan. Memang dah beberapa kali kami stay di hotel tersebut memandangkan ia umpama rumah sendiri. Paling lama saya stay di hotel tu tak silap 4 malam gara-gara ada shooting iklan Jacobs bersama mak pada tahun 2012. 

Tapi trip kami kali ini beralih angin pula ke Fraser Place Kuala Lumpur. Dapat booked hotel ni pun last minit dah. Bayangkan sampai KL, lost tak tahu nak duduk mana. Siap berhenti kat Petronas 30 minit cari hotel online. Check punya check dalam Agoda.com, berkenan pula hotel ni walaupun harganya agak tinggi pada hari tersebut memandangkan weekend dan peak season cuti sekolah bermula.

Tanpa disangkanya, rupa2nya dalam akaun Agoda.com ayah damia ada puluhan ribu points yang tak diredeem lagi. Expired date pula hujung tahun ni. So apa lagi, tempah lah hotel ini dengan redeem point2 yang ada. Walaupun harga hotel ini agak mahal semalaman, tapi disebabkan redeem point, hanya tambah beberapa puluh ringgit sahaja, maka bersyukur sesangatlah kami akan rezeki yang tanpa disangka ini.

Ok lah, biar gambar bercerita segalanya.


Lobby hotel kena naik tingkat 2.
Sampai-sampai sahaja terus terpukau dengan konsep modern dekorasi lobby hotel ini.
Siap ada buah apple percuma atas meja receiptionist.
Dan juga beverage percuma untuk guest dihotel ini.
No limited ok.
Staffs? Tak payah cakap lah. Memang sangat2 friendly.

Yang bestnya disebabkan bulan lepas adalah bulan kelahiran saya, dapat upgrade bilik studio suite ke executive suites secara percuma. Alhamdulillah. Rezeki tanpa disangka lagi.


Mula-mula masuk bilik.
First impression..
Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Walaupun interior design nya lebih kurang sama dengan The Nomad Sucasa Suites, tapi interior hotel ni lebih moden dan nampak fresh. May be sebab warna-warna yang diaturkan adalah lebih ceria dan cantik.


Macam-macam majalah ada. 
Cuma sempat ke tak je nak baca.


Suka lah budak2 boleh tengok CD kegemaran mereka dengan DVD player ni.


Small kitchen yang sangat modern dan bersih.


Terkejut tengok ada toast bread dan coffee maker sekali dalam hotel ni.
Selalu hotel provide jug kettle je.


Hah ni lagi terkejut!
Motif ada blender?
Ok saya think positive yang senang nak buat fruit juice kat hotel ni. Hihi.
Rice cooker pun siap utk 1 family makan.
Tapi tidaklah sempat saya menggunakannya.


Pinggan mangkuk yang cukup lengkap.
Ya betul2 lengkap dengan penapis sayur bagai, segala aksesori sudip dan pisau, dan macam2 lagi lah.


Memang terbaik.
Segala macam gelas dan picher ada.


Dek kerana tengahari tu kami dah makan macam2 dari yang simple menu sampai ke tomyam menu, so malamnya kami hanya dinner dalam bilik sahaja. Masa saya ambil hadiah di Aeon Big Subang Jaya, sempatlah kami shopping barang dapur sikit kat sana. Beli chicken wings yang siap di perap, mee goreng segera, sosej, buah tembikai dan aneka minuman untuk anak-anak. Memang best weiii main masak2 dalam hotel ni. Dah lah depan kitchen ni ada cermin besar. Memang terbaik lah. Hihi


Bilik yang sangat2 luas.
Katil pun empuk dan lembut.
Kalau tak silap saiz Extra King.
Tidur 4 beranak pun masih ada space.
Ayah damia cakap tak best ah katil ni, nak peluk sayang jauh rasanya. Haha.
Anak2 malam tidur kat bawah atas karpet tu pun nampak mewah.
Suruh tidur atas sofa luar tak nak.


Meja membaca dan TV dalam bilik tidur.


Wowww, saya suka style wardrobe macam ni.
Walaupun kecil tapi teratur dan kemas.
Wardrobe room ni boleh ditutup kalau kita tak nak guna.


Ruangan sinki pun sangat luas.
Ayah damia cakap, luas-luas pun guna sikit je tempat sink tu.
Hihi.


Kalini kami sekeluarga memang tak sempat betul nak main air atau mandi dalam bath tub ni.
Penuh dengan aktiviti kat hotel ni.
Nanti saya cerita erk dalam entry lain.


Ada TV kat luar pun, tetap nak berangkai ngan ibu dan ayah dalam bilik.
Time ibu masak je, barulah diaorg tgk TV kat luar.
Pandangan dari dalam wardrobe room.


Ada alat penimbang ni, kecoh betul anak2 lepas makan timbang, lepas makan timbang.
Opsss..sebenarnya ibu dan ayah pun sama je kejap2 timbang. Haha..


Kenapa rumah saya tak ada benda ni.
Padahal kat Lazada dan Groupon tu ada je jual benda ni erkk.
Hihi..

Ok lah itu sahaja review saya tentang bilik di Fraser Place Kuala Lumpur.
Kalau nak tahu, Hotel Fraser Place ni terdapat di 49 buah negara di dunia.
Boleh tgk slide 49 Fraser Place hotel ni di serata negara dalam TV saluran hotel ini sendiri.
Memang cantikk2 semuanya.

Ok, nanti saya review aktiviti 2yang boleh dilakukan di Hotel ni pula.

p/s: Dah 2 minggu gambar2 ni terperap dalam draft, kena cepat2 buat story dan publish Banyak lagi gambar2 lain yang terperap dalam draft. More activities and school holiday will coming soon.
















No comments:

Post a Comment