Wednesday, December 10, 2014

Bercuti dengan aircraft peribadi


Wahhhhhhh....
Ini memang super duper kaya.
Datang holiday pasangan suami isteri naik aircraft sendiri.
Parking aircraft pula kat helipad khas betul-betul depan bilik resort.
Jakun sekejap kami semua.
Semua pekerja dan pengunjung hotel keluar sambil pegang kamera masing2.

Saya yang kebetulan masih makan tengahari dalam bilik terkejut dengar bunyi heli yang begitu kuat dan makin dekat dengan kami.
Lepas tu nampak pula heli tu rendah je kat depan bilik kami.
Mula2 cuak juga ingatkan helikopter tentera manalah datang ke Lotus Desaru.


Pabila owner helikopter tu turun je dari aircraft, berdezup kakitangan hotel datang menyambut ketibaan dan angkat barang. Bukannya banyak pun barang, sekadar 2 backpacks dan 1 briefcase je yang kami semua nampak. 


Hasil carian google saya, pemilik aircraft ni adalah milik Indian dari Singapore. Hihi...bukannya susah pun nak cari maklumat, just masukkan no ID aircraft yang tertera besar tu, segala details keluar. Berat aircraft berapa, alamat owner kat mana, dan lain-lain. Semua dihujung jari. Saya syak yang may be pemilik aircraft ni adalah pemilik hotel ataupun share holder hotel tersebut.


Sayang betul owner aircraft ni kat helikopter tu. Semua dia buat sendiri. Ikat tali heli tu, tutup dengan kain dan siap ada garisan "no entry" pada helipad tu. Giler tak sayang kan. Mahal tuuuuu...
Itulah rezeki dia memiliki sebuah aircraft peribadi.

Rezeki kita pula mungkin lebih daripada tu pada masa akan datang. Siapa tahu kan.
Rezeki adalah rahsia Allah. Be positive dan selalu visualize apa yang kita ingini.
Tiada yang mustahil. 


No comments:

Post a Comment